Isnin, 18 November 2013

TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API


Assalamualaikum...
Telur itik je....sedap kan kalau sesekali makan...Makan pun bagai tak hengattt..hi2..Macam nak cekup 2 biji sekali time makan nasi..
TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API
Oleh;rohah

Bahan-bahan:
6 biji telur itik
Santan secukupnya
3 ulas bawang merah | kisar
2 cm halia| kisar
3 cm kunyit hidup | kisar [guna kunyit serbuk jika takde]
15 biji cili padi merah | kisar
2 cm belacan | kisar
1 keping asam gelugur
2 tangkai serai | dititik
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar dan serai sehingga naik aroma.Masukkan santan dalam periuk.Kacau.
2.Masukkan/pecahkan telur setelah kuah mereneh.Tutupkan kuali dan masak dengan api sederhana.Kacau kuah sehingga telur mulai masak.
3.Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa.
4.Matikan api dan hidangkan.

11 ulasan:

  1. sedap tu. lama x dpt lauk ni...tak penah masak sendiri pon kat restoran jek.

    BalasPadam
  2. nampak sedap tu kak..belum pernah try lagi menu begini.

    BalasPadam
  3. Sy slalu msak tlur itik ni...campur dgn belimbing utk masak tu....x pun pucuk daun asam gelugur...racik halus....sedap...! Sbb rasa msam2....

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...rohah sedap gulai telur itik ni mmg salah satu peberet saya..saya follow yer.jika ader kesudian intailah kedapur saya...tkasih
    http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. hi rohah.... sedap tol tengok lauk tu..... kita baru jer beli telur itik cadang nak buat masak lomak ne...hehehe

    BalasPadam
  6. Salam Rohah,
    kalau letak belimbing buloh pun sedap kan. Akak tengah mengidam nak makan gulai itik ni...

    BalasPadam
  7. alololo...sedapnya masak lemak!!! dapo kiter dh dua ari x berasap!!

    BalasPadam
  8. Sedapnye rohah..dh lma akk x msk lmak..rasa rindu plk..

    BalasPadam
  9. Terima kasih atas resipe nya
    nanti saya nak coba masak :)

    BalasPadam