Jumaat, 27 Julai 2012

APAM PISANG KUKUS @ STEAMED SOFT BANANA CAKE



Salam manis buat semua..
Hari ni nak kongsi resepi apam yang sangat enak dimamam..Lama sudah teruja dengan resepi ni, cuma masa je yang menentukan, cepat atau lambat nak buatnye..
Ok lah, tak reti dah nak celoteh panjang2, so sesape yang belum pernah buat tu, cubalah, pasti tak mengecewakan.Resepinya jeling2 kat bawah ye..


APAM PISANG KUKUS @ STEAMED SOFT BANANA CAKE
resepi:auntyochana

Lapisan Bawah
Bahan A
200gm pisang masak dilecek
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh esen pisang/ vanila

Bahan B
100gm gula perang
3 biji telur gred A
100gm tepung pau/ tepung Hong Kong/ superfine
1 sudu teh double action baking powder
60ml minyak jagung

Bahan C
Lapisan Atas
2 biji telur gred B
60gm gula kaster
20ml air
60gm tepung pau

Cara-cara:
1.Lapisan Bawah:Sebatikan bahan A.Ketepikan.
2.Satukan bahan B kecuali minyak jagung, gaul dengan hand whisk hingga rata.Masukkan bahan A dan minyak jagung, gaul hingga rata.
3.Tuang setengan adunan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 15 minit.
4.Lapisan Atas:Pukul telur, air dan gula hingga kembang.Masukkan tepung dan gaul rata.Tuang ke atas lapisan bawah hingga penuh, letak 1 hiris pisang sebagai hiasan dan kukus selama 10 minit lagi.

11 ulasan:

  1. Assalam rohah, sedap nampak apam pisang kukus tu, yg menariknya ada 2 kaler

    BalasPadam
  2. Salam Kak Rohah..
    wah..rajinnya akak buat apam yer..agak2nya dah lama jugak kite tak buat apm...nak apam la kak..

    BalasPadam
  3. salam rohah...cantik molek apam nih..kecik2 chomei..senang budak2 nak makan!

    BalasPadam
  4. moleknyaaaaaaaaaa... cantik comel, mesti gigit pelan2 tak mo lari bentuknya, ye tak???

    BalasPadam
  5. adusss sedapnya Rohah benda ni kalau berpisang dan lembut2 macam ni mmg fav akak ni mudah menolan kan pisang ada lagi baki buat kek heee boleh try yg ni pulak kan...

    BalasPadam
  6. eee''eeehhh lawanya Rohah....apam piasang kukus tu....

    BalasPadam
  7. omey! tun mmg suka la kuih2 camni. slice pisang besar2 sket kasi puas hati mkn. hihi

    BalasPadam
  8. waduhhh..gebusssnye apam mu itew!! bak akak 2 ketui utk buka kt klinik ni haa..hehe!!

    BalasPadam
  9. cantiknye kejadian... kalo ada belen pisang sure nak try jugak

    BalasPadam
  10. dah lama akk x buat apam rohah..cantik pulak dh buh dlm mgkik kecik2 tu kan:)

    BalasPadam
  11. dh lama QH simpan resepi ni...ade juga yg tanye mngenai apam pisang ni kt QH haritu cmne nk buat...tp dri sdri lum penah cuba..jd xleh nak komen n tjk ajr...kena buat juga nti ni...sbb ade pmintaan...hihi...mmg nmpk sedap apam pisang tu...gebu semacam aje..

    BalasPadam