Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu dan bersantai2 bersama insan tersayang.Inilah masanya kita merapatkan lagi hubungan kasih sayang dikalangan ahli keluarga.Betapa berharganya walaupun hanya sehari dua di hujung minggu kita dapat meluangkan masa bersama kan..
Malam ni sempat juga membuat N3 tentang Sweet Sour Tom Yam Ikan Sebelah ni..Pada asalnya saya buntu untuk mencari resepi yang sesuai untuk ikan sebelah yang telah dibeli.Besar ikan ni dan banyak isi.Biasanya saya goreng dan kerap juga dimasak kari.Tapi dalam buntu2, rupanya datang idea dengan izinNya ketika itu.Idea tercetus bila teringatkan paket pes tom yam ADABI dan kaleng nenas yang dah lama terperap dalam freezer yang masih berbaki.Dari situ saya olah menjadi sweet sour berperisa tom yam.Alhamdulillah diapunya rasa tidak mengecewakan.Resepinya bolehlah dirujuk di bawah.
SWEET SOUR TOM YAM IKAN SEBELAH
Oleh:rohaisha
Bahan Ikan:
1 ekor ikan sebelah / 1kg+-
Garam
Kunyit
Tepung jagung
Air
Bahan Sos:
1 labu bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang
5 cm halia | hiris panjang/ nipis
2 batang serai | ketuk
Daun limau purut secukupnya | hiris halus
2 kaleng nenas | potong dadu
1 paket pes tom yam ADABI
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar madu
1/2 batang lobak merah | sagat, rendamkan ke dalam air kapur, bilas/ toskan
1-2 biji tomato | potong dadu
Cili api secukupnya | Belah dua/ tak putus
Cili api secukupnya | Belah dua/ tak putus
2 biji limau nipis | ambil jusnya
2 sudu kecil tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
Minyak untuk menggoreng & menumis
Cara:
1.Ikan:Bersihkan dan lumurkan ikan dengan garam dan kunyit.Bancuh tepung jagung bersama sedikit air.Gaulkan ikan ke dalamnya.Panaskan minyak dan goreng hingga masak.Ketepikan.
2.Lobak merah:Sagat hingga habis.Ambil sedikit kapur makan dan bancuh dalam air.Masukkan lobak yang telah disagat dan rendamkan ke dalamnya selama 1/2 jam.Buangkan air, bilas dan toskan.Ketepikan.
2.Lobak merah:Sagat hingga habis.Ambil sedikit kapur makan dan bancuh dalam air.Masukkan lobak yang telah disagat dan rendamkan ke dalamnya selama 1/2 jam.Buangkan air, bilas dan toskan.Ketepikan.
3.Untuk sos:Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, serai, daun limau purut dan halia hingga naik aroma.
4.Masukkan pes tom yam dan kesemua jenis sos.Renehkan.
5.Masukkan potongan tomato, nenas, cili api beserta madu.Kacau rata sebentar.Setelah sebati masukkan jus limau beserta bancuhan tepung jagung.Biarkan seketika supaya masak.
6.Tutup api.
7.Siramkan sos ke atas ikan dan taburkan lobak merah yang telah disagat.Hidangkan.
**Saya tidak meletakkan garam walaupun sedikit kerana sosnya tersedia masin disebabkan oleh bahan2 sos dan pes yang diguna pakai dalam adunan sosnya.
Salam kak...
BalasPadampepagi sggh dapur...terkecur sudahhhh...hehe...lame x mkn ikan sebelah...teringat time abg long asz ke laut mancing time sekolah2 dulu...grng garing2 pun sedap...:))
salam Rohah, enak bangat tu pasti bertambah nasi kalau makan ikan tu huh tertelan air liur sendiri
BalasPadamSedapnyer laa nampak Rohahhhh.. tang kepala tu yang geramm.. sedap dpt kunyah kann..
BalasPadamDulu selalu jumpa ikan sebelah, sekarang ni jarang ada di pasar, tapi ikan sebelah ni memang sedaplah Rohah.. masak apapun... masak sweet sour tom yam lagilah menjilat piring ni!
BalasPadamSalam Kak Rohah...
BalasPadamLambat pulak Rahel sampai...konfirm dah abis ni kan....adoiii...ngences...