Khamis, 31 Januari 2013

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE


Assalamualaikum..
Kalau nak tahu, kek inilah yang Q bertahun untuk dibuat...Sebenarnya pernah buat untuk pertama kalinya pada tahun 2010, masa tu baru nak kembali berjinak2 membuat kek dengan minatnya, tapi hampa..tak jadi..cik tong tolong jawab.He..hee..ada la tu kesilapan teknik oleh diri sendiri...Sehingga serik makan tahunlah kononnya..kehkeh...


2013 menyuntik semangat membara nak buat untuk kali kedua, dan dah lama juga simpan resepi Anna Qawina ni sebab terpikat dengan tayangan pic keknya, terus saya simpan untuk di buat rujukan..Alhamdulillah menjadi walaupun ada kebanjiran pada dasar kek sebab saya guna loyang yang boleh buka dari bawah tu.Time nak bakar kek, loyangnya tetap saya balut dengan kertas alumunium foil dan siap celoytape lagi biar air tak masuk, (memang over confident) tapi alah segalanya..air nak masuk juga!! Tersedar kek ku kebanjiran ketika mahu dikeluarkan dari loyangnya...Serik kot lepas ni nak pakai loyang jenis tu untuk buat kek ni..hehe..(Tapi sebenarnya boleh je guna loyang yg saya maksudkan tadi, dengan syarat beli aluminium foil yang saiz besar).Hari tu saya guna foil yang saiz biasa..so kelebarannya memang terhad.

So, TQ untuk Alma@MYR & Anna Qawina kerana berkongsi resepi..Memang selembut kapas..makannya memang tak ingat diet..he hee..

COTTON SOFT  JAPANESE CHEESECAKE
Resepi:Alma@MYR
Sumber:Anna Qawina

Bahan-bahan:(Loyang bulat 9")
Bahan A:
250gm cream cheese
50gm butter
100ml susu segar @ (70ml susu cair+30ml air)
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon @ 1 sudu teh esen vanila
1/4 sudu kecil garam
60gm tepung kek/ superfine/ tepung gandum | ayak 3 kali
20gm tepung jagung

Bahan B:
140gm gula kastor
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon @ 1 sudu teh cream of tartar

Cara:
1.Untuk bahan A:
Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan teknik double boiler.Kacau-kacau dengan whisk sehingga sebati.Bila sudah cair, sejukkan adunan cream cheese tadi.Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dengan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati (Gaul guna senduk kayu saja)

2.Untuk bahan B:
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih-buih (foamy).Selepas itu tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk. (soft peak)

3.Campurkan adunan bahan A tadi ke dalam adunan bahan B yang sudah gebu dan kacau sampai sebati.Sediakan tin/ bekas kek yang bulat berukuran 9 inci, yang digriskan bawahnya dan di alas dengan kertas baking.Tepi loyang tidak perlu digris.Tuang adunan kek ke dalam tin kek.

4.Bakar kek kira-kira 1 jam dengan cara au bain-marie (water bath) pada suhu 160 darjah celcius/ 325 degrees F.
Water Bath:Sediakan loyang yang lebih besar dari loyang kek, isikan air panas, kemudian letakkan loyang kek tadi di dalam loyang yang berisi air panas.

5.Bakar hingga masak, test guna lidi.Jika sudah masak, off suis oven, renggangkan pintu oven sedikit dan biarkan kek di dalam hingga agak sejuk supaya kek tidak mendap @ turun mendadak.Sisip tepi kek dan terbalikkan.Hiaskan dengan filling kesukaan,sedap di makan sejuk.

Blueberry Topping
Sumber:AlongRoz@MYR

Bahan-bahan:
1 sudu teh gelatin / serbuk agar-agar
30ml air
150gm blueberry  pie filling/ apa2 filling kesukaan (saya guna strawberry filling)

Cara:
Campurkan gelatin/ agar-agar dengan air.
Panaskan sebentar dan campurkan blueberry.
Sapukan ke atas cheesecake dan sejukkan sebentar




Selasa, 29 Januari 2013

SIAKAP TOM YAM STEAM BATH


Assalamualaikum...
Bersiaran malam ni dengan resepi ikan yang dipanggang menggunakan kaedah Steam Bath pula.Percubaan yang tidak menghampakan...Harus dicuba ye rakan2 di luar sana..eheee..promote lah pulak...Tak salah kan??

Bila tengok pic2 ikan Siakap Tom Yam Steam Bath ni memang nampak kering dan tak lembap je kan, tapi jangan sangka ikan ni tidak sedap, malah sebaliknya..(macam angkat bakul sendiri la pulak..tak bermaksud gitu ye!..).Ternyata enak walaupun tampak kering dan tidak berkuah.Nampak je macam tu, tapi bila kita cuit ikan tu still lembut dan terangkat..hihi, sebab apa???Sebab berperencahkan pes Tom Yam tu lah..Saya hanya gunakan sepasang perencah Tom Yam yang berbeza.Tapi kalau nak lagi power, dicadangkan tambah lagi perencah Tom Yam tu...tapi adjustlah kat garamnya pulak, takut berlebihan masinlah pulaknya nanti..

Untuk resepinya yang mudah bolehlah lintas langsung di bawah tu...Jom sama2 try..Ingat tau, guna kaedah Steam Bath...Jangan lupa erkkk..
SIAKAP TOM YAM STEAM BATH
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (1kg+-)
1 labu bawang besar holland* | hiris
2 ulas bawang putih* | ketuk
1 biji tomato* | potong dadu
3 batang serai* | hiris
1 batang saleri* | hiris
6 helai daun limau purut* | hiris halus
1/2 batang lobak merah* | sagat
Cili api secukupnya* | belah 2
2 biji limau | ambil jusnya
1 paket perencah Tom Yam ADABI (Thai Tom Yam Paste)
1 paket serbuk Tom Yam Putih ADABI
Garam secukup rasa
Gula secukupnya
Loyang berisi air (1/2 sukatan loyang)

Cara:
1.Ikan dicuci bersih.Lumurkan ikan dengan jus limau, kedua2 perencah tom yam, garam dan gula.
2.Ambil loyang/ bekas tahan panas.Taburkan separuh bahan2 bertanda(*) pada dasar loyang.
3.Masukkan ikan dan letak di atas bahan2 taburan tadi.
4.Taburkan pula baki bahan bertanda (*) di atas ikan.
5.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.
6.Masuk dan letakkan loyang berisi air ke dalam oven.Letak pada rak bahagian bawah sekali.Seterusnya letakkan pula loyang berisi ikan di bahagian tengah oven/rak tengah. (Kaedah Steam Bath).
7.Bakar menggunakan api atas dan bawah selama 30 minit atau sehingga ikan kelihatan masak.
8.Hidangkan.


Isnin, 28 Januari 2013

SUP TULANG ALA CHEF WAN

Assalamualaikum..
Macam dah lama sangat tak bersiaran, walhalnya baru 3 hari tak mengupdate...rindu sudah pada blog ni walaupun tak secanggih blog orang lain..eheeee...

Jom try buat sup ni, warnanya memang nampak merah sebab ada tomato puree..Resepi asal dari Chef Wan, beliau mencipta resepi sup ni untuk sup ekor lembu sebenarnya..eemmmm, sedapnya kalau dapat makan sup ekor tu kan..tapi sebab tak ada ekor lembu, sama macam seperti Che Mat Gebu juga, saya gantikanlah dengan tulang lembu..Sedap tak terkata sup ni, memang wajib cuba tauuu...TQ kepada  Chef Wan dan Che Mat Gebu yang sudi share resepinya..

SUP TULANG ALA CHEF WAN
ResepiAsal:Chef Wan 
Sumber:Che Mat Gebu

Bahan-bahan:
1kg tulang rawan lembu (resepi asal 500gm ekor lembu)
2 camca besar serbuk ketumbar
1 camca besar serbuk jintan manis
1 1/2 camca besar tomato puree
Air secukupnya
1 batang lobak merah | kupas & potong dadu
1 biji kentang | kupas & potong dadu
2 batang saderi |potong dadu
Garam secukup rasa
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Hirisan daun ketumbar (Saya guna daun bawang)
Bawang goreng

Bahan kisar halus:
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai | hiris 
1 inci halia 

Bahan Tumis:
4 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Cara membuatnya:
1.Tulang lembut dicuci bersih dan toskan.Panaskan minyak dalam periuk, goreng tulang lembu tadi hingga perang, angkat dan toskan.Dalam minyak yang sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar halus, goreng hingga naik bau.
2.Tambah serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih, kacau 3-4 minit hingga harum.Tambah tomato puree.Masak sekejap dan masukkan tulang lembu tadi, gaul rata dan tuang air secukupnya.
3.Renehkan hingga daging pada tulang tadi empuk (kurang lebih 2 jam).Tambah kentang, lobak merah dan saderi, masak lagi hingga kentang empuk.Tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan lada hitam, kacau dan masak 2-3 minit.
4.Rasa dan jika ok boleh matikan api.Hidangkan dengan menabur hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.Sedap dimakan begitu saja atau bersama roti.Jika kelihatan minyak agak banyak, boleh dicedok keluar.





Jumaat, 25 Januari 2013

PULUT KUKUS SERI PANDAN & KUAH DURIAN




Assalamualaikum...
Salam hari jumaat yang penuh barakah..Bersyukur di atas segala nikmat yang telah Allah beri...pertamanya nikmat dapat bernafas di bumi Allah ini, alhamdulillah..


Pagi ni tayang pulut kukus, tapi dah habis lama sebab buatnya   dah masuk 3 minggu yang lepas.Ini antara menu yang memang diingini sementara musim durian masih ada lagi hari tu..Sekarang dah takde, kat gerai buah tu pun dah tukar buah manggis, cempedak, duku dan sebagainya..

Lama mengimpikan buat pulut kukus berkalerkan ijo pandan, dan saya bubuh sekali air kisaran daun pandan.Tapi sebab daun pandan saya tu cenonet2 je sebab tanam dalam pasu kot, jadi aromanya macam kurang powerlah sikit, maybe lain kali kena bubuh daun pandan banyak sikit dan pilih daun yg lebar2..Kalau nak daun macam tu kena tanam pokok pandan kat atas tanah.Alhamdulillah baru menanam pokok pandan kat tepi pagar...selama ni hubby tak kasi tanam kat tanah sebab bimbang merimbun tak sudah dan tanpa kawalan..hehe...(takut ada binatang yang menjalar tu sebenarnya...).Harap2 pokoknya cepat merimbun dan boleh meneruskan aktiviti memasak.

Untuk kuah durian tu sama je ikut resepi yang pernah saya buat sebelum ni, namun saya selitkan juga resepinya kat sini.Boleh juga tengok resepi yang dulu tu kat SINI.
PULUT KUKUS SERI PANDAN & KUAH DURIAN
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
3 cawan pulut | rendam, cuci & toskan
5 helai daun pandan*
2 cawan santan cair* | *kisar bersama
1 sudu kecil garam
Pewarna hijau secukupnya
2 sudu besar minyak masak

Cara:
1.Rendamkan pulut selama 2 jam.Cuci dan toskan.
2.Panaskan periuk kukusan, kukus pulut bersama santan campuran pandan, pewarna dan garam selama 20 minit.
3.Buka penutup kukusan, kacau/ gemburkan pulut, kemudian sudukan minyak masak dan tuang rata ke atas pulut tadi.Gaul lagi hingga sebati.Teruskan mengukus selama 10 minit lagi.
4.Matikan api.

Kuah:
2 cawan isi durian
5 cawan air
1 cawan gula 
1 cawan santan pekat
Sedikit garam
3 helai daun pandan
5 sudu besar tepung gandum | bancuh bersama air

Cara:
1.Masakkan isi durian bersama air, daun pandan dan gula.
2.Setelah mula mereneh masukkan santan dan sedikit garam.Kacau.
3.Apabila kuah telah masak, masukkan bancuhan tepung gandum dan sebatikan.Biarkan sekejap, tutup api.


Khamis, 24 Januari 2013

AYAM MASAK KICAP


Assalamualaikum..
Agaknya, kenapa ramai orang suka masak kicap ye???.Pastinya setiap individu ada jawapan masing2kan..Bagi saya masak kicap ni memang ada keenakan tersendiri ..Tak kiralah sama ada olahan dari ayam, ikan mahupun daging.Kalau dah sebut masak kicap, memang semua tunduk mengalah menjamahnya.Cukup2 berselera bila  di atas meja terhidang dengan resepi masak kicap macam ni..
Kiranya menu masak kicap ni memang dah jadi menu wajip bulanan.Cuma mungkin cara penyediaannya ada sedikit perbezaan, tapi tidak terlalu ketara kerana kebiasaannya lebih kurang sama je.So, untuk menu mudah ni, bolehlah dilihat resepinya di bawah bagi sesiapa yang baru berjinak2 nak menyediakan menu yang simple macam ni.
AYAM MASAk KICAP
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
1/2 kilo ayam
1 labu bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 tangkai cili merah | kisar
1 labu bawang besar | hiris bulat
1 tangkai cili merah | hiris
5 cm halia | ketuk
1 sudu kecil kicap soya pekat
Kicap manis secukupnya
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Lada putih kisar secukupnya
Garam

Cara:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar beserta hirisan bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang dan halia hingga naik aroma.
2.Masukkan ayam,  kacau rata.
3.Masukkan kicap pekat, kicap manis dan gaul rata.
4.Bubuh air, tutup kuali menggunakan tudung periuk dan renehkan sehingga ayam empuk.Sesekali dikacau alih.
5.Setelah masak perisakan dengan serbuk lada putih dan garam.Taburkan juga hirisan cili merah.Kacau rata.
6.Matikan api.

Selasa, 22 Januari 2013

BUBUR NASI AROMA TOM YAM


Assalamualaikum...
Jumpa lagi petang ni, alhamdulillah.Hari ni tayang menu simple je.Boleh katakan selalu saya buat bubur nasi kalau mulut terasa payau ke, atau keadaan agak sibuk dan sebagainya..Suka buat sebab cincang2 bahan dan tinggal tenggek je..Kebetulannya anak2 pun memang suka makan bubur nasi, lebih2 lagi kalau ada bilis goreng...semangkuk jadi 2 mangkuk mereka menambah!!

Biasanya saya buat bubur macam ni untuk menu tengahari time anak2 balik dari sekolah.Tapi untuk waktu malamnya saya kena masak lain sebab hubby tak gemar makan bubur nasi.Dia sorang yang tak boleh masuk dgn bubur2 cam ni..Mula2 dulu saya hairan kenapa dia tak suka makan bubur..jawapannya; "memang tak suka"..hehe.So tak bolehlah nak paksa2 kan..Sekarang dah tak heran dah..

Saya perencahkan bubur ni dengan serbuk Tom Yam Putih ADABI.Wangi je baunya, lebih2 lagi bila saya tambahkan serai dan daun limau purut ke dalam adunan...Ala2 makan seafood la pulak.Cuma masa buat ni tak ada sotong, so tak adalah saya bubuh sotong tu.Bolehlah try kalau teringin ye..Simple je kan..

BUBUR NASI AROMA TOM YAM
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
1 cawan beras
10 cawan air
Ayam scukupnya | potong kecil
4 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
2 batang serai | ketuk
5cm halia | ketuk
1 paket perencah/serbuk Tom Yam Putih ADABI
1/2 batang karot | potong dadu
3 helai daun limau purut

Bahan sampingan:
Ikan masin celup tepung
Telur rebus secukupnya
Bawang Goreng 
Daun bawang

Cara:
1.Cuci bersih beras.Masukkan ke dalam periuk bersama air dan kesemua bahan kecuali garam.
2.Masak hingga mereneh dan dikacau sesekali.
3.Setelah beras mengembang dan menjadi kanji, bolehlah diperasakan dengan garam.
4.Matikan api setelah masak.
5.Hidangkan bersama telur rebus, ikan masin goreng, bawang goreng dan daun bawang.

Isnin, 21 Januari 2013

TERUNG SAMBAL


Assalamualaikum..
Rasa deras pulak masukkan N3 untuk beberapa jam ni, terlebih rajin sudahhh?? He..heee, ini kes banyak resepi yg Q menanti untuk disiarkan..mungkin juga tuan rumah ada sedikit kelapangan..Ye...teruskan aje misi ini selagi mahu, terus dan terus...
Saya, terutama hubby memang suka dengan terung diolah begini..tapi kena ada terung babynya, kalau yang besar2 tu tak berapa enak.Dapat terung yang muda jelita, sure empuk je gigitannya..Saya percaya dan compem semua orang tahu masak sempoi macam ni, kalau beza pun sikit2 jerlah tu kan..Sebenarnya selang seminggu lepas masak terung ni, saya masak lagi terung comel2 macam ni lagi..Ada beza sikit je olahannya.Yang tu menyusul kemudianlah ye..

TERUNG SAMBAL
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
6 biji baby terung panjang | belah 2 tidak putus
1/2 ulas bawang besar | hiris
20gm cili kering | buang biji, kisar
4 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih  | kisar
1cm halia | kisar
5gm udang kering | rendam air panas, toskan & kisar
1 keping asam gelugor
Sedikit belacan
Sedikit air
Garam
Gula
Minyak untuk menumis & menggoreng

Cara:
1.Kisarkan cili, bawang merah, bawang putih, halia, belacan dan udang kering.
2.Panaskan minyak, gorengkan terung separuh masak.Toskan dan ketepikan.
3.Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar dan bahan kisar sehingga naik minyak.Masukkan asam gelugor, kacau rata.Tuangkan sedikit air.Renehkan.
4.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Masakkan kuah sedikit pekat.
5.Matikan api.Tuangkan kuah ke atas gorengan terung tadi dan hidangkan.


BINGKA DURIAN


Assalamualaikum...
Musim durian akan berakhir tak lama lagi..Dah tak ada lagi stock Musang King, D24 mahupun D2 di gerai penjual durian di kawasan saya.Yang tinggal hanya durian kampung.Durian Cameron Highland katanya.Tempat lain saya tak pasti.Namun isi duriannya tetap sedap.

Dah dekat penutup musim raja buah ni tetiba rasa nak makan durian lagi, request pada hubby minta dibelikan durian, teringin sangat nak makan, selain tu bolehlah isinya dibuat apa2 menu yang perlu.Hari ni tayang bingka ni dulu...Buatnya dah 2 minggu lepas..memang cik abang suka bingka, kira bertuah badan dapat makan bingka selalu, tak kiralah bingka apa, memang dia suka..Bolehlah lihat resepinya di bawah..

BINGKA DURIAN
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan: (loyang 8 inci)
1 cawan isi durian
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 cawan santan
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan minyak masak
Sedikit pewarna kuning 
Bijan secukupnya

Cara:
1.Satukan isi durian, gula, telur dan santan ke dalam pengisar.Kisar halus.
2.Campurkan bahan kisar bersama tepung gandum dan garam.Kacau rata supaya tidak berketul.Titiskan sedikit pewarna kuning dan masukkan minyak masak.Sebatikan.
3.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.Lengserkan acuan dengan planta.Masukkan adunan ke dalamnya.Taburkan bijan.Bakar selama 1 jam menggunakan api atas dan bawah.
4.Sejukkan dan potong.
**saya guna loyang bahulu kemboja /pecah 8; menghasilkan 2 biji bingka.Selebihnya guna acuan kecil.