Khamis, 24 Januari 2013

AYAM MASAK KICAP


Assalamualaikum..
Agaknya, kenapa ramai orang suka masak kicap ye???.Pastinya setiap individu ada jawapan masing2kan..Bagi saya masak kicap ni memang ada keenakan tersendiri ..Tak kiralah sama ada olahan dari ayam, ikan mahupun daging.Kalau dah sebut masak kicap, memang semua tunduk mengalah menjamahnya.Cukup2 berselera bila  di atas meja terhidang dengan resepi masak kicap macam ni..
Kiranya menu masak kicap ni memang dah jadi menu wajip bulanan.Cuma mungkin cara penyediaannya ada sedikit perbezaan, tapi tidak terlalu ketara kerana kebiasaannya lebih kurang sama je.So, untuk menu mudah ni, bolehlah dilihat resepinya di bawah bagi sesiapa yang baru berjinak2 nak menyediakan menu yang simple macam ni.
AYAM MASAk KICAP
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
1/2 kilo ayam
1 labu bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 tangkai cili merah | kisar
1 labu bawang besar | hiris bulat
1 tangkai cili merah | hiris
5 cm halia | ketuk
1 sudu kecil kicap soya pekat
Kicap manis secukupnya
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Lada putih kisar secukupnya
Garam

Cara:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar beserta hirisan bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang dan halia hingga naik aroma.
2.Masukkan ayam,  kacau rata.
3.Masukkan kicap pekat, kicap manis dan gaul rata.
4.Bubuh air, tutup kuali menggunakan tudung periuk dan renehkan sehingga ayam empuk.Sesekali dikacau alih.
5.Setelah masak perisakan dengan serbuk lada putih dan garam.Taburkan juga hirisan cili merah.Kacau rata.
6.Matikan api.

23 ulasan:

  1. Menu sy nie kak bila idea memasak kering kontang.....hehe....nu

    BalasPadam
  2. Akk pun ada alasn sndiri knapa suka masak kicap..tp yg pasti menu nie x pernh lapuk..akk suka..

    BalasPadam
  3. Nyemur yo mbakyu... memang masak kicap ni sedap, semua rasa ada...sampai menkilat jari kalau berlauk masak kicap tau!

    BalasPadam
  4. Huhu...ayam masak kicap mmg takkan tolak kt mana2 rumah pun..

    BalasPadam
  5. enake..koyo mak kito masak la lauhe~waduh..

    BalasPadam
  6. nyum2..peberet semua org..mmg sedap menu simple ni.. :)

    BalasPadam
  7. kalau kat rumah akak masak kicap sbb anak2 yang paling suka... cuma en. hubby je kurang gemar masak kicap.. tp kalau dah dimasak.. terpaksalah dia mkn juga.. hihi..

    BalasPadam
  8. kak, suami saya orang jawa.. makanya makanan kegemarannya adalah ayam masak kicap..
    saya pulak dari kecik jarang dihidangkan dengan ayam masak kicap.. So lepas kawen, ayam masak kicap jadi menu penting kami..hihikk

    Thanks for the resepi

    BalasPadam
  9. menu masakan nya sangat mengundang selera makan nih
    mantep dech pokoknya

    BalasPadam
  10. saya nak baru berjinak2 dengan dunia masakan. saya nak cuba la masak ni harini memandangkan ada org request. :)

    BalasPadam
  11. Ayam masak kicap nie pun satu favourite saya, terima kasih sebab berkongsi.

    BalasPadam
  12. sedapnya dan banyak sangat resepi yang best best... thanks 4 sharing

    BalasPadam
  13. Terima kasih kak share resipi ni. Alhamdulillah simple tapi sedap! Suka... :)

    BalasPadam
  14. memang simple n sodap yumm yumy .. ariny mask menu ayam masak kicap .

    BalasPadam
  15. mau coba practice resepnya....syukran

    BalasPadam
  16. thanks cara membuat ayam kecampnya

    BalasPadam
  17. Hoihoi terliurnyeerr. Nak try buat lah nanti resepi menarik ni. Oh ye nanti kalau ada masa jemput2 ye singgah blog saya http://www.mamafisya.com/

    BalasPadam
  18. Kelihatannya sedap
    Terima kasih atas resepnya :D

    BalasPadam
  19. Ha..brula 1 resepi yg lengkap..salu org lain bla bg resepi xbgtau kicap manis ke masin..hehe..almaklumla sya ni mmg super duper baghalnye bla bab msak ni..adooi..tqvm..luv it..gegurl sya mkn 3 pinggan bla sya msak lauk ni..huhu..tq lg bebanuak ye..

    BalasPadam
  20. terima kasih sis utk perkongsian resepi. boleh try masak utk lunch harini ni.. sedap.

    BalasPadam
  21. Terima kasih atas recipe nya
    nanti saya nak coba masak :)

    BalasPadam
  22. terima kasih resepi..boleh cuba ..jemput singgah blog saya ea: dirawanhartawan.blogsport.com

    BalasPadam