Khamis, 24 Mei 2012

KEK KEJU KUKUS




Pantasnya masa berlalu....macam tu lah putaran waktu menyapa kita saban hari.Moga hari yang bakal dilalui membawa seribu makna buat kita, insyaAllah...


Ada senang..???
Sebab tu lah saya bikin kek ni untuk kedua kalinya.Pernah buat DULU, tapi buat separuh adunan je.Enak, lembut, gebuss...Kali ni  teringin buat dan makan lagi, dan inilah hasilnya.Untuk resepi asal boleh juga lihat di SINI.Empunya resepi ini ialah Chef Norzailina Nordin.Tq Chef...


KEK KEJU KUKUS
Resepi:Chef Norzailina Nordin

Bahan-bahan:( Loyang/Tin 22 cm )
6 biji putih telur
200 gm gula kastor
500 gm krim keju (suhu bilik)
250 ml krim putar
6 biji kuning telur
100gm tepung gandum
1 camca strawberi emulco
Sedikit pewarna merah
1 camca coklat emulco

Cara-cara:
1.Lengserkan tin pembakar dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak.
2.Putar krim keju hingga halus.Masukkan separuh gula dan putar hingga gebu.
3.Masukkan krim putar, kuning telur dan tepung.Pukul lagi hingga sebati.
4.Putar putih telur dengan baki gula hingga kental.Ketepikan.
5.Kaup balikkan putih telur ke dalam adunan dan kacau rata.
6.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian:
   a)Adunan asal
   b)Bubuh strawberi emulco dan pewarna merah pada satu bahagian
   c)Coklat emulco pada satu bahagian lagi.
7.Sendukkan adunan secara berselang-seli ke dalam acuan.Kukus selama 45-50 minit atau sehingga masak.Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Selasa, 22 Mei 2012

IKAN DURI MASAK KICAP SERAI


Salam...
Sape tak suka makan Ikan Masak Kicap??Saya sukeeeee...
(tanya sendiri, jawab sendiri..peduli je lah ye..)
Kali ni saje ngetest masak kicap bubuh serai, sajelah kan...sebab sauk serai kat tepi rumah je, tak kuar modal pun, apalah...salahnye, ye tak??..So, bayangkan je lah masak kicap yang macam kengkawan  selalu buat kat rumah, pastu ada rasa serdak2 serai gitu...Wallahu'alam.. 

IKAN DURI MASAK KICAP SERAI
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
5 bahagian ikan duri | goreng separuh masak
1/2 labu bawang besar | hiris
4 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2 batang serai | kisar
1 tangkai cili merah |  kisar
3 inci halia | kisar
2 inci lengkuas | kisar
1 sudu kecil lada putih | kisar
1 sudu kecil lada hitam | kisar
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos manis ABC / kicap manis
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar dan bawang besar hingga wangi.
2.Masukkan kicap pekat dan sos manis ABC.Kacau rata.Masukkan juga sedikit air dan renehkan sebentar.
3.masukkan ikan dan biarkan ia sebati dalam kuah.Boleh perasakan dengan garam, serbuk lada putih dan lada hitam.Taburkan hirisan cili merah.
4.Tutup api setelah masak.

BINGKA JAGUNG


Salam..
Bingka ni dah jadi darah daging....Buat minggu lepas kalau tak silap, hari ni baru lepas Q nya..
Kisahnya, bijian jagung yang jadi kuih bingka ni mahu dijadikan jagung kukus pada awalnya, tapi tahap empuknya langsung tak menepati piawaian walaupun dah kukus hampir sejam.Dengan ilmu yang cetek, saya rebus pulak jagung tu (nak test, boleh empuk ke tak, ni dah tahap geram juga masa ni, pun hasilnya tetap sama..so............bye2 lah nampaknya kisah jagung kukus tu...)
Tak mau pening2, saya balun dia jadi bingka, 
padan muka..hehe..(eehh, tak baik tau..)
Alhamdulillah, jadi pun bingka!!!selamat kini jadi baja..

BINGKA JAGUNG
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
2 cawan jagung* (yang telah direbus) | kisar
2 cawan santan pekat* | kisar bersama
3/4 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung kastard
2 biji telur
1 sudu kecil esen jagung / vanila
1/2 cawan minyak masak
Bijan secukupnya | tabur

Cara:
1.Kisarkan jagung bersama santan.
2.Tuangkan bahan kisar ke dalam satu bekas.Masukkan garam, gula dan telur, kacau sebati menggunakan whisk.
3.Masukkan tepung gandum, tepung beras dan tepung kastard.Kacau hingga rata.Perisakan dengan esen jagung, masukkan minyak dan kacau lagi.
4.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.
5.Sapukan loyang  empat segi berukuran 8" dengan mentega.Tuang bancuhan adunan ke dalam loyang.Taburkan bijan di atas adunan.Bakar selama 1 jam.


note:boleh tambah 3 minit pembakaran utk api atas sahaja jika mahukan sedikit kerak di atasnya.

Isnin, 21 Mei 2012

KAILAN IKAN MASIN





Bersua kembali...
Moga ceria sahabat2 di luar sana..Celoteh ringkas je, kita terus pergi ke resepi Kailan Ikan Masin.Pastinya semua orang suka makan sayur ni kan..Yang paling best bila pakai baby kailan yang sememangnya lembut batangnya, masaknya pun tak perlu lama.
KAILAN IKAN MASIN
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
1 cekak baby kailan | potong pendek
100gm ikan tenggiri jeruk | potong kecil
1/2 labu bawang holland | hiris
4 ulas bawang putih | ketuk
1 tangkai cili merah | hiris
2 sudu besar sos tiram
3/4 cawan air
1/4 sudu kecil tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air

Cara:
1.Tumiskan bawang putih dan bawang holland hingga naik bau, masukkan pula hirisan ikan tenggiri jeruk, kacau rata.
2.Masukkan sos tiram dan air, renehkan sebentar.
3.Masukkan baby kailan, kacau dan siramkan dengan bancuhan tepung jagung, kacau lagi sekadarnya. (tidak perlu lama kerana baby kailan sememangnya lembut).
4.Taburkan cili merah dan matikan api.

Sabtu, 19 Mei 2012

MANGO PANNA COTTA


Salam...
Cuaca sekarang ni memang panas semacam je kan..Musim buah-buahan tempatan pun tak kurang juga rancaknya..Mangga ranum pun memang banyak dijual kat tepi2 jalan @ pasaraya.Ambillah peluang ni, amacam kalau kita buat Panna Cotta.Sedap Mango Panna Cotta hasil olahan K.Nor@Secubit garam ni.Beliau rujuk resepinya gari Gert@Kitchen Snippets pula, memang bisa sejuk alurrrrrrrrr tekak tau!!!.Saya lebih suka mangga masak ranum dari mangga yang masih hijau tu... (baru sebut dah kecut ayerr liuurr).

MANGO PANNA COTTA
resepi olahan:K.Nor@Secubit Garam

Bahan-bahan:
2 cawan susu segar/ fresh milk
1/2 cawan whipping cream
2 sudu kecil serbuk gelatin (bancuh dengan 3 sudu besar air panas)
1/4 cawan gula / secukup rasa
1 sudu kecil esen vanila

Untuk puree mangga:
1 biji mangga masak (saya guna 2 biji)
2-3 sudu kecil gula
1 sudu kecil perahan limau/ lemon

Cara:
1.Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan ia mengembang.
2.Masak susu, whipping cream dan gula dengan api sederhana hingga kelihatan buih-buih kecil di tepi periuk.
3.Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.Tuangkan dalam ke ramekin atau gelas yang sesuai.
4.Sejukkan adalam peti ais lebih kurang 5-6 jam.
5.Sementara itu bolehlah disediakan puree mangga.
6.Blend mangga hingga halus kemudian masukkan gula dan perahan limau /lemon.
7.Kacau hingga sebati dan sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.
8.Untuk mnghidang, tuangkan puree ke atas panna cotta tadi.
9.Sedia untuk dinikmati.



Jumaat, 18 Mei 2012

KARI IKAN YU MAMAK STYLE


Salam rakan-rakan yang disayangi...rasanya semua orang suka makan kari kan..tapi kalau dapat makan kari mamak sesekali, memang best punya.Apa kata kita try buat kari mamak hari ni juga...Boleh kongsi resepi dari iris samara ni, memang pekat karinya.Untuk resepi asal boleh tengok kat SINI.
Ikut resepi asal yang ditulis oleh iris samara, memang menggunakan ayam, tapi saya tukarkan dengan ikan yu yang sememangnya banyak isi, puas makan tau..Saya olah sedikit penyampaiannya, manakala sebahagian sukatan adalah mengikut kesesuaian saya, tetapi masih mengikut ciri2 resepi asal sebagaimana yang ada dalam link beliau.Selamat mencuba.. 
KARI IKAN YU MAMAK STYLE
Resepi asal:KARI AYAM MAMAK STYLE
Sumber resepi: iris samara
Olahan:rohaisha

Bahan-bahan:
1/2  ikan yu

Bahan A:
10 ulas bawang putih | kisar
3 inci halia | kisar

Bahan B:
1 labu bawang besar | dihiris
4 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan C: 
1 biji tomato
2 batang serai | diketuk
2  helai daun pandan

Bahan D:
8 sudu besar serbuk Kari Ayam Baba's*(boleh kurangkan sukatannya)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit*
Serbuk cili kering (banyak ikut suka)*- dibancuh bersama air
2 biji terung bulat | belah 2@4
1/3 cawan santan kotak

Bahan E:
Serbuk lada hitam*
Serbuk lada sulah*
Serbuk ketumbar*
Serbuk jintan manis
(*)kuantiti ikut suka 
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumis bahan A sehingga naik bau, kemudian masukkan bahan B dan bahan C.Tumis sehingga daun kari nampak garing.Masukkan ikan dan terung, tutup periuk.(Masa menumis ikan ni, mesti anda akan mula terbau aroma wangian masakan ni).
2.Masukkan sedikit air dan tutup periuk semula.Biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma ayam itu keluar.Tumis lebih kurang 3 minit.Pastikan anda masak dengan api perlahan.
4.Tambah air mengikut kuantiti kuah yang anda suka.Tutup periuk dan biarkan air mendidih.
5.Apabila air kuah sudah mendidih, barulah dimasukkan bahan D dan bahan E.Masak sehingga ramuan rempah ini masak dan sebati.Pastikan periuk sentiasa ditutup dan masak dengan api perlahan.(jika mahu dapatkan resepi yang lazat, ikutlah petua ini)
6.Apabila kuah kari dan ikan sudah masak dan empuk barulah masukkan santan / susu cair dan garam.Masukkan garam di akhir masakan.Biarkan kuah mendidih dan semua ramuan ini cukup masak dan sebati.Hidangkan.



Khamis, 17 Mei 2012

BINGKA PISANG (II) laaagi!!!


Salam teman-teman...
Hari ni baru dapat update blog..jenuh upload pic tapi asyik gagal..ingatkan line tenet problem, rupa2nya lappy tu yg demam kot. Tak terfikir pulak nk buka pc..
Alhamdulilah, kat pc boleh pulak masukkan pic2, cuma kena byk kerja sbb pic byk tersimpan dlm folder lappy, sabar je lah kan...
APA CERITA NI??
Bingka laaagi???
Ehehe..nak buat macammana, memang teman hidupku suka makan bingka.Tak kiralah bingka apapun.Dia minta kuih bingka pisang lagi, sebab pisang yang dibelinya masih berbaki.
Hari tu saya buat bingka pisang guna gula pasir, tapi kali ni saya guna gula perang pula..Pun mudah je, tak susah mane nak buatnye.Selongkarlah kat bawah tu ye..

BINGKA PISANG 
resepi:rohaisha

Bahan-bahan: (loyang 7")
12 ulas pisang awak
1/2 cawan gula perang
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
1/2 cawan minyak
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara:
1.Lecek pisang bersama garam, ketepikan.
2.Blenderkan gula perang, telurdan santan.
3.Satukan pisang dengan bahan kisar, esen vanila dan minyak masak.Kacau sebati menggunakan whisk.
4.Sapukan loyang berukuran 7" dengan marjerin.Masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan secukupnya di permukaannya.
4.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.Bakar adunan selama 1 jam dan tambahkan 5 minit pembakaran menggunakan api atas  sahaja selepas itu untuk mendapatkan kerak dipermukaan bingka.


Isnin, 14 Mei 2012

MEE SIPUT UDANG



Salam..
Selamat menjamu selera dengan Mee Siput Udang yang cukup lazat..Untuk resepi ni, saya dah olah sukatannya mengikut kesesuaian, tapi masih mengekalkan bahan-bahan asas untuk penyediaan mee ni.Resepinya saya rujuk di dalam buku yang saya sebutkan kat bawah tu ye..



MEE SIPUT UDANG
Resepi:Mi Yee Udang Oleh Sa'adiah Mohamad (Buku Kompilasi Hidangan Mi)
Olahan:rohaisha

Bahan-bahan:
12 keping mee siput
1200ml air rebusan udang
250gm udang basah (15 ekor udang)
6 ulas bawang merah | dihiris nipis
4 ulas bawang putih | dicincang
3 tangkai cili merah | dikisar
4 sudu besar puri tomato 
8 kuntum cendawan shitake | direndam & hiris nipis
2 keping kek ikan | dihiris nipis
4 sudu besar tepung jagung* | dibancuh bersama
200ml air*
8 batang sawi bok choi
5 tangkai daun bawang | dihiris
Garam dan lada sulah secukupnya
Minyak masak 

Cara:
1.Celur mee hingga kembang.Ketepikan.
2.Tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah.
3.Bila naik bau, masukkan udang dan cendawan kering.Kacau 1 minit.
4.Tuangkan air rebusan, puri tomato, garam dan serbuk lada sulah.
5.Bila mendidih, masukkan kek ikan dan bok choi.
6.Masak hingga empuk kemudian bubuh campuran tepung jagung.Kacau tanpa henti.
7.Bila pekat, angkat dan tuangkan ke atas mee bersama udang.






Inilah dia rupa mee yang saya guna untuk buat Mee Siput Udang tu.

AYAM MASAK KURMA





AYAM MASAK KURMA
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
10 ketul bahagian ayam /(900gm++)
5ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
5 sudu besar rempah kurma | dibancuh dengan sedikit air
1 biji kentang | belah 4
1 labu bawang besar | belah 4
2 inci halia | cincang halus
2 biji bunga lawang
2 tangkai cili hijau | belah 2/tak putus
3cm kulit kayu manis
1/3 cawan santan pekat ( saya guna santan kotak)
3 cawan air
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bawang merah, bawang putih hingga layu.Masukkan bunga lawang,kulit kayu manis dan rempah kurma.kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan ayam dan gaul sebati, barulah dimasukkan air dan kentang.Tutup kuali dan didihkan sehingga kentang empuk.
3.Masukkan santan pekat, garam dan gula kemudian kacau rata.Biarkan kuah menjadi agak pekat sedikit barulah matikan api. 


Ahad, 13 Mei 2012

PUFF TUNA MAYO



Salam..
Sedap layan Puff Tuna Mayo ni waktu sarapan pagi.Saya buat inti yang simple dan cepat untuk dihidangkan.



PUFF TUNA MAYO
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
10 keping pastri puff | potong 2 (setiap slices)
1 tin kecil tuna (185gm)
1 tangkai cili merah
5 sudu besar mayonis
1/2 biji limau nipis | ambil jusnya
Sedikit garam
Sedikit daun ketumbar | cincang
Serbuk lada sulah secukupnya

Bahan lain:
1 biji kuning telur | sapu
Serbuk coregano secukupnya | tabur


Cara:
1.Hancurkan tuna menggunakan garfu.Gaulkan semua  bahan kecuali telur dan serbuk oregano hingga sebati.
2.Potong setiap slices kulit puff kepada 2 bahagian.Satu bahagian dibuat corak ke atasnya dengan menggunakan pisau (corak ikut suka).Satu bahagian kulit lagi dibubuhkan inti tuna.Kemudian ambil kulit yang dicorakkan tadi dan tutupkan ke atas kulit yang berisi inti.Kemaskan dan kemudian klim / tekan menggunakan garpu disekeliling kulit puff tadi.
3.Sapukan kuning telur ke atas permukaan puff dan tabur dengan serbuk oregano secukupnya.
4.Panaskan oven dengan suhu 200 darjah celcius dan bakar selama 20 minit.Adjust suhu sekiranya puff nampak terlalu gelap permukannya, agar tidah hangit.