Isnin, 21 Januari 2013

BINGKA DURIAN


Assalamualaikum...
Musim durian akan berakhir tak lama lagi..Dah tak ada lagi stock Musang King, D24 mahupun D2 di gerai penjual durian di kawasan saya.Yang tinggal hanya durian kampung.Durian Cameron Highland katanya.Tempat lain saya tak pasti.Namun isi duriannya tetap sedap.

Dah dekat penutup musim raja buah ni tetiba rasa nak makan durian lagi, request pada hubby minta dibelikan durian, teringin sangat nak makan, selain tu bolehlah isinya dibuat apa2 menu yang perlu.Hari ni tayang bingka ni dulu...Buatnya dah 2 minggu lepas..memang cik abang suka bingka, kira bertuah badan dapat makan bingka selalu, tak kiralah bingka apa, memang dia suka..Bolehlah lihat resepinya di bawah..

BINGKA DURIAN
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan: (loyang 8 inci)
1 cawan isi durian
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 cawan santan
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan minyak masak
Sedikit pewarna kuning 
Bijan secukupnya

Cara:
1.Satukan isi durian, gula, telur dan santan ke dalam pengisar.Kisar halus.
2.Campurkan bahan kisar bersama tepung gandum dan garam.Kacau rata supaya tidak berketul.Titiskan sedikit pewarna kuning dan masukkan minyak masak.Sebatikan.
3.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.Lengserkan acuan dengan planta.Masukkan adunan ke dalamnya.Taburkan bijan.Bakar selama 1 jam menggunakan api atas dan bawah.
4.Sejukkan dan potong.
**saya guna loyang bahulu kemboja /pecah 8; menghasilkan 2 biji bingka.Selebihnya guna acuan kecil.

9 ulasan:

  1. wah sedap nya.. terkeluar air liur di buatnya.kat sini dah tak ada durian kalo tempoyak banyak..hehe

    BalasPadam
  2. Sedapnya klau dpt buat mnum petang nie...:-)S

    BalasPadam
  3. Saya suka yang bahagian kerak tu. Mesti makan part tu dulu.

    BalasPadam
  4. as-salam
    wow!!!ngancam betul bingka durian tu...sungguh menyelerakan

    BalasPadam
  5. Isek akeh yo duren nang kono...

    BalasPadam
  6. assalam Rohah
    dah lama habis durian kat kg sy tu he he tinggal pokok je tp disini ada yg duk simpan dlm frezer lg sikit
    kalu nak wat bingka ok gak kan

    BalasPadam
  7. salam rohah
    akk plan nk buat bingka jgk nie..tp rasanya durian kt sini tinggal yg x sedap jew..kna fikirkn wt bingka lain plk kan..garing2 tue akk suka..sedapp

    BalasPadam