Selasa, 28 Februari 2012

Di Satu Penjuru Sudut Majalah AROMA Keluaran Mac 2012





Assalamualaikum….
Salam ceria buat semua.Semoga anda di dalam rahmat Illahi dan hidayahnya.



Secebis pengalaman yang tak seberapa ini ingin saya kongsikan di sini atas kemunculan resepi hasil air tangan ku sendiri dalam majalah AROMA keluran Mac 2012.



Terungkapnya rasa kesyukuran dan setinggi2 penghargaan buat orang-orang tersayang terutama suami tercinta, anak-anak & keluarga tersayang.Sekalung penghargan dan jutaan terima kasih untuk rakan FB ; Puan Reen Khan Sharif atas usaha murni & sokongan beliau di atas kemunculan saya ini  mengisi di satu penjuru sudut  majalah AROMA.Juga satu penghargaan buat Puan Dimiati selaku editor majalah AROMA yang sememangnya menjalankan tugasnya dalam menjayakan tugasnya ini.Tidak lupa juga buat rakan-rakan fb yang saya kasihi, rakan terdekat dan juga rakan blogger yang setia menemani saya selama ini walaupun hakikatnya kita berada di alam maya. Ketahuilah bahawa kehadiran anda semua sebenarnya menjadi ilham rasa buat saya untuk saya lasak di dapur semata-mata ingin menyediakan sajian buat family tercinta.Semoga ilmu yang baik yang telah kita perolehi bersama akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Saya anggap semua ini adalah satu pengalaman dan perkongsian rasa dari saya untuk semua.






______________________________________________________

"Bagi saya memasak adalah satu hobi yang realiti kerana boleh dikatakan hampir setiap hari kita melakukannya dan mempelajarinya".

______________________________________________________

“Setiap insan ada kelebihan tetapi jika kelebihan yang Allah beri itu dikemudi di jalan yang benar insyaAllah akan mendapat ganjaranNya.Sebaliknya setiap orang juga mempunyai kekurangan, tetapi jangan anggap kekurangan itu sesuatu yang  boleh membutuhkan diri kita selama-lamanya..”

Nukilan rasa:
rohah_rohaisha
http://rohaisha.blogspot.com

Ahad, 26 Februari 2012

AYAM GORENG KUNYIT





Salam ceria dihujung minggu..
Menu simple inilah yang menjadi kebiasaan untuk hidangan saya sekeluarga.
Bila masak resepi ni kebiasaannya saya 
ambil bahagian ayam yang mempunyai isi yang berserat.
Kalau nak digoreng besar2 ramai yang tak suka terutamanya bahagaian dada ayam.
Jadi bila dipotong kecik2 macam ni
automatik dagingnya lembut je bila dah dimasak.





AYAM GORENG KUNYIT
Resepi:rohah_rohaisha
Bahan-bahan:
  • 3 bahagian isi ayam | potong kecil
  • 6 tangkai kacang panjang | potong pendek
  • 1 labu bawang besar holland | hiris
  • 4 ulas bawang putih | diketuk
  • 2 cm halia | cincang halus
  • 2 biji cili merah | hiris
  • 1/2 biji cili benggala hijau | hiris
  • 1 kiub perencah ayam (perencah knorr)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Gula secuykup rasa
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam **jika perlu (saya tak bubuh)

Cara menyediakan:

1.Gaulkan ayam dengan garam dan  serbuk kunyit.

Ketepikan.

2.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia 

sehingga kekuningan.

3.Masukkan ayam tadi bersama kiub ayam dan gaul

rata.Biarkan lebih kurang 5 minit agar isi ayam masak.

Masukkan juga sedikit gula.

4.Setelah itu masukkan kacang panjang, kacau dan 

tutup kuali sebentar.Apabila sudah hampir masak, 

taburkan cili benggala dan cili merah.

5.Tutup api.


Nota:**Tidak perlu menambah garam kerana kiub 

ayam yang sedia ada sudah cukup mengadun rasa

masin resepi ini.



KEK COKLAT STRAWBERI




Assalamualaikum...
Di sini saya nak kongsikan resepi Kek Coklat Strawberi 
yang enak dan lembap2 cam tu.Kiranya dah kali kedua 
saya membuatnya.Bahan-bahannya mudah dan ringkas 
je, jadi sesiapa yang berminat bolehlah mencubanya...
KEK COKLAT STRAWBERI
Resepi: Ita's Delight (Majalah SAJI)
Bahan-bahan:
200gm tepung naik sendiri (sy guna tpg gandum + 2 sudu kecil baking powder)
230gm mentega
220gm gula kastor (sy guna 200gm)
230 gm telur (4 biji telur grade A)
1/2 sudu kecil esen vanila
30gm serbuk koko (saya guna 20gm)
50gm susu segar
Sedikit pewarna merah jambu
Sedikit pes strawberi
Sedikit hirisan kepingan badam (sy guna badam cincang)
Bahan coklat fudge:
250gm coklat masakan
100ml susu segar
Cara menyediakan:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C.Putarkan tepung naik sendiri yang telah diayak bersama mentega sehingga sebati.
2.Di dalam mangkuk berasingan, putar telur dan gula sehingga likat.Masukkan adunan ini dan esen vanila kedalam adunan tepung yang telah disediakan dan sebatikan.
3.Bahagikan adunan kepada dua bahagian.Satu adunan campurkan serbuk koko dan susu segar.Satu lagi, campurkan pewarna merah jambu dan pes strawberi.
4.Tuangkan adunan berselang seli di dalam acuan bujur.(sy guna loyang bulat).Bakar pada suhu 180 darjah C selama 40minit. (saya bakar 50 minit )
5.Untuk coklat fudge:Panaskan susu kemudian masukkan coklat masakan.Sewaktu masih suam-suam, tuangkan coklat ke atas kek supaya ia kelihatan licin dan berkilat.Hiaskan dengan hirisan kepingan badam yang telah dibakar terlebih dahulu.


Sabtu, 25 Februari 2012

AYAM MASAK CEKUR



Assalamualaikum..Salam petang sabtu dan selamat bersantai bersama family tersayang buat semua..Sambil memantau anak2 mengulangkaji untuk ujian, sempat juga jari jemari ni mengketik2 ayat demi ayat untuk mengN3kan resepi Ayam Masak Cekur ni.Resepi ni memang menjadi kegemaran saya, juga yang sewaktu dengannya iaitu Ikan Keli Masak Cekur.Memang ummmphh kalau dapat kat mulut saya nie...(Kecur air liur bila terpandang lauk ni).

Inilah menu tradisi masyarakat jawa yang kebiasaannya dijumpai  dimajlis2 kenduri, sama ada majlis keramaian mahupun majlis  doa selamat..

  
AYAM MASAK CEKUR
Resepi: Majalah RASA

Bahan-bahan:
1 ekor ayam | dipotong, digaul dengan garam dan kunyit 
(saya guna 800gm++ ayam)
10 biji bawang merah | ditumbuk
5 ulas bawang putih  | ditumbuk
Buah cekur secukupnya | ditumbuk
20 biji cili padi (saya kurangkan)
Daun cekur secukupnya | dihiris
500gm santan
2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara memasak:
1.Panaskan minyak dalam kuali.Goreng ayam separuh masak.Angkat dan ketepikan.
2.Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk.Buka api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
3.Selepas itu masukkan ayam, asam keping dan perasakan dengan garam.Kacau rata.
4.Akhir sekali masukkan daun cekur dan kacau sehingga mendidih.
5.Angkat dan sedia dinikmati. 


Jumaat, 24 Februari 2012

SUP IKAN HARUAN




Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Marilah nikmati kesegaran sup ikan haruan.Perencah tak perlu banyak untuk sup ikan haruan ni, nanti akan menimbulkan rasa muak.Sudah memadai jika ianya dicampurkan dengan lada hitam kisar.Inilah stail saya.


SUP IKAN HARUAN
Resepi: rohah_rohaisha

Bahan-bahan:
3 ekor ikan haruan | potong
1/2 labu bawang besar |cincang
3 ulas bawang putih | hiris
2 cm halia | cincang halus
Air secukupnya
1/2 -1 sudu kecil lada hitam kisar
Garam
Minyak masak
Daun sup

Cara menyediakan:
1.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2.Masukkan air secukupnya.Renehkan sebentar, setelah itu barulah masukkan ikan haruan.
3.Didihkan hingga masak.Perasakan dengan garam dan masukkan lada hitam kisar.
5.Tutup api setelah ikan masak.Hidangkan bersama daun sup.


Khamis, 23 Februari 2012

UDANG BLACK PEPPER




Assalamualaikum..
Sesekali santai dengan menu udang...Simple dan mudah, yang penting sedap dan lazat..




UDANG BLACK PEPPER
Resepi: rohah_rohaisha

Bahan-bahan:
12 ekor udang
1 labu bawang besar holland | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
2 cm halia | cincang halus
1 biji tomato | potong dadu
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos lada hitam
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam kisar 
Sedikit air
Daun ketumbar secukupnya | cincang
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan:
1.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.Masukkan sos tiram, sos lada hitam dan sedikit air, renehkan sebentar.
2.Masukkan udang dan hirisan tomato dan kacau rata.Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.Masukkan pula hirisan daun ketumbar, cili merah, cili hijau dan serbuk lada hitam.Kacau rata.
3.Matikan api apabila udang telah masak.


KEK KEJU MANGGA




Assalamualaikum..Selamat malam dan moga berbahagia anda semua di luar sana.Buat kek keju lagi....So sweet..., memang saya suka.Jom layan..




 KEK KEJU MANGGA

Resepi : Noraini Zakaria

Bahan biskut:
180gm biskut Marie | kisar (saya gabungkan dengan biskut cracker)
70gm mentega | dicairkan

Bahan kek:
250gm krim keju
250gm krim putar
90gm gula kastor
60ml air
15gm gelatin halal
2 biji mangga | dipotong dadu
Sedikit pes mangga atau esen mangga (jika ada) 

Cara membuat:
1.Sediakan tin bulat 7" jenis 'loose tin' yang boleh dibuka dibawahnye.
2.Biskut:Tuangkan mentega ke dalam serbuk biskut dan digaul rata.Tekan pada dasar acuan hingga padat.Simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
3.Kek:Pukul krim putar hingga kembang dan pekat.Simpan dalam peti sejuk sebentar.
4.Dalam bekas lain, pukul krim keju, pes mangga dan gula kastor hingga kembang dan berkrim.
5.Panaskan gelatin dan air hingga cair.Setelah sejuk tuangkan gelatin ke dalam adunan keju dan pukul sebati.Masukkan krim putar dan pukul sebentar sahaja.Kemudian masukkan mangga dan ratakan.
6.Tuangkan adunan ini ke atas lapisan biskut yang telah keras.Simpan dalam peti sejuk selama 5 jam.


KERABU PERUT BERSAMA KACANG PANJANG




Assalamualaikum..Selamat petang dan beristirehat..Saya nak kongsikan kerabu yang menjadi kegemaran saya, terutamanya bila makan di salah sebuah kedai makan di tempat saya ni.Oleh kerana pantang jumpa kerabu ni bila berada kat kedai makan tu, jadi teringin sangat la pulak nak mencuba membuatnya sendiri.Dirasakan bahan2nya mudah dan senang nak disediakan.Alhamdulillah, kiranya yang dihasilkan ni tak beza diapunya rasa dengan yang saya selalu beli kat kedai yang saya maksudkan tu..Yang paling best kat kerabu ni bila dapat ratah2 perut lembu yang sememangnya kenyal2 sedap tu..Jom try..


KERABU PERUT BERSAMA KACANG PANJANG
Resepi: rohah_rohaisha

Bahan-bahan:
400++gm perut lembu | rebus bersama sedikit garam & hiris pendek
5 tangkai kacang panjang | hiris kecil dan siram dengan air
                                             panas/toskan
Santan sederhana pekat | secukupnya (gunakan air tapis/air masak)
100gm taugeh | siram air dengan air panas/toskan
5 tangkai cili api  merah | hiris kecil
1 sudu besar kerisik
1 biji limau nipis | perah jusnya
Gula dan garam secukupnya

Cara menyediakan:
1.Satukan kesemua bahan; perut lembu, taugeh, hirisan kacang panjang dan kerisik.
2.Tuangkan santan secukupnya.Tidak perlu banyak, hanya sekadar sedikit berkuah sahaja.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Gaul rata.
3.Perahkan jus limau nipis dan gaul lagi.
4.Hidangkan.


APAM TAPAI MARMAR






Assalamualaikum...
Salam ceria untuk semua.Jomlah buat Apam Tapai Marmar yang diadun dari tapai pulut.Projek saya ni terhasil sebab nak clearkan tapai pulut yang dah lama terperap dalam peti ais..Lembut apam ni dan memang kurang manis sebab saya tak berapa suka kalau terlajak manis.



APAM TAPAI MARMAR
Resepi: rohah_rohaisha

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
5 sudu besar tapai pulut | lenyek sedikit
1/2 cawan gula
2 sudu kecil yis mauripan
2 1/4 cawan air
1/4 sudu kecil garam
Sirap ros/pewarna secukupnya
Pewarna kuning secukupnya

Cara menyediakan:
1.Satukan  tepung gandum, gula dan yis.
2.Masukkan air sedikit demi sedikit di ikuti garam.
3.Kacau hingga sebati menggunakan whisk/tangan hingga betul2 sebati.Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian dan warnakan.Perap aduan selama 1  1/2 jam-2 jam.
4.Panaskan 3/4 air dalam periuk kukusan. 
5.Setelah menggelegak, panaskan acuan sebentar kemudian sapukan minyak.Sudukan adunan ke dalam acuan secara berselang- seli antara kedua warna tersebut/ikut kereativiti masing2.
6.Kukus selama 15 minit.



Rabu, 22 Februari 2012

MEE UDANG




Assalamualaikum...
Apa beza MEE JAWA, MEE REBUS, MEE BANDUNG & MEE UDANG??? Diapunya rasa tak jauh beza, namun apapun semuanya sedap dan menjadi pebret saya..Tq untuk resepinya ini che'iza...saya olah sedikit tutornya..


MEE UDANG

Resepi:Che'iza (Myr)

Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
300gm udang saiz L
4 sudu besar cili boh/cili giling (saya kurangkan)
4 ulas bawang merah* | kisar
3 ulas bawang putih*   | kisar
1 sudu besar udang kering* | kisar
1/2 inci halia | kisar*
1 sudu besar petis (saya tak bubuh)
3sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Keledek / kentang yang telah direbus dan dilenyek | optional/untuk pekatkan kuah
                                                                              (saya guna 2 biji kentang/tambah lagi jika nk pekat)
Gula dan garam secukupnya
Taugeh dan sawi secukupnya
Daun bawang dan bawang goreng

Cara menyediakan:
1.Rebus udang hingga masak.Tapis keluar udang dan asingkan.Air rebusan jangan dibuang.
2.Tumis cili boh hingga garing.Kisar bahan bertanda(*).Tumis pula bahan kisar hingga betul2 garing dan naik bau.
3.Masukkan air rebusan udang dan biarkan kuah mendidih.Masukkan sos tomato,sos cili dan petis.Renehkan kuah.
4.Masukkan garam dan gula (bergantung paa citarasa masing2).Adalah lebih baik jika kuah ini direneh lebih lama.Lagi lama lagi sedap.
5.Letak keledek atau kentang yang telah dilenyek untuk memekatkan kuah.
6.Celur mee, taugeh dan sawi.
7.Susunkan udang telah direbus tadi bersama mee.Tuang kuah dan taburlah dengan daun bawang dan bawang goreng.

*saya buat separuh adunan dari sukatan di atas.