Selasa, 28 Februari 2012

Di Satu Penjuru Sudut Majalah AROMA Keluaran Mac 2012





Assalamualaikum….
Salam ceria buat semua.Semoga anda di dalam rahmat Illahi dan hidayahnya.



Secebis pengalaman yang tak seberapa ini ingin saya kongsikan di sini atas kemunculan resepi hasil air tangan ku sendiri dalam majalah AROMA keluran Mac 2012.



Terungkapnya rasa kesyukuran dan setinggi2 penghargaan buat orang-orang tersayang terutama suami tercinta, anak-anak & keluarga tersayang.Sekalung penghargan dan jutaan terima kasih untuk rakan FB ; Puan Reen Khan Sharif atas usaha murni & sokongan beliau di atas kemunculan saya ini  mengisi di satu penjuru sudut  majalah AROMA.Juga satu penghargaan buat Puan Dimiati selaku editor majalah AROMA yang sememangnya menjalankan tugasnya dalam menjayakan tugasnya ini.Tidak lupa juga buat rakan-rakan fb yang saya kasihi, rakan terdekat dan juga rakan blogger yang setia menemani saya selama ini walaupun hakikatnya kita berada di alam maya. Ketahuilah bahawa kehadiran anda semua sebenarnya menjadi ilham rasa buat saya untuk saya lasak di dapur semata-mata ingin menyediakan sajian buat family tercinta.Semoga ilmu yang baik yang telah kita perolehi bersama akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Saya anggap semua ini adalah satu pengalaman dan perkongsian rasa dari saya untuk semua.






______________________________________________________

"Bagi saya memasak adalah satu hobi yang realiti kerana boleh dikatakan hampir setiap hari kita melakukannya dan mempelajarinya".

______________________________________________________

“Setiap insan ada kelebihan tetapi jika kelebihan yang Allah beri itu dikemudi di jalan yang benar insyaAllah akan mendapat ganjaranNya.Sebaliknya setiap orang juga mempunyai kekurangan, tetapi jangan anggap kekurangan itu sesuatu yang  boleh membutuhkan diri kita selama-lamanya..”

Nukilan rasa:
rohah_rohaisha
http://rohaisha.blogspot.com

17 ulasan:

  1. tahniah... mahal pengalaman tu. sebab ada gambar muka sendiri jugak kan. hehehe.. tahniah tahniah.. suke bile tengok

    BalasPadam
  2. Salam ziarah, tahniah & semoga terus maju jaya...

    BalasPadam
  3. Tahniah Rohah.. Akak tumpang gembira.. :)

    BalasPadam
  4. Terima kasih Izah, malu juge eeh nk tepek gambar sebenarnye, maklumlah rasa jauh sangat pengalaman sebegini.Bagai bumi dengan langit je jaraknye..Apapun bersyukur seadanya..

    BalasPadam
  5. Terima kasih Rahel..semua ni merupakan kekuatan yang sy dapat dari teman-teman yang sentiasa berada di sini..

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas kunjungan dari Gee dan atas doamu itu..Semoga sama2 dirahmati Allah..

    BalasPadam
  7. Terima kasih Kak Shiela..Doa dan inspirasi dari akak menjadi kekuatan untuk saya selama ini insyaAllah..Siapalah saya kalau tanpa sahabat2 yang budiman di alam maya nie..

    BalasPadam
  8. salam ziarah...
    tahniah yea atas kejayaan skrg...
    suka tgk...tumpang gembira...

    BalasPadam
  9. Terima kasih Qasey Honey, sekadar berkongsi rasa dan pengalaman..

    BalasPadam
  10. Terima kasih jua buat Ummu Amisya, syukur alhamdulillah..

    BalasPadam
  11. Terima kasih kak..setinggi2 penghargaan saya pautkan atas usaha murnimu.Syukran Jazila..

    BalasPadam
  12. Tahniah roha..tumpang bangga

    BalasPadam
  13. Terima Kasih Zue atas pnghargaan..

    BalasPadam
  14. salam kenal mbak rohah...terus berkarya dengan artikel terbaru

    BalasPadam