Isnin, 14 Mei 2012

AYAM MASAK KURMA





AYAM MASAK KURMA
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
10 ketul bahagian ayam /(900gm++)
5ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
5 sudu besar rempah kurma | dibancuh dengan sedikit air
1 biji kentang | belah 4
1 labu bawang besar | belah 4
2 inci halia | cincang halus
2 biji bunga lawang
2 tangkai cili hijau | belah 2/tak putus
3cm kulit kayu manis
1/3 cawan santan pekat ( saya guna santan kotak)
3 cawan air
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bawang merah, bawang putih hingga layu.Masukkan bunga lawang,kulit kayu manis dan rempah kurma.kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan ayam dan gaul sebati, barulah dimasukkan air dan kentang.Tutup kuali dan didihkan sehingga kentang empuk.
3.Masukkan santan pekat, garam dan gula kemudian kacau rata.Biarkan kuah menjadi agak pekat sedikit barulah matikan api. 


12 ulasan:

  1. aduh, tengah2 lapar ni nampak ayam kurma, sedapnyaaaaaa

    BalasPadam
  2. emm..ayam kurma. feberet hubby & anak lelaki sy no 2.Tapi saya malasssszzz betul masak kurma...bak mai semangkuk la..hehe

    BalasPadam
  3. salam ..kat rmh akk pun suka lauk kurma..x kira lah dgg /aym mmg laku...sdp ni...ank bujang akk suka mkn cicah sama roti

    BalasPadam
  4. salam kak. ni antara lauk yg plg tun suka makan. tp jarang2 buat sbb tun suka wat pekat2, pastu mkn kuah byk.. hehe..xleh control bila mkn masak kurma nih. lepas mkn baru mnyesal sbb diet rosak ;p

    BalasPadam
  5. akk nk tumpang makan roti dgn kuah kurma kt sini la..

    BalasPadam
  6. salam rohah
    makan dgn roti pun sedap kan..aiishhh dh lama x makan rohah:)apa kata kasi akk semangkuk tue..he hehe bolehhh?

    BalasPadam
  7. assalam
    sedapnya kalu akak kurma mesti makan dgn sambal dan ikan goreng he he

    BalasPadam
  8. lama tak masak kurma ni...sedapnya. lapar lak rasa..hehe

    BalasPadam
  9. asslm kak Rohah...waduhhh sedapnye tgk lauk kurma tu...trasa mcm dh lma xmkn la pulak xmakan...hehe...mkn dgn nsi ape lauk tu ekk...hihi

    BalasPadam
  10. Salam dear.. wah sini ada Ayam kurma.. ada roti cecah aje memang kembong mulut penuh naa... hehhhee..

    BalasPadam
  11. Lamanya tak buat kurma ayam...nampak sedap betul...yummy!!!! ;)

    BalasPadam
  12. assalamualaikum, sedap sekali kelihatannya kuliner ini...yummy dan maknyus. bolehkah kami mencuba resepnya !

    BalasPadam