Assalamualaikum..
Salam pagi khamis yang nyaman..Mungkin akan panas terik menjelang tengahari seperti hari2 sebelumnya..Semoga dipermudahkan urusan seharian kita insyaAllah.
Seperti biasa, hidangan lauk yang dah habis lama akibat kesesakan laluan N3..ekehkeh..Tak apalah, asalkan dapat dikongsi di sini walaupun mengalami jem yang lama kan..
Enak sekali Ayam Masak Gulai Tempoyak ni.Rasa berselera sekali semasa menjamahnya, lebih2 lagi my hubby.Siap dibelikan ayam lagi selepas tu supaya dimasak menu yang sama.Tapi entah macammana ayam yang dibeli selepas tu saya buat masak kicap..lain kali jawabnya.O.k lah, bolehlah lintas langsung resepinya di bawah tu.
AYAM MASAK GULAI TEMPOYAK
Resepi:majalah RASA
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam kampung muda | potong lima (saya guna ayam biasa)
15 biji cili padi | kisar (saya kurangkan)
2 biji bawang merah | kisar
2 1/2 cm kunyit hidup | kisar
3 batang serai | ketuk
3 sudu makan tempoyak
Garam kasar secukup rasa
2 tangkai daun kesum
750ml air
Cara memasak:
1.Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama tempoyak.
2.Selepas itu masukkan air dan serai.Gaul sehingga rata di atas api sederhana sehingga mendidih.
3.Masukkan ayam, daun kesum dan garam secukup rasa.
4.Masak sehingga mendidih dan pekat.Angkat dan sedia dihidangkan.
assalam Rohah
BalasPadampertama kali akak tgk ayam masak te,poyak, memang tak pernah makan lg ni
emmm selalu ikan je, ayah akak feberet dia ikan patin tempoyak
salam syg rohah,,
BalasPadamakk jarang makan tempoyak...tp bila dh dicampur dgn ayam camne rasanya bertambah2 akk mkn nie:)
wah mkn dgn nasi panas sedap ni..wat lapo aje skrg ni tgk..hihi
BalasPadamngencesssssss tgok ..mana nk carik tempoyak ni..duyan dh mAHAL lah kak..:-)
BalasPadamsedapnya, lama tak makan mcm ni
BalasPadamAssalamualaikum Kak..tempoyak ada lagi ni duk bertapa kat dalam esbox tapi masak nanti, tukang masak sorang je yang makan...hu hu hu sedapppp nya tgk kat sini...
BalasPadamRajin temen riko.. dino2 eneng vaey resepi baru dijajal... enak2 kayaney...
BalasPadamSalam kenalan. Mmg best...terbaik. tq kerana sudi kongsi resepi. Intai-intai laa..ummidihatiku.blogspot.com ye.
BalasPadamyummy sekali...resep ini yang saya cari selama ini.trims
BalasPadamyummy sekali...resep ini yang saya cari selama ini.trims
BalasPadamyummy sekali...resep ini yang saya cari selama ini.trims
BalasPadamsantan xyah ye?
BalasPadamNak tanya, kalau masukkan sayur, macam tomato ke lobak ke mempengaruhi rasa tak?.
BalasPadamNak tanya, kalau masukkan sayur, macam tomato ke lobak ke mempengaruhi rasa tak?.
BalasPadamtak pernah dibuat org letak santan atau sayur.. hahaha
BalasPadamtak pernah dibuat org letak santan atau sayur.. hahaha
BalasPadam