Isnin, 21 Januari 2013

TERUNG SAMBAL


Assalamualaikum..
Rasa deras pulak masukkan N3 untuk beberapa jam ni, terlebih rajin sudahhh?? He..heee, ini kes banyak resepi yg Q menanti untuk disiarkan..mungkin juga tuan rumah ada sedikit kelapangan..Ye...teruskan aje misi ini selagi mahu, terus dan terus...
Saya, terutama hubby memang suka dengan terung diolah begini..tapi kena ada terung babynya, kalau yang besar2 tu tak berapa enak.Dapat terung yang muda jelita, sure empuk je gigitannya..Saya percaya dan compem semua orang tahu masak sempoi macam ni, kalau beza pun sikit2 jerlah tu kan..Sebenarnya selang seminggu lepas masak terung ni, saya masak lagi terung comel2 macam ni lagi..Ada beza sikit je olahannya.Yang tu menyusul kemudianlah ye..

TERUNG SAMBAL
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
6 biji baby terung panjang | belah 2 tidak putus
1/2 ulas bawang besar | hiris
20gm cili kering | buang biji, kisar
4 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih  | kisar
1cm halia | kisar
5gm udang kering | rendam air panas, toskan & kisar
1 keping asam gelugor
Sedikit belacan
Sedikit air
Garam
Gula
Minyak untuk menumis & menggoreng

Cara:
1.Kisarkan cili, bawang merah, bawang putih, halia, belacan dan udang kering.
2.Panaskan minyak, gorengkan terung separuh masak.Toskan dan ketepikan.
3.Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar dan bahan kisar sehingga naik minyak.Masukkan asam gelugor, kacau rata.Tuangkan sedikit air.Renehkan.
4.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Masakkan kuah sedikit pekat.
5.Matikan api.Tuangkan kuah ke atas gorengan terung tadi dan hidangkan.


7 ulasan:

  1. Peberet akak ni yang.. tkyah lauk lain pun takper.. :)

    BalasPadam
  2. Sedap ni mkn ngan nasi panas....ada ikan kering ke....masin ke....kira ok la.....layannn.....:-)

    BalasPadam
  3. Isuk2 teko reney wero terong sambel...walaaa anjuk ngeleh wetenge arek madang... nggolek sego ndisek...

    BalasPadam
  4. sedap2 akak dah buat sambal terung ni tapi belum update je hahahaha tulah busy sngat orang orang ni kan

    BalasPadam
  5. Feberet asz juga nie kak....dapat mkn nie dgn ikan goreng pun dah sodap!!!

    BalasPadam
  6. waduhhhhhhh ketok uweenakkkkkk banget...kemecer aku...

    BalasPadam
  7. Aslmkum Rohah
    sedap terung buat sambal gini....kena pula dg lauk goreng...membuka selera

    BalasPadam