Assalamualaikum..
Krep Vico permintaan anak-anak..Memang dah lama tak mengkrep pun iye, rasa rindu pulak nak makan..Jamu mata lah ye...
KREP VICO
Resepi Asal;Adaptasi dari Krep Mangga
Oleh;Wendy Kor
Bahan-bahan Untuk Krepe [menghasilkan 24 keping krepe]
100 gm tepung [saya guna tepung gandum]
25 gm tepung kastad
10 gm tepung jagung
20 gm tepung ubi kentang
2 biji telur
60 gm gula [saya guna gula halus]
100 gm susu cair
250 gm air
10 gm minyak/ mentega cair
Cara Membuat Krepe
1.Ayak semua tepung dalam mangkuk besar.Kemudian masukkan gula, telur , susu cair dan kacau dengan menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
2.Campurkan air, minyak dan gaul hingga sebati.Tapiskan adunan sekiranya adunan berketul.
3.Panaskan kuali pada api sederhana dan sapukan minyak atau mentega.
4.Tuangkan satu senduk adunan ke dalam kuali.Putarkan kuali dengan membentuk krepe yang bulat dan nipis.Setelah masak biarkan sejuk.
Bahan Untuk Inti
300 gm krim putar
Serbuk Vico/Milo secukupnya
Cara Membuat Inti
1.Pukul krim putar sehingga kembang.
2.Sudukan krim putar di tengah-tengah krep.Bubuh serbuk Vico/ Milo secukupnya.Sudukan lagi krim putar untuk menutup serbuk vico tadi.Lipat kedua-dua tepi krep dan gulungkan dengan kemas.