Assalamualaikum..
Maaf la ye, masih menayang menu raya walaupun syawal dah berlalu..harap tak jemu...lama sudah tak mengupdate dan tak menyinggah dapur maya kawan2.Ni baru nak start..heeehe.Tapi yg paling membosankan sebab lampat sangat loading internet ni.Ke laptop dah sarat, sy pun tak pasti..Takpe2...langkah demi langkah akan terus di susun in sha Allah...
Menu rendang ni biasanya rata2 sama jer, tapi ni lah versi yg selalu saya buat.Ni pun buat sikit atas permintaan anak bujang yg nak makan dengan lemang segera hari tu.Tak dibuatkan rasa terawang-awang2 pulak nanti bila dah mula balik asrama.Jadi buat je lah walaupun dah kehabisan lengkuas pd masa kejadian..hmmm .Sweetnya jiwa seorang ibu ye.Macam tu lah perasaan ibu2 kita dulu agaknya melayan putera n puteri tersayang..
Ok, resepinya boleh teropong...heeehe
RENDANG AYAM
Oleh; Rohah
Bahan
400 gm ayam
15 cili kering, kisar
5 ulas bawang merah, kisar
4 ulas bawang putih, kisar
4 inci halia, kisar
3 cm kunyit hidup, kisar
6 inci lengkuas, kisar [saya tak bubuh, takde stock masa ni, aduhaii..]
3 batang serai, hiris dan kisar
1//3 santan kotak
1 sudu besar kerisik
Air secukupnya
Air secukupnya
Bancuhan air asam jawa secukupnya
5 helai daun limau purut
Cara
1.Tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.Masukkan ayam dan biarkan perencah bergaul rata.
2.Masukkan air.Biarkan mereneh bersama ayam.
3.Apabila ayam mulai empuk, masukkan santan pekat dan bancuhan air asam jawa.Biarkan kuah menjadi pekat barulah dimasukkan daun limau purut dan kerisek.Perasakan juga dengan garam dan gula.Biarkan sekejap.
4.Tutup api setelah masak.
Aku toh orak sempet ngerendang royo wingi. Pingin mangan loh... nang kene angger royo wongey gawe buras karo ayam masak lengkuas (kuwi wong Bugis punya).... aku gawe seng orah-orah he heheh
BalasPadamassalam kak. menu rendang memang lebih kurang sama. Tapi resepi yang sama pun belum tentu hasilkan rendang yang sama. Tangan lain2 gitu.. memang tak jemu hidangan rendang ni..sedappp
BalasPadamMcmana rasa rendang takde lengkuas ye, sedap tak
BalasPadamAs Salam Rohah,
BalasPadamRaya baru ni 2 kali masak rendang ayam. Ini pun rasa macam nak merendang lagi tapi kena control sebab takut penimbang out of control pulak....
Assalam Rohah,
BalasPadamLauk rendang Gino memang kalau masak kat rumah pasti licin hingga ke tiisan...sebab kalau daging ya habis kuahnya masih boleh dicicah dgn roti or nasi impit...lauk tak Ada bazir2 buang..hehe
oakley sunglasses, air max, sac longchamp, tiffany and co, polo ralph lauren outlet, nike free, chanel handbags, longchamp, replica watches, longchamp outlet, louis vuitton outlet, ralph lauren pas cher, nike free, nike air max, replica watches, gucci outlet, kate spade outlet, tory burch outlet, nike roshe run, polo ralph lauren outlet, louboutin outlet, louis vuitton, ray ban sunglasses, prada outlet, ray ban sunglasses, uggs on sale, tiffany jewelry, louis vuitton, christian louboutin outlet, ugg boots, air jordan pas cher, nike outlet, longchamp pas cher, michael kors, burberry, louboutin shoes, louboutin pas cher, louboutin, oakley sunglasses, jordan shoes, louis vuitton outlet, ray ban sunglasses, longchamp outlet, louis vuitton, ugg boots, oakley sunglasses, prada handbags, nike air max, cheap oakley sunglasses, oakley sunglasses
BalasPadam