Isnin, 30 Januari 2012

KEK KUKUS BUAH PRUN




Assalamualaikum...
Cuci mata ngan versi kek kukus ni.Lupa sudah istilah diet...eehhehe ((macam diet!!??))...tak selalu pun saya buat kek, cuma nak lepaskan rindu & keinginan membaking.Apapun kek yang dibuat memang sedap je dijamah, macam kek kurma & kek pisang je diapunya mirip rasa..Lembap 2 je kek ni, tu yang syok tu.





KEK KUKUS BUAH PRUN
Resepi:Noraini Zakaria (Buku Kompilasi Hidangan Kek)
Oleh:Rohaisha


Bahan-bahan:
250 gm mentega
230 tepung gandum         | diayak (A)
1 sudu teh serbuk penaik |       "         (saya tambah 1/2 sudu teh lagi)
230 gula kastor
5 sudu makan susu krimer manis
5 biji tlur gred A
160gm buah prun |dikisar halus
100gm air            |       "
10 biji buah prun | dihiris halus

Cara membuat:
1.Sediakan pengukus dan isikan air 3/4 penuh.Jerangkan hingga mendidih.
2.Mentega dan gula kastor dipukul hingga kembang.Masukkan susu krimer manis dan dipukul lagi hingga sebati.
3.Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul.
4.Tuangkan air buah prun dan digaul rata.
5.Seterusnya masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil digaul dengan buah prun hiris.Gaul hingga sebati.
6.Griskan acuan bulat berukuran 9 inci.Lapik dengan kertas serap minyak.Tuangkan adunan dan ratakan.
7.Masukkan acuan ke dalam pengukus.Tutup permukaannya dengan kain nipis.Kukus selama 11/2 jam denagn api yang besar.




4 ulasan:

  1. Salam Kak Rohah,canteknya kek buah iteww..macam nak ambek je yang dalam pinggan tu..

    BalasPadam
  2. waalaikumussalam..cantik ye?!!..tapi sayang tangan tak sampai nak hulur..Ada sikit lagi tu..siapa cepat dia dapat..

    BalasPadam