Salam ceria dihujung minggu..
Menu simple inilah yang menjadi kebiasaan untuk hidangan saya sekeluarga.
Bila masak resepi ni kebiasaannya saya
ambil bahagian ayam yang mempunyai isi yang berserat.
Kalau nak digoreng besar2 ramai yang tak suka terutamanya bahagaian dada ayam.
Jadi bila dipotong kecik2 macam ni
automatik dagingnya lembut je bila dah dimasak.
AYAM GORENG KUNYIT
Resepi:rohah_rohaisha
Bahan-bahan:
- 3 bahagian isi ayam | potong kecil
- 6 tangkai kacang panjang | potong pendek
- 1 labu bawang besar holland | hiris
- 4 ulas bawang putih | diketuk
- 2 cm halia | cincang halus
- 2 biji cili merah | hiris
- 1/2 biji cili benggala hijau | hiris
- 1 kiub perencah ayam (perencah knorr)
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- Gula secuykup rasa
- Minyak masak secukupnya
- Garam **jika perlu (saya tak bubuh)
Cara menyediakan:
1.Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
Ketepikan.
2.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia
sehingga kekuningan.
3.Masukkan ayam tadi bersama kiub ayam dan gaul
rata.Biarkan lebih kurang 5 minit agar isi ayam masak.
Masukkan juga sedikit gula.
4.Setelah itu masukkan kacang panjang, kacau dan
tutup kuali sebentar.Apabila sudah hampir masak,
taburkan cili benggala dan cili merah.
5.Tutup api.
Nota:**Tidak perlu menambah garam kerana kiub
ayam yang sedia ada sudah cukup mengadun rasa
Assallamualaikum Roha...
BalasPadamLauk kegemaran anak2 di rumah ni.. Pic tu dah sebiji macam hidangan di kedai makan...Cantik presentation!
Terima Kasih Naz..kebetulan je kot..hehe.Lauk ni mmg lengkap bg saya sbb dah ada sayur sekali,cuma kena gandingkan dengan kuah sup sbb resepi ni kering tak berkuah..tp anak2 sy memang suka.
BalasPadamlauk ni kalau digandingkan dgn sambal belacan pun dah cukup...cuma takut nasi je yg x cukup......
BalasPadamKak Ucu...kalau ada sambal belacan,masa tanak nasi kena lebihkan sikit sukatannya sbb biasenya permintaan yang tak diduga amat2 memberangsangkan..(sambal belacan punya pasal)ehhhehe
BalasPadam