Selasa, 19 Februari 2013

KEK BLACK FOREST


Assalamualaikum..
Salam ceria, semoga semuanya dalam ketenangan dan rahmat Ilahi.Mendung hari ni sampaikan jam ni pun penulis tak menyidai baju lagi, terkesan dek suasana mendung yang belum kesudahan.Nampak gayanya baju bersidai dalam rumah je sebab sang mentari tak muncul ceria hari ni.Harap2 mood penulis tak begitu ..
Tayangan Kek Black Forest berdeco momot untuk hari ni...disebabkan whipping krim tak kental, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, semasa proses separuh jalan mendeco, kek pecah/terbelah/patah (banyaknya (/)..hi2) ketika di sejukkan dalam peti ais.Kononnya nak keraskan whipping krim sekejap, sebab leleh je ketika melepa.Kek jatuh sebab kedudukannya tak normal dalam peti ais..malu nak bg tahu kat sini, kesilapan yang seolah2 sudah ditempah..hi2..Nasib baik redha dan tenang untuk meneruskan aktiviti deco walaupun hati terkilan sebenarnya (memang patut pun, sebab salah sendiri kan..hhehhheh).Sabarnya penulis ketika itu...huhhhhh!!

Walaupun kek terbelah 3 disebalik topping yang memang momot tu, tapi kek tetap sedap..Saya gunakan resepi kek span oleh Chef Noraini Zakaria.Resepi boleh tengok SINI.Dah banyak kali membuat adunan kek span menggunakan resepi beliau, memang gebu.Begitu juga tips untuk menghias kek Black Forest ni,saya sisipkan sekali di bawah untuk rujukan, walaupun tak semua skil saya aplikasikan ketika menyediakan kek ni.Selamat mencuba..
KEK BLACK FOREST
Resepi:Noraini Zakaria

Bahan A:
1 biji kek span berukuran 8 inci

Bahan B (hiasan):
1 liter krim putar (non-dairy whipping krim)
100gm coklat masakan | dihiris nipis
10 biji ceri marachino
10 keping hiasan coklat (tak letak)
1 tin ceri hitam (saya guna filling bluberi dlm tin)
Sedikit jus oren (tak letak)

Cara membuat:
1.Kek span coklat dihiris dua bahagian.Ketepikan.
2.Pukul krim putar dengan kelajuan sederhana selama 5 minit  sehingga kembang dan gebu.Simpan sebentar dalam peti sejuk.
3.Letakkan kek span di atas papan kek berukuran 10 inci.Renjis jus oren di atasb lapisan pertama.Ambil sedikit krim putar dan sapukan atas kek tadi.Susun buah ceri hitam di atasnya.
4.Kemudian letak lapisan kek span kedua.Renjis jus oren dan sapu krim putar pada permukaan dan tepi kek.Hias tepinya dengan hiasan coklat atau coklat urai.
5.Guna beg piping dan bentukkan rosette dikeliling kek.Hias denagn ceri marachino dan coklat hiris.

9 ulasan:

  1. tak pe rohah, kita akan jd lbh pandai selepas kita buat kesilapan.....kak ruby pun sama, ada satu masa tu, langsung x jd topping dia cair semua........

    BalasPadam
  2. Bnyknya ketidakpuasan hati tu....tp ttp nmpk bestnya....!

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak..emmm tereksiden siket namun keknya tetap sedap kan...Teringin plak nak mencuba..he he he tapi bab2 deco mendeco saya memang fail...

    BalasPadam
  4. hmmm.. sedap nampak Rohah.. lama akak tak buat.

    BalasPadam
  5. aduh..sedapnyer..slalu beli kat SR (sepotong jer laa) dan lom pernah buat sendiri...

    BalasPadam
  6. Duk cari idea nak hias kek simple2 je utk kek anak. Gitu nak buat sendiri hrp2 menjadi lah ye ��

    BalasPadam