Khamis, 28 November 2013

CEKODOK ROTI

Assalamualaikum..
Seringkali ingin membuat cekodok roti, tetiba asyik delay je..maknanya asyik bertukar menu secara tiba2 bila dah turun ke dapur.Cekodok roti yang terhasil ni adalah berdasarkan pelbagai sumber di google, makanya alhamdulillah memang berpuashati.Santai di makan ketika bersarapan pagi..Mudah dan ringkas je bahan-bahannya.Tak terbilang juga dah berapa ketul yang masuk mulut ketika itewww..hi2..

CEKODOK ROTI
Oleh; Rohah
Rujukan ; Google

Bahan-bahan;
10 keping roti, siat kecil
1 cawan air panas
1 labu bawang besar, hiris
Udang kering geragau, secukupnya 
2 biji telur
Daun sup secukupnya, potong halus
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara;
1.Roti disiat kecil.Rendamkan dengan air panas seketika.
2.Sebatikan rendaman roti tadi dengan udang kering, hirisan bawang,daun sup, lada sulah, garam dan telur.Biarkan sekejap dalam tempoh 15 minit.
3.Panaskan minyak dalam kuali.Jemputkan ke dalamnya dan goreng sehingga kekuningan.
4.Hidangkan bersama sos dan mayonis.

8 ulasan:

  1. Sedap juga dimkn ptg hari macam ni Rohah.. boleh cuba ni Rohah, dah terasa kat tekak akak ni :)

    BalasPadam
  2. air panas tu yg bg cucur tu lembut kan? mmg best bekpes ngan cucur!!

    BalasPadam
  3. akak memang tercari2 resepi cekodok roti ni rohah.. tp kalau boleh nak cari yg tak guna telur... ada byk lebihan kerak roti buat sandwich tempahan hari tu... nak kena cepat2 buat sebelum ianya expired.. hehe.. tp akak dah simpan dlm peti sejuk tu.. bagi tahan simpan.. nk kena olah jd cekodok juga nampaknya.. tp takleh letak telur lah.. nampak sedap sgt tu rohah..

    BalasPadam
  4. Nmapak sedap cekodok roti ni rohah..nnti bole saya cuba tapi sama jugak selera ngn kak madiha tak nk letak telur agaknya bole ejas kot resepi ni kan rohah.tkasih berkongsi yer

    BalasPadam
  5. salam
    Sesuai di makan pagi & minum petang ni..

    BalasPadam
  6. ialah kak ruby belum biasa mkn lg ni....boleh mencuba nnti rohah

    BalasPadam
  7. Saya dah cuba resepi ni, hancur berderai dalam kuali..tak jadi bulat tapi lembik. Saya tambah tepung baru bulat. Itu pun kena bubuh secawan.

    BalasPadam
  8. Saya dah cuba resepi ni, hancur berderai dalam kuali..tak jadi bulat tapi lembik. Saya tambah tepung baru bulat. Itu pun kena bubuh secawan.

    BalasPadam