Selasa, 31 Julai 2012

UDANG TUMIS KARI MANIS


Salam semua, salam Ramadhan..
Diam tak diam dah mengenjak puasa kita untuk hari yang ke-12, hampir setengah bulan sudah kita berpuasa rupannya.Pantasnya putaran waktu tanpa kita sedar...mudah-mudahan bertambah jugalah amal ibadah dibulan yang mulia ini..
Di samping itu, mungkin dah ramai cik puan kita mulai sibuk dengan persiapan untuk aidilfitiri terutama bab adun mengadun biskut raya..ehe..Saya kat sini tak buat apapun lagi daaa..Entahlah!!..hhehe..Tapi kat kepala ni dah mula berangan nak menguli2 rasanya, cuma waktu belum sesuai lagi kot!!..hmmmm..
Malam ni nak share resepi simple gilerrr, tapi sedap aaaarr..Walaupun udang mahal sekarang ni, tapi sesekali nak juga makan udang kan..ngadap ikan & ayam je pun, muak la pulaknye.Bacalah resepi yang simple gilerr tu ye..bye..

UDANG TUMIS KARI MANIS
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
1 labu bawang besar | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
4 tangkai cili besar | kisar
1 biji tomato | kisar
2 sudu besar serbuk kari | bancuh dengan sedikit air
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Gula
Garam 
Minyak

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan serbuk kari dan kunyit.Kacau hingga hingga naik minyak sedikit.
2.Masukkan udang, gaul rata dan biarkan sebentar.
3.Perasakan gula, garam secukupnya.Tutup api setelah udang masak.

Jumaat, 27 Julai 2012

APAM PISANG KUKUS @ STEAMED SOFT BANANA CAKE



Salam manis buat semua..
Hari ni nak kongsi resepi apam yang sangat enak dimamam..Lama sudah teruja dengan resepi ni, cuma masa je yang menentukan, cepat atau lambat nak buatnye..
Ok lah, tak reti dah nak celoteh panjang2, so sesape yang belum pernah buat tu, cubalah, pasti tak mengecewakan.Resepinya jeling2 kat bawah ye..


APAM PISANG KUKUS @ STEAMED SOFT BANANA CAKE
resepi:auntyochana

Lapisan Bawah
Bahan A
200gm pisang masak dilecek
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh esen pisang/ vanila

Bahan B
100gm gula perang
3 biji telur gred A
100gm tepung pau/ tepung Hong Kong/ superfine
1 sudu teh double action baking powder
60ml minyak jagung

Bahan C
Lapisan Atas
2 biji telur gred B
60gm gula kaster
20ml air
60gm tepung pau

Cara-cara:
1.Lapisan Bawah:Sebatikan bahan A.Ketepikan.
2.Satukan bahan B kecuali minyak jagung, gaul dengan hand whisk hingga rata.Masukkan bahan A dan minyak jagung, gaul hingga rata.
3.Tuang setengan adunan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 15 minit.
4.Lapisan Atas:Pukul telur, air dan gula hingga kembang.Masukkan tepung dan gaul rata.Tuang ke atas lapisan bawah hingga penuh, letak 1 hiris pisang sebagai hiasan dan kukus selama 10 minit lagi.

Rabu, 25 Julai 2012

MUFIN NESTUM & SELAMAT HARI LAHIR abang & kakak...


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

"Hari ni Hari jadi abang, tak payah buat keklah ye!..", tanya saya pada Si Abang iaitu anak sulong saya...
"Memang abang tak nak makan kek, tapi Ummi buatlah mufin!...Dah lama Ummi tak buat mufin".Mendengar je permintaannya, saya ia kan je.
Dari semalam2 lagi saya ada niat nak membaking kek untuk kedua anak2 saya sempena hari ulangtahun mereka, tapi bila pikir banyak kali, gamaknya tak termakanlah pulak nanti bila saya buat, lebih2 lagi di bulan Ramadhan macam ni.Maklumnya memang anak2 saya lebih gemar makan mufin berbanding kek.So, saya batalkan saje niat  untuk sebiji kek tu..
Tarikh lahir Si Abang dan Si Kakak memang tak jauh beza;
Abang 25 Julai dan Kakak 20 Julai.Setiap tahun memang kami raikan secara sederhana pada satu hari yang sama.Tapi tahun ni Kakak tak bising nak minta kek, tu yang Ummi pun relax je..Walau apapun, doa Ummi moga kalian berdua berjaya di dunia dan akhirat..Amin.



Saya pun sebenarnya tak berapa nak prepare, so tak tahu nak buat mufin apa.Kalau ikut selera Si Abang dia sukakan mufin yang banyak coklat Chip, tapi takkan nak buat mufin yang sama je dari dulu ye tak..
Tanpa berlengah saya capai je barang yang ada dalam kabinet, jadilah juga mufinnya, Mufin Nestum.Sebab nak cepat, saya belek2 sebuah buku untuk dapatkan sukatan asas mufin sebagai rujukan..dan selainnya ikut kepala den je lah, asal jadi mufin..

MUFIN NESTUM
rujukan:Kompilasi Hidangan Mufin
sumber resepi:rohaisha

Bahan:
250gm tepung naik sendiri | ayak
150ml susu segar
125 minyak masak
120gm gula kastor
50gm chocholate chip
50gm bijirin nestum
15gm baking powder (boleh  kurangkan)| ayak 
2 biji telur gred A

bahan taburan: 
bijirin oat

Cara menyediakan:
1.Ayakkan tepung bersama baking powder.Masukkan chocholate chip dan bijirin nestum.Gaul dan ketepikan.
2.Pukul gula kastor dan telur hingga kembang.Kemudian satukannya dengan bahan campuran tadi (tepung, baking powder, chocholate chip dan bijirin nestum).Gaulkan sebati.
3.Masukkan susu segar dan minyak masak.Sebatikan.
4.Masukkan adunan ke dalam cup mufin dan taburkan dengan bijirin oat.Kemudian bakar selama 20 minit menggunakan suhu 200 darjah celcius.

nota:boleh kurangkan lagi sukatan baking powder dari sukatan yang ada untuk mengelakkan rasa kelat.Yang ni pun sy dah kurangkan sukatannya dari resepi asal yang yg saya rujuk.Namun terpulang pada individu.

Selasa, 24 Julai 2012

KASUWI DURIAN


Assalamualaikum...
Bersua kembali di hari ke-4 Ramadhan.Sekejap je kan masa berlalu.Apapun apa yang diharapkan moga ramadhan hari ini penuh makna dan keberkatan.Amin.
Ahaaa, kasuwi durian ni bukan juadah yang dibuat pada ramadhan ni tau...sebaliknya beberapa minggu yang lalu..alaaa, macam biase, resepi simpanan dalam folder..iki ki..
SELAMAT BERBUKA!

KASUWI DURIAN
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
1 cawan gula pasir* | larutkan
1/2 cawan gula kabung/ gula melaka* | potong dadu & larutkan
3 cawan air* (* satukan bersama)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan isi durian
2 sudu besar air kapur
Sedikit pewarna kuning

Cara:
1.Satukan bahan bertanda (*) dan masak/renehkan dalam periuk hingga larut.Sejukkan.
2.Blender isi durian bersama air gula yang telah disejukkan tadi.(Pastikan air gula ditapis dahulu).
3.Satukan bahan kisar tadi dengan tepung gandum, tepung ubi, air kapur dan sedikit pewarna kuning.Kacau sebati menggunakan whisk.
4.Didihkan air dalam periuk kukusan.
5.Panaskan acuan sebentar, sapukan minyak dan tuangkan adunan dalam acuan lompang/ kegemaran.
6.Kukus selama 15-20 minit menggunakan api sederhana besar.

Ahad, 22 Julai 2012

KUIH SIPUT


Assalamualaikum...

Alhamdulillah kita masih dipertemukan  di hari kedua Ramadhan...Apa menu berbuka hari ni??? Mesti semua sibuk di dapur menyediakan juadah yang enak2 kan..Mudah-mudahan berkat ibadah puasa yang kita lalui insyaAllah.

Hari ni saje saya tayang kuih siput ni, sebab masih lemau rasanya nak mengupdate menu2 lain yang tertangguh & berderet dalam folder tu.Kuih siput ni kalau nak tahu, saya buat dah lama, puasa tahun lepas..adehh mak aii...lama beno tuuu..hehe...tak salah kan!Selama ni posted kat fb je..

Resepi Kuih Siput ni rapuh strukturnya.Jadi kalau sesapa yang tak suka rapuh, bolehlah kurangkan marjerinnya.
Rempah ratusnya pun meriah, (sebab saya suka).Jadi kalau sesapa yang tak suka rerempah yang over sikit, kurangkan je lah penggunaannya.Selamat mencuba kepada yang berkenan..


Kuih Siput /versi rapuh
Sumber: Olahan dari 2 majalah.
Sumber: Rohah

Bahan-bahan:
600gm tepung gandum
220gm marjerin | dicairkan *klu nk lg rangup guna sukatan 240gm marjerin
6++tangkai daun kari | untuk di campur dalam minyak semasa menggoreng
2 tangkai daun kari | Kisar
2 sudu besar serbuk kari
15gm jintan halus | Kisar
15gm jintan kasar | Kisar
15gm udang kering | Goreng dan Kisar
2 ulas bawang putih | Dihiris halus dan digoreng serta dikisar
1 biji telur
Air (Sediakan 150ml+-)
Garam secukupnya (tp kebiasaannya saya guna dlm lebih kurang 1++ sudu kecil garam)
Cara:
1-Marjerin dicairkan dan sejukkan sebentar (suam2).Ketepikan.

2-Gaul tepung bersama serbuk kari dan marjerin yang telah dicairkan tadi.Ketepikan.
3-i-Kisar jintan kasar,jintan halus dan daun kari.
   ii-Kisar udang yg digoreng bersama bawang putih.
4-Dalam satu bekas, campurkan bahan i & ii dan gaul rata bersama garam (adjust garam ni; jgn terlajak masin pula).
5-Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi ke dalam adunan tepung yg telah disebatikan dgn minyak Gaul rata.
6-Masukkan telur ke dalam adunan dan sebatikan. (sambil tu, cuitlah sikit tepung utk test sekali lg sama ada dah cukup masin ke belum).
7-Masukkan air sedikit demi sedikit..dan uli sampai betul-betul sebati.Jangan tuang air terus..klu dah tak melekat tandanya o.kle tu..
8-Gentel siput smpi habis.
9-Goreng siput step by step dan semasa menggoreng, lurutkan daun kari secukupnya..SIAP



Jumaat, 20 Julai 2012

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK BUAT SEMUA




السلام عليكم  
Selamat malam dan salam manis buat rakan2 sekalian...Lama rasanya saya tidak berbicara di sini, sekalipun seminggu lebih sahaja menyepi bagaikan terlalu lama bagi saya..Maaf kerana tidak dapat ronda-ronda di laman blog kalian kerana kesibukan yang melanda, sambil2 merehatkan diri..
Menyepi seketika bukan bererti melupakan rakan2 semua, namun keadaan sekeliling memaksa untuk saya berbuat demikian.InsyaAllah selepas ini kita dapat bersama2 lagi mentelaah ilmu "masakan", terutama post2 u all tentang menu yang enak2 tuee...hehe, lagi2 menjelang puasa tak lama lagi kan.Jua tak kiralah ilmu apapun, asalkan ilmu yang baik untuk dikongsi bersama.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan "selamat berpuasa" buat anda semua.Semoga di bulan puasa yang penuh barakah  nanti, kita dipanjangkan usia dan diberi kesihatan dan kekuatan yang baik dari Pencipta kita  untuk menjalani ibadah puasa dengan sebaik yang mungkin, insyaAllah..
Sebagai peringatan untuk diri sendiri, marilah kita semak semula ilmu yang pernah kita belajar sewaktu dibangku sekolah dulu ye...apa lagi kalau tak bermula dengan
PENGERTIAN PUASA.Pastu jangan lupa NIAT pulak tau.. 
"Selamat Beribadah" 
Pengertian Puasa:
Puasa ialah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh mulai dari terbit fajar sehingga terbenam matahari kerana Allah Taala.
Begitu juga hendaklah menahan diri daripada perkataan sia-sia, perkataan yang menimbulkan syahwat, perkataan yang diharamkan dan dimakruhkan menurut syarat-syarat yang telah ditentukan.
rujukan:oleh Ustaz Sulaiman Endut (Buku Asas-asas Fardhu Ain) 

Niat puasa untuk sebulan:
نََوَيْتُ صَوْمَ َشهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ هذِهِ السََّنَةِ لِلّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku puasa bulan Ramadhan sekaliannya kerana Allah Taala.”
           

Niat puasa bagi tiap-tiap malam
نَوَيْتُ صَوْم غَدٍ عَنْ أدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانِ هذِهِ السََّنَةِ لِلّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.

َوالسّلام


nota:jika perasan pada barisan ayat  niat puasa tu ada macam kejanggalan sikit pada perkataan (nawaitu) dan (sanati).so, mohon maaf atas keralatan tersebut.Masa taip tulisan jawi tu saya guna pc lain, o.k je, tp bila dah publish, sy lihat kat laptop saya pulak jadi tak bersambung pulak sebahagian huruf kat kalimah tu.Tapi tak pastilahkan macammana yg u all nampak kat pc atau laptop u all semua ..mungkin perisiannya berbeza.So, harap maklum ye.Jangan keliru tauuu!!

Khamis, 12 Julai 2012

CUCUR UDANG


Assalamualaikum..
Selamat malam....moga rakan2 ceria menjalani kehidupan seharian.
Terus kepada menu yang terbit hari ni, iaitu Cucur Udang yang sangat enak yang mana saya ambil resepinya dari 
kak Norzie Hany.First time pandang N3 cucur udang dia terus jatuh hati...Berbaloi dapat rasa cucur udang yang lembut macam ni, sebiji macam beli kat luar..wahha..thanks ye kak.
Untuk sosnya tu, versi saya sendiri.Mudah dan cepat je nak sediakan.Bolehlah lihat resepinya kat bawah tu..


CUCUR UDANG

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
10 ekor udang
20gm kucai
Segenggam tauge
2 cawan air suam
1 biji telur
1 sudu besar yis mauripan
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1.Bancuh tepung gandum, garam, serbuk kunyit, yis dan telur dengan air suam.
2.Masukkan kucai dan tauge dan gaul sebati.Perap sebentar sehingga adunan naik (saya perap 1 jam).
3.Panaskan minyak dan rendam senduk bulat di dalamnya.
4.Masukkan sedikit adunan ke dalam senduk dan bubuh udang di atasnya.
5.Goreng hingga cucur udang masak.
6.Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama sambal kacang atau sos cili.

Sos Merah
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
6 tangkai cili merah (besar)| kisar bersama 1/2 cawan air
2 ulas bawang putih | kisar
1 cawan air
1 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung
Gula secukupnya
Garam

Cara:
1.Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama air, gula dan cuka.Didihkan atas api sederhana.
2.Masukkan bancuhan tepung jagung.Perasakan dengan garam pula.Kacau sebati dan tutup api.


Selasa, 10 Julai 2012

CHICKEN CHOP & SOS BLACK PEPPER


Assalamualaikum...
Sambungan dari N3 Kentang Putar & Coleslow semalam, hari ni barulah berkesempatan nak N3kan resepi Chicken Chop & Sos Black Peppernya sekali.Untuk sosnya tu saya hasilkan dari pengamatan pelbagai sumber sama ada google n majalah.Makanya itulah yang terhasil.Itupun ikut bahan2 yang sedia ada kat dapur.Memang tak mengecewakan..

CHICKEN CHOP & SOS BLACK PEPPER
resepi:rohah

CHICKEN CHOP
Bahan:
3 bahagian peha/ dada ayam (650gm+-/potongan besar) | buang tulang
3 ulas bawang putih | kisar halus
6 inci halia | kisar halus
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar saus manis ABC
1 sudu kecil serbul lada sulah/lada putih
Garam

Salutan:
1 biji telur | kacau
2 sudu besar tepung gandum
100gm bread crumbs

Cara:
1.Bersihkan ayam dan gaulkan ayam bersama bahan kisar, sos tiram, saus manis, serbuk lada sulah dan garam.Masukkan dalam tupperware dan perapkan selama 3 jam dalam peti ais.
2.Setelah cukup masa memerap, gaulkan pula dengan tepung gandum.
3.Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.
4.Ambil ayam dan celupkan dalam telur kemudian salut dengan bread crumbs.Buat satu persatu.
5.Goreng dengan api sederhana besar agar ayam masak sekata.
SOS BLACK PEPPER

Bahan:
1/2 botol sos lada hitam (170gm+_)
1/2 cawan susu cair
1 cawan air
1 sudu kecil sos tiram
2 sudu kecil saus manis ABC
1 sudu besar planta
1 sudu besar tepung jagung* / bancuh dengan sedikit air
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam*
Sedikit garam* (jika perlu)

Cara:
1.Satukan kesemua bahan kecuali bahan bertanda (*) dalam periuk.Kacau rata menggunakan whisk.Kemudian didihkan atas api sederhana hingga meruap dan sesekali dikacau.
2.Masukkan bancuhan tepung jagung dan didihkan sepenuhnya.kacau rata supaya tidak bergentel.Taburkan serbuk lada hitam.Perasakan dengan garam jika perlu.
3.Matikan api.

Isnin, 9 Julai 2012

KENTANG PUTAR & COLESLOW


Assalamualaikum...
Rindunya rasanya nak BW, tapi masa dan keadaan tak berapa nak mengizinkan, agak sibuk dengan sedikit urusan keluarga.Anak buah suami walimah pada 7 Julai yang lalu, dan kebetulan juga ayahanda tercinta menjalani operation pada tarikh yang sama.Doakan ayahanda saya sihat seperti sediakala.Amin..Moga doa2 kalian antara doa yang mustajab dengan izin-Nya.
Maaf pada rakan2 yang lain kerana tidak dapat singgah ke dapur anda semua, insyaAllah perlahan2 saya akan terjah juga..ehehe..Terima kasih pada rakan2 blogger yang masih setia menjenguk Damai Qalbu yang banyak kekurangan ini...TQ banyak2 sekali lagi ye..
O.klah, berbalik pada N3 kali ni, julung kalinya saya buat kentang putar yang dah lama diidam-idamkan..Puas makan kentang yang kita buat sendiri.Buat pun takdelah susah mana kan...asalkn bahan-bahannya cukup.Tapi time buat ni saya takde stok daun saderi, namun hasilnya tetap enak.Tq buat adizah@myresipi, empunya resepi asal Kentang Putar ni.Namun sumbernya saya perolehi dari kak Irma, tq juga buat akak.Untuk sos kentang putarnya boleh rujuk kat myresipi di mana resepinya dimiliki oleh daunpandan@myresipi.Tq banyak2...Sumbernya pulak saya dapat dari kak Irma lagi.Tq sekali lagi.
Dah ada kentang putar, makanya kenalah cari lawannya pulak; apa tu???aha..Coleslowlah...wah, memang best2 aje nguyah Coleslow hasil resepi ros@jintanmanis ni.Memang terbaik, cincang2 kejap je dah siap, fridgekan kejap n boleh makan terus..Tq ye ros..
Resepinya tengok bawah ye..
KENTANG PUTAR
resepi:adizah@myresipi
sumber:Irma

Bahan-bahan untuk kentang putar:
6 biji kentang yang bersaiz besar
2 sudu besar mentega
5 sudu besar susu segar
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara-cara:
1.Kupaskan kentang dan potong dadu.Rebus kentang sehingga empuk.Bila dah empuk, toskan air.Untuk mudahkan kerja, lenyekkan kentang dalam keaadaan kentang masih panas.
2.Masukkan susu segar dan mentega.Gaul rata.Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Tambahan:Sekiranya ada stok simpanan double cream atau whipping cream dalam peti ais, boleh juga gunakan salah satu sebagai penambah rasa dalam kentang putar.Sedap.Bertambah lemak.D:

SOS KENTANG PUTAR
Sumber:Irma

Bahan-bahan:
650ml air
1 biji bawang holland | cincang halus
1 batang saderi | cincang halus
3 sudu besar serbuk Pati Ayam@1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi (saya guna kiub ayam Knorr)
4 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1.Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar.Masak sampai mendidih.Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2.Dalam periuk yang lain, cairkan mentega di atas api sederhana panas.Biarkan cair.Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit.Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk.Pastikan api perlahan.
3.Tuangkan air rebusan perlahan-lahan.Sedikit demi sedikit.Kacau sampai kuah menjadi likat.
4.Masukkan sos tomato dan sos tiram.Kacau sebati.
5.Masukkan kicap pekat.Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.
6.Masak sehingga pekat.Rasa dahulu sebelum masukkan garam.Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada, tak perlu tambah garam.Sekiranya mahu masin lebih, barulah tambahkan garam.
7.Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam.Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah.Masa ni kalau nak kuah pekat, kacau lama.Jika suka kuah cair, boleh dah tutup api.


COLESLOW 
resepi:ros@jintanmanis

Bahan-bahan:
1/4 biji kobis saiz kecil
1/2 batang carrot
1/2 biji bawang besar (saya guna bawang holland)
3 sudu besar mayonis
Sedikit garam dan gula


Cara:
Kobis, lobak merah, bawang besar dicincang halus, masukkan mayonis, gula serta garam.Kacau sebati dan sejukkan di dalam peti ais.



Khamis, 5 Julai 2012

TUMIS ASAM KEMBUNG


Assalamualaikum.
Inilah dia resepi yang cukup ringkas, tapi memang up kat tekak saya.Tumisan ikan yang agak berkuah, rasa tak jemu menjamahnya.Makan dengan nasi sejuk pun sedap, apa lagi dengan nasi panas..layann..

TUMIS ASAM KEMBUNG
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
6 ekor ikan kembung | goreng
1/2 biji bawang besar | hiris
1 tangkai lada merah* | tumbuk
2 ulas bawang putih* | tumbuk 
2 inci halia* | tumbuk
2 inci kunyit hidup* | tumbuk
Daun kesum secukupnya
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Goreng ikan macam biasa.Ketepikan.
2.Tumiskan bahan tumbuk dan bawang hirisan hingga layu.
3.Masukkan daun kesum dan air asam jawa.Renehkan.
4.Masukkan ikan, kacau rata dan bubuh garam dan gula secukup rasa.
5.Matikan api setelah masak.

Selasa, 3 Julai 2012

MURTABAK ROTI


Salam petang yang ceria...
Apa kata kita buat murtabak roti ye, sedap tau..belum cuba, belum tahu rasanya kan...Agak2 ada roti yang dah tak berapa nak jalan tu bolehlah buat murtabak ni.Macam dadar telur je.Untuk resepi tu boleh rujuk kat bawah.Tq buat muse, kak Annor & kak Ayu.

MURTABAK ROTI
Resepi asal:muse@myresipi
Sumber Olahan:Annor MrsHamizie

Bahan-bahan:
4 keping roti
1/2 bawang besar | hiris nipis
2 biji telur (saya guna 3 biji telur gred A)
Garam secukup rasa
Butter @ marjerin

Penambahan by Annor MrsHamizie
Cili besar | hiris 
Daun sup | hiris
Lada sulah
*Campurkan kesemua bahan di atas

Cara-cara:
1.Pecahkan telur dan gaulkan bersama bawang, cili besar, daun sup, lada sulah dan garam.(Ala2 nak buat telur dadar).Ketepikan.
2.Potong kepingan-kepingan roti jadi dadu.
3.Panaskan kuali dengan butter.Guna butter secukupnya untuk menggoreng.
4.Bila kuali sudah agak panas, baru masukkan roti tadi ke dalam bekas berisi telur.Gaul sebati.Jangan lama sangat proses ni, sebab kita tak nak roti tu resap telur terlalu banyak.Then, terus tuang dalam ceper atau kuali tadi.
(untuk proses yang ni, saya asingkan sedikit bancuhan telur. Selebihnya digaulkan dengan roti dan curahkan ke dalam kuali.Ambil pula bancuhan telur yang diasingkan pada awalnya tadi dan curah pula untuk sekian kalinya.)
5.Guna api kecil, tak nak hangus diluar, dan tak masak di dalam.Dalam 10 minit, bolehlah balikkan ia.Dah nampak kuning-kekuningan, siap!. (*time ni pandai2lah nak balikkan ye, sebab takut roti yang didadar pecah/rosak).
6.Sedap dimakan bersama cili sos.Selamat mencuba.