Rabu, 21 Disember 2011

TELUR IKAN TENGGIRI MASAK KUNYIT

Assalamualaikum...
Selamat pagi di pagi hari yang ceria dan indah ini.Semoga dinugerahi kesihatan yang baik untuk hari-hari seterusnya...

Bagi penggemar telur ikan tenggiri, jomlah rasai keenakannya.Tapi sesetengah orang yang alah dengan telur ikan ni, so, kenalah berhati-hati dalam  mengambil makanan.Resepi ni simple aje, sama gak dengan resepi ikan masak kunyit yang selalu saya buat, cuma untuk telur ikan ni saya kurangkan penggunaan air.Jadi, macam nampak ala-ala goreng camtu..


TELUR IKAN TENGGIRI MASAK KUNYIT
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
  • 500gm telur ikan tenggiri | digoreng dengan minyak yang sedikit atas kuali leper
  • 1 labu bawang besar | cincang
  • 1 labu bawang holland | cincang menegak
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 4-5 tangkai cili hijau | hiris
  • Sedikit halia | cincang halus
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Bancuhan air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis

Cara menyediakan:
1.Goreng telur dengan sedikit minyak di atas kuali leper dan balik-balikkan. (jangan terlalu lama kerana telur akan menjadi keras)

2.Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.Masukkan serbuk kunyit.Kacau.Masukkan telur ikan dan gaul sebati.

3.Masukkan bancuhan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.Renehkan sebentar.Apabila hampir masak, taburkan hirisan bawang holland bersama hirisan cili hijau dan kacau lagi.

4.Matikan api dan hidangkan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan