Rabu, 18 Mac 2015

IKAN TUNA MASAK SOS LADA HITAM


Assalamualaikum..
Bersua lagi...Ramai yang bercuti lagi ke, sempena cuti sekolah ni..Saya tak kemana2 ni, masih setia di rumah, ulang2 buat rutin harian je..

Ni menu 2 bulan yang lalu..eheeeee.Cari2 resepi kat dapur Kak Amie..Mudah aje nak sediakan.Sekejap je bersilat kat dapur, compem siap..So, mekasih kak Amie kerna berkongsi resepi.

IKAN TUNA MASAK SOS LADA HITAM
Resepi; Amie

Bahan-bahan
6 keping ikan tuna, lumur dengan sedikit garam dan kunyit
4 sudu masan sos lada hitam
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1sudu makan sos tiram
10 biji cili padi, hiris [saya gantikan dgn cili besar]
2 biji cili hijau, hiris [x bubuh]
3 ulas bawang putih, cincang
1 biji bawang besar, belah 2 dan hiris
2 cm halia, hiris
1 cawan air
Minyak

Cara
1.Goreng kepingan ikan tuna hingga masak.Ketepikan.
2.Dengan menggunakan sedikit lebihan minyak bekas gorengan ikan tuna, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga layu.
3.Masukkan sos lada hitam, sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4.Tambahkan air dan biarkan mendidih.
5.Masukkan ikan, hirisan cili padi, dan cili hijau.Biarkan kuah memekat.
6.Tambahkan bahan lain yang digemari seperti tomato ceri dan daun bawang.
7.Tutup api dapur, angkat dan hidangkan.

6 ulasan:

  1. Hmmm..sedap lama dh xmasak cam ni kak rohah

    BalasPadam
  2. woww..sodap ni rohah! akak takpernah lg masak tuna blackpepper cenggini. boleh try ni nnti!

    BalasPadam
  3. assalam kak rohah.
    Nampak menyelerakanlah tuna masak camni. Sos tu yang sedap tu

    BalasPadam
  4. Patutlah keselek-selek... rupane eneng wong nyebut jenengku yo... he hehee... wes suwi mambangku orak tuku iwak tuna... pingin pulak arek mangan delok nang kene..

    BalasPadam
  5. nak sepotong ikan tuna rohah, nmpak sdp sngt...

    BalasPadam