Jumaat, 25 Januari 2013

PULUT KUKUS SERI PANDAN & KUAH DURIAN




Assalamualaikum...
Salam hari jumaat yang penuh barakah..Bersyukur di atas segala nikmat yang telah Allah beri...pertamanya nikmat dapat bernafas di bumi Allah ini, alhamdulillah..


Pagi ni tayang pulut kukus, tapi dah habis lama sebab buatnya   dah masuk 3 minggu yang lepas.Ini antara menu yang memang diingini sementara musim durian masih ada lagi hari tu..Sekarang dah takde, kat gerai buah tu pun dah tukar buah manggis, cempedak, duku dan sebagainya..

Lama mengimpikan buat pulut kukus berkalerkan ijo pandan, dan saya bubuh sekali air kisaran daun pandan.Tapi sebab daun pandan saya tu cenonet2 je sebab tanam dalam pasu kot, jadi aromanya macam kurang powerlah sikit, maybe lain kali kena bubuh daun pandan banyak sikit dan pilih daun yg lebar2..Kalau nak daun macam tu kena tanam pokok pandan kat atas tanah.Alhamdulillah baru menanam pokok pandan kat tepi pagar...selama ni hubby tak kasi tanam kat tanah sebab bimbang merimbun tak sudah dan tanpa kawalan..hehe...(takut ada binatang yang menjalar tu sebenarnya...).Harap2 pokoknya cepat merimbun dan boleh meneruskan aktiviti memasak.

Untuk kuah durian tu sama je ikut resepi yang pernah saya buat sebelum ni, namun saya selitkan juga resepinya kat sini.Boleh juga tengok resepi yang dulu tu kat SINI.
PULUT KUKUS SERI PANDAN & KUAH DURIAN
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
3 cawan pulut | rendam, cuci & toskan
5 helai daun pandan*
2 cawan santan cair* | *kisar bersama
1 sudu kecil garam
Pewarna hijau secukupnya
2 sudu besar minyak masak

Cara:
1.Rendamkan pulut selama 2 jam.Cuci dan toskan.
2.Panaskan periuk kukusan, kukus pulut bersama santan campuran pandan, pewarna dan garam selama 20 minit.
3.Buka penutup kukusan, kacau/ gemburkan pulut, kemudian sudukan minyak masak dan tuang rata ke atas pulut tadi.Gaul lagi hingga sebati.Teruskan mengukus selama 10 minit lagi.
4.Matikan api.

Kuah:
2 cawan isi durian
5 cawan air
1 cawan gula 
1 cawan santan pekat
Sedikit garam
3 helai daun pandan
5 sudu besar tepung gandum | bancuh bersama air

Cara:
1.Masakkan isi durian bersama air, daun pandan dan gula.
2.Setelah mula mereneh masukkan santan dan sedikit garam.Kacau.
3.Apabila kuah telah masak, masukkan bancuhan tepung gandum dan sebatikan.Biarkan sekejap, tutup api.


7 ulasan:

  1. Sedapnya......klau ada lgi bole mntk nie....:-)

    BalasPadam
  2. Durian dah nak sampai penghujung musim. Tapi kalau kat Giant tu macam takde bermusim pun.

    BalasPadam
  3. wah bestnya

    terasa-rasa kuah durian tu hihi

    BalasPadam
  4. Salam Kak..Woowwwww..pulut..peberet ni...makan ngan kuah doyannn..lagiiiii suka

    BalasPadam
  5. terima kasih kerana susah payah menulis resepinya...

    BalasPadam
  6. assalam Rohah
    wah rajinnya dia pulut kukus siap berpandan lg, mesti bau harum je
    biasa tgk org mkn pulut durian versi putih kan he he kelainan ni buat tambh menarik nk makannya

    BalasPadam
  7. adoyyy.. jiwa kacau dibuatnya ni.. ngences akk.. :b

    BalasPadam