Khamis, 29 Disember 2011

TIWUL AYU CHOC (KOKO)






Assalamualaikum...

Salam  buat semua..Marilah menjamu selera dengan kuih 'Tiwul Ayu' nie... ataupun biasenya orang panggil kuih 'puteri ayu'.Sedap rupanya tiwul ayu coklat yang telah saya cuba ni.Saya try buat yang berasaskan coklat sebab nak tengok respon anak2 saya makan..tapi biaselah, ada yang suka dan sebaliknya..selera anak sememangnya berbeza-beza!!!.Tapi kuih ni memang confirm sedap..Izinkan saya c&p resepinya di sini ye kak fida, terima kasih juga coz  perkenalkan kuih tiwul ayu versi coklat yang semestinya mudah dibikin ini...


TIWUL AYU CHOC (KOKO) 

Resepi:kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 26-30 biji )

  • 160 g tepung naik sendiri
  • 3 sk serbuk koko
  • 2 biji telur
  • 120 g gula halus
  • 3/4 sk ovalette
  • 80 ml susu segar
  • **100 g kelapa parut digaul dgn sedikit garam dan 1 sk tepung jagung
  • Secukup acuan tiwul ayu disapu sedikit minyak masak

Cara-cara

  1. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Di dlm mangkuk mixer,pukul telur dan gula hingga kembang.Masukkan ovalette dan terus pukul sambil dimasukkan susu dan pukul terus hingga putih.Masukkan campuran tepung dan kaup-balikkan dgn spatula atau senduk hingga rata.
  3. Ambil sedikit campuran **kelapa parut dan bubuh ke dlm acuan dan tekan hingga padat.Sudukan 1 sb adunan ke dlm acuan.
  4. Kukus selama 10 min di dlm kukusan yg telah dipanaskan dahulu.



8 ulasan:

  1. salam Kak Rohah...
    kan main lagi canteknya tiwul ayu ni..cam namanya gak..hehe..sedap..

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam...betul kata Rahel tu, sesedap rasanya, seayu tiwulnya...

    BalasPadam
  3. alhamdulillah.. dah boleh komen yer Rohah.. akak tanya anak akak, dia ckp payah nak ckp melalui tulisan.. btw, nampak sedap sgt tiwul ayu ni.. :)

    BalasPadam
  4. sedap kuih ni..belum penah cuba perasa coklat n gunakan susu segar..biasa gunakan santan je

    BalasPadam
  5. sHa AhM@d..first time buat tiwul coklat ni,sedap aje..maybe sbb versi coklat kot..

    BalasPadam
  6. saya pernah mencoba kue seperti ini kak rohah...ada rasa gurih dari kelapanya. Nikmat dan Enak

    BalasPadam