Selasa, 31 Januari 2012

IKAN BAWAL BERSOS HITAM


Assalamualaikum...
Meratah rasa; makan Nasi Mentega & Cendawan berlaukkan Ikan Bawal Bersos Hitam..Resepi diambil dari Kak Ummi, dan telah dicuba..Sedap err..Terima kasih Kak Ummi, atas kesudian berkongsi resepi.


IKAN BAWAL BERSOS HITAM
Resepi: Ummi@Home Sweet Home

Bahan anggaran:
1 ekor tilapia sederhana besar | cuci, tos dan kelar2 (saya guna ikan bawal)
1 labu bawang besar | didadu
3 ulas bawang putih | dicincang
3cm halia | dicincang
2 sudu besar cili kisar / cili giling
2 sudu besar kicap pekat ABC (saya guna kicap pekat tamin)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh cuka makan
Sedikit air (+- 1/3 cawan)
Garam dan gula secukup rasa
1/3 biji benggala merah | potong dadu
1/3 biji benggala kuning | potong dadu (saya guna benggala hijau)
1/2 biji lobak merah| hiris bulat
Daun bawang untuk hiasan

Cara memasak:
1.Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.Panaskan minyak yang banyak dan goreng terendam hingga garing.Angkat dan letakkan ke dalam pinggan sesuai.
2.Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3.Masukkan cili giling dan kacau masak hingga naik minyak sikit.
4.Masukkan kesemua jenis sos, cuka dan sedikit air.Masak biar mendidih.
5.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Masak biar kuah pekat sedikit.
6.Akhir sekali masukkan ke semua sayur dan masak sebentar (jangan biar sayur terlalu layu).
7.Seimbangkan rasa dan tutup api.Tuangkan ke atas ikan tilapia tadi rata-rata.(Boleh juga masukkan sekejap ikan ke dalam kuali dan gaul sebentar).Hidangkan dengan hiasan daun bawang.Selamat mencuba..




NASI MENTEGA DAN CENDAWAN




Assalamualaikum...
Cuaca hujan mengundang dan menyemarakkan lagi mood hari ni untuk buat nasi special ni..Sedapnya memang berbaloi, apalagi bila tengok isi rumah menambah-nambah nasi time menjamahnya, tenang rasa hati tukang masak nie..




NASI MENTEGA DAN CENDAWAN
Resepi asal:Majalah RASA
Diolah oleh:Rohaisha

Bahan-bahan:
150gm mentega
500gm beras basmathi | dibersihkan ditoskan
Air secukupnya
3/4 cawan susu sejat
2 labu bawang besar | *hiris nipis
5 ulas bawang putih  | *hiris nipis
3cm halia                  | *hiris nipis (saya kisar bahan bertanda {*} )
200gm cendawan butang | dihiris nipis (saya guna cendawan dalam tin)
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Bahan pewangi:
1 batang kulit kayu manis
7 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang

Cara memasak:
1.Panaskan mentega dan masukkan bahan pewangi.Masukkan bahan-bahan hiris dan biar wangi.
2.Masukkan beras dan kacau hingga beras disaluti marjerin.
3.Masukkan cendawan, air,susu sejat, garam dan sedikit serbuk lada hitam.Kacau dan biar didih sehingga nasi masak dan beras lembut.
4.Hidang nasi dengan hirisan daun sup dan daun bawang serta acar jika suka.



Nak menambahkan seri hidangan, saya padankan nasi ni dengan lauk "Ikan Bawal Bersos Hitam".Resepinya saya ambil dari kak Ummi.


Bukan tu je..dah alang-alang masak yang enak-enak, kena cari lawannya yang sesuai...hahh, apalagi kalau bukan "Acar Rampai"..Bertambah santailah mengadapnya..


Isnin, 30 Januari 2012

LALA SOS TIRAM BERAROMA





Salam ceria..
Saya teruskan misi lagi malam ni, n3kan tumis lala yang telah dijadikan hidangan untuk makan malam hari minggu semalam nie.Cuti tahun baru cina baru2 ni sempat encik abang n anak2 jenguk tepi pantai di kampung n kutip sedikit lala, tapi cuma dapat semangkuk je.Maybe tak puas, so semalam ada order soh masak macam kat kg ari tu..cuma nak kasi aroma yang sedap, saya tambahkan daun limau purut, memang licin sekali jalan je..Macam biase etika saya; ringkas, padat dan sedap..ewahhh..macam ia2 la pulak..









LALA SOS TIRAM BERAROMA
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
800gm lala
1 labu bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
2 cm halia | hiris
2-3 sudu besar sos tiram
Cili padi (*jika mahu.Saya tak letak, cuma buat hiasa je)
6 tangkai daun limau purut
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukupnya
Minyak secukupnya

Cara menyediakan:
1.Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili api hingga layu.Masukkan sos tiram dan kacau.
2.Masukkan air secukupnya bersama daun limau purut.Biarkan didih sekejap.Kemudian masukkan pula lala, kacau dan tutup kuali sebentar.
3.Perasakan dengan garam dan gula.Matikan api apabila lala telah masak.
4.Sedia untuk dihidangkan.


KEK KUKUS BUAH PRUN




Assalamualaikum...
Cuci mata ngan versi kek kukus ni.Lupa sudah istilah diet...eehhehe ((macam diet!!??))...tak selalu pun saya buat kek, cuma nak lepaskan rindu & keinginan membaking.Apapun kek yang dibuat memang sedap je dijamah, macam kek kurma & kek pisang je diapunya mirip rasa..Lembap 2 je kek ni, tu yang syok tu.





KEK KUKUS BUAH PRUN
Resepi:Noraini Zakaria (Buku Kompilasi Hidangan Kek)
Oleh:Rohaisha


Bahan-bahan:
250 gm mentega
230 tepung gandum         | diayak (A)
1 sudu teh serbuk penaik |       "         (saya tambah 1/2 sudu teh lagi)
230 gula kastor
5 sudu makan susu krimer manis
5 biji tlur gred A
160gm buah prun |dikisar halus
100gm air            |       "
10 biji buah prun | dihiris halus

Cara membuat:
1.Sediakan pengukus dan isikan air 3/4 penuh.Jerangkan hingga mendidih.
2.Mentega dan gula kastor dipukul hingga kembang.Masukkan susu krimer manis dan dipukul lagi hingga sebati.
3.Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul.
4.Tuangkan air buah prun dan digaul rata.
5.Seterusnya masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil digaul dengan buah prun hiris.Gaul hingga sebati.
6.Griskan acuan bulat berukuran 9 inci.Lapik dengan kertas serap minyak.Tuangkan adunan dan ratakan.
7.Masukkan acuan ke dalam pengukus.Tutup permukaannya dengan kain nipis.Kukus selama 11/2 jam denagn api yang besar.




ASAM PEDAS BATANG KELADI





Assalamualaikum...
Seminggu dua ni nampaknya dapur saya masih bermain-main lagi dengan part2 keladi..Ada gak gitu..!!Ye lah, masih belum berakhir lagi episod keladi yang diambil dari kampung tercinta cuti raya cina ari tu..Sebut je pasal "batang keladi", memang jadi pebret bagi saya..Kalau makan ni syok hirup kuahnye tu.Slurrpp.....................
Resepi??Sesimple resepi yang selalu saya buat..biaselah tu. 



ASAM PEDAS BATANG KELADI
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
10 tangkai batang keladi | potong pendek
25gm cili kering | kisar
4 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
Sedikit halia | kisar
Sedikit belacan | kisar
15 gm ikan bilis | kisar
5gm udang geragau | kisar (tak letak pun tak apa)
Serbuk kunyit secukupnya
Asam jawa secukupnya
air secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukupnya
Minyak secukupnya

Bahan-bahan:
1.Tumisakan bahan-bahan kisar sehingga naik minyak.Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata.
2.Masukkan air yang dibancuh bersama asam jawa ke dalam periuk dan biarkan mendidih seketika, barulah dimasukkan batang keladi.
3.Rebus batang keladi hingga menjadi empuk dan barulah diperasakan dengan garam dan gula.
4.Matikan api.


Ahad, 29 Januari 2012

TALAM KELADI UNGU




Assalamualaikum..
Salam di keheningan malam buat semua..Jom layan kuih talam keladi yang menjadi kegemaran saya.Enak dan lemak rasa kuih talam ni.Resepinya saya ambil dari Citarasawan.




TALAM KELADI UNGU
Resepi:citarasawan

Bahan-bahan:(Saiz 10" loyang empat segi)

Lapisan Bawah
Bahan A:
200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam
300ml santan pekat KARA (saya guna santan perah)
550ml air
70gm gula kaster/halus

Bahan B:
200gm keladi |  potong kiub, kukus, warnakan ungu, lenyek sedikit (saya tak lenyek)

Lapisan Atas
120gm tepung gandum
200gm gula kaster
3 biji telur gred B
200ml santan pekat (saya guna santan perah)
300ml air
1/4 tsp pewarna ungu
1/4 tsp garam

Cara-cara:
1.Lapisan Bawah:Satukan bahan A, gunakan whisk gaul hingga sebati dan tapis.
2.Tuang ke dalam loyang yang disapu dengan sedikit minyak.Masukkkan bahan B, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.Angkat.
3.Lapisan Atas:Satukan semua bahan lapisan atas dan tapis.
4.Tuangkan ke atas Lapisan Bawah, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 30 minit.
5.Biarkan sejuk baru dipotong dengan menggunakan pisau plastik yang disapukan dengan sedikit minyak.



Sabtu, 28 Januari 2012

AYAM GORENG KARI


Asalamualaikum..
Bersua kita di malam minggu ini...Layan sekejap ngan ayam goreng berempahkan kari...kruk krak..




AYAM GORENG KARI
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
13 bahagian ayam
1 labu bawang besar | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
3 inci halia | kisar
2 sudu besar kari
2 sudu besar serbuk cili
3 tangkai daun kari
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras
1 biji telur
1 cawan susu cair
Air secukupnya
Garam secukupnya
Minyak secukupnya

Cara menyediakan:
1.Perapkan ayam dengan bahan kisar, serbuk cili, rempah kari, daun kari dan garam selama 15-20 minit.
2.Bancuh tepung beras dan tepung jagung bersama telur, susu cair dan sedikit air (jangan bancuh terlalu cair,biarkan pekat sedikit)
3.Panaskan minyak dengan api sederhana besar dan celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung tadi.Gorengkan ayam sehingga masak.
4.Hidangkan.


KUEY TEOW GORENG KURMA





Assalamualaikum..
Bertemu kembali..Menu untuk makan malam saya semalam..Simple je sebenarnya, tetapi yang pastinya enak pula bila kuey teow berempahkan "rempah kurma".





KUEY TEOW GORENG KURMA
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
450gm kuey teow
3 bahagian isi ayam | potong kecil
1/2 labu bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
2 sudu besar rempah kurma (bancuh dengan sedikit air)
1 sudu kecil cili giling (nak tambah pun boleh)
Kobis secukupnya | hiris
1/2 batang lobak merah | dihiris halus
1 kiub ayam knorr
Kicap manis secukupnya
Sedikit air
Garam (saya tak bubuh)
Minyak masak secukupnya


Bahan taburan:
Daun bawang
Cili merah

Cara-cara:
1.Tumiskan bawang merah,bawang putih hingga layu.Kemudian masukkan cili giling dan rempah kurma hingga naik minyak.
2.Masukkan pula hirisan ayam dan hirisan lobak, dan kacau rata.Masukkan sedikit air dan kiub ayam knorr.Didihkan sebentar.
3.Masukkan pula kuey teow dan kicap secukupnya diikuti kobis.Gaul rata.
4.Matikan api.

Jumaat, 27 Januari 2012

APAM KELADI




Assalamualaikum....
Selamat petang di suasana yang redup dan sunyi ketika ini..Untuk penggemar apam tepung gandum bolehlah cuba Apam Keladi ni..




APAM KELADI
Resepi:Rohaisha

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula (kalau nak manis sikit bolehlah buat 3/4 cawan)
1 cawan keladi | potong dadu, direbus & dikisar
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
Pewarna ungu secukupnya
Perisa keladi secukupnya

Cara menyediakan:
1.Keladi dibersihkan dan dipotong dadu kecil.Kemudian direbus empuk.
2.Kisar keladi bersama susu cair,air, garam dan gula.
3.Satukan tepung gandum bersama yis dan baking powder.
4.Masukkan adunan tepung tadi ke dalam bahan kisar dan kacau rata.Masukkan juga pewarna dan perisa keladi.Kacau rata.
5.Perap adunan selama 1 1/2 jam.
6.Kukus adunan selama 15 minit menggunakan api yang kuat.
7.Hidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.

note:Panaskan acuan/loyang sebentar dan disapukan minyak terlebih dahulu sebelum mengukus apam.


Khamis, 26 Januari 2012

TELUR BUNGKUS



Assalamualaikum..
Hidangan ringkas untuk makan tengahari bersama anak-anak..Terima kasih buat Ayu yang sudi berkongsi resepi telur bungkus yang mudah ini.Saya telah olah cara penyediaannya mengikut cara saya sendiri.



TELUR BUNGKUS
Resepi:dari Rancangan TV
Sumber olahan:Ayu61279@myresipi.com
Diolah juga oleh:Rohaisha

Bahan-bahan: (2 orang)
100gm/ 2 keping daging burger | potong dadu
Mix Veggie (saya guna kacang peas, carrot & tomato) | potong dadu
1 biji bawang besar | potong dadu
1 biji bawang putih | potong dadu
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (saya guna kicap manis)
2 biji telur | pukul sedikit
Garam dan gula | secukup rasa
Lada sulah | secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1.Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.Masukkan daging burger cincang, carrot, kacang peas dan gaul rata.Biarkan sebentar.
2.Masukkan potongan tomato,sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis.Gaul sebati dan biarkan seketika agar empuk.
3.Masukkan garam,gula dan lada sulah secukupnya.
4.Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak, tuangkan telur yang dipukul bersama sedikit garam atas kuali leper.Ratakan telur diseluruh kuali.
5.Letak tumisan daging cincang ditengah-tengah hamparan telur.Lipat telur tersebut dan letakkan piring di atasnya.Terlangkupkan kuali dan telur bungkus.
6.Hidangkan.

Rabu, 25 Januari 2012

TALAM SUJI



Asalamualaikum..
Kembali bertemu selepas bercuti sempena Tahun Baru Cina..Beberapa hari sebelum tu untuk kali keduanya saya telah  membuat talam suji namun tak sempat nak n3 pic dalam ni.Resepi asal kuih talam suji  ni adalah dari Chef Asma.Sumbernya saya dapat dari kak Yatie yang mane salinan asalnya adalah dari kak Bdaria.Terima Kasih buat mereka semua..




TALAM SUJI
Resepi   :Chef Asma
Sumber  :1) Bdaria
                2)Yatie

Bahan-bahan untuk lapisan bawah:

Bahan A:
180gm tepung suji @ semolina
450gm air

Bahan B:
220gm gula kastor
2 biji telur
250ml santan
250 air
Pewarna kuning

Cara-caranya:
1.Rendam bahan-bahan A selama 30 minit.Rendam dalam periuk.
2.Satukan smua bahan-bahan B dalam bekas,kacau rata dan tapis.Masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan-bahan A.
3.Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu.Kacau biar keras sedikit (adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk).
4.Guna loyang 10x10x2 @3.Sapukan sedikit minyak dan lapik plastik di atas loyang supaya senang untuk mengeluarkan kuih talam.Kukus selama 25 minit.


Bahan-bahan untuk lapisan atas:

Bahan A:
300gm gula merah
50gm gula kastor
500ml air

Bahan B:
150gm tepung gandum
3 biji telur
250ml santan
1/2 tsp garam

Cara-caranya:
1.Rendan bahan-bahan A sekejap untuk hancurkan gula atau anda boleh masak sehingga gula merah hancur dan sejukkan.
2.Satukan semua bahan-bahan B, kacau sehingga rata.
3.Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan tapis.
4.Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu.Jangan pekat dan jangan cair sangat.Tutup api dan gunakan pemukul telur untuk ratakan adunan.
5.Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.