Khamis, 7 Mac 2013

KEK COKLAT SACHER


Assalamualaikum..
Muncul pula N3 di petang hari yang mendung ketika ini...Semuanya dengan keizinan-Nya.Petang ni N3 menyajikan sejenis hidangan kek berat iaitu Kek Coklat Sacher.Macam biasa, pembikinanya telah berlalu 2 minggu yang lepas..ahaaa..

Kek ni sedap, tapi sedia maklumlah kek berat ni isipadunya agak padat.Kesedapannya adalah berasas dari kandungan coklat masakan yang terdapat di dalamnya.Macam biasa juga, saya buat 1/2 adunan dari sukatan asal seperti di bawah tu.Takut tak habis, kalau habis pun Si Pembaking yang habiskan...kes kumpul lemak jawabnya..hehee..

Untuk topping kek ni pun saya suka, cuma masa saya sukat untuk toppingnya ada kesilapan sukatan rupanya..terlebih susu sejat!! cair sikit jadinya, tapi tak apa, dah selamat dihabiskan..Macam biasa, model kecik ni menawarkan diri untuk buat pose ikut citarasanya..Dialah yang suka mengacau Umminya ketika mememokan foto masakan..
~Selamat mencuba~

KEK COKLAT SACHER
Resepi:Noraini Zakaria (BUKU KOMPILASI HIDANGAN KEK)

Bahan (A):
200gm mentega
200gm tepung kek
180gm coklat masakan 
100gm gula kastor (saya kurangkan)
7 biji kuning telur gred A

Bahan (B):
7 biji putih telur gredA
100gm gula kastor (saya kurangkan)

Bahan Ganache Coklat:
250gm coklat masakan 
100gm susu sejat

Cara membuat:
1.Bahan (A):Cairkan coklat masakan dengan cara double boiler.Ketepikan.
2.Pukul mentega dan gula kastor hingga berkrim.Masukkan kuning telur dan putar lagi hingga sebati.
3.Kemudian masukkan coklat cair yang masih suam itu dan putar lagi hingga sebati.
4.Bahan (B):Dalam bekas berasingan, pukul putih telur dan gula kastor hingga gebu dan kental.
5.Tuangkan adunan putih telur ke dalam adunan coklat tadi.Kemudian masukkan tepung kek sedikit-sedikit sambil dikaup balikkan hingga rata.
6.Griskan acuan bulat berukuran 8 inci.Lapik dengan kertas serap minyak.Tuangkan adunan dan ratakan permukaannya.Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam.
7.Setelah sejuk, tuangkan ganache coklat di atasnya.Hiaskan.
8.Ganache coklat:Panaskan susu hingga mendidih dan tuangkan ke dalam mangkuk berisi coklat.Gaulkan hingga cair.Biarkan ia pekat sedikit baru tuang atas kek.

10 ulasan:

  1. Salam Rohah...,yummy nampak kek coklat...hero pun encem:)

    BalasPadam
  2. setuju dengan marsita... encem la anak rohah..hehehehe...

    BalasPadam
  3. pestime tgk hero akak ni...., lgi glamer dia plak dri kek....hehe....

    BalasPadam
  4. ndelok2 gambar kek terndelok gambar bujange... wah nggarang yo rainey....

    BalasPadam
  5. tembam kek nya tu Rohah mesti gebus je bila masyuk dlam mulut, n handsome si boy tu dah besaq nnt tak tau lah tentu ramai bunga2 dtg nak meminang haha

    BalasPadam
  6. ingatan kek coklat moist tadi... ini kategorinya macam kek span ke kak rohah? nampak gebu aje tu

    BalasPadam
  7. Menawan qalbu...syang ganteng banget kat atas tu cowok siapa ar?

    BalasPadam
  8. anak2 saya gemarkan kek coklat.saya akan cuba membuatnya nanti!

    BalasPadam
  9. samalah dgn saya kat rumah tu.. kalau jenis2 kek mcm ni mmg si pembakinglah yg akan jadi tukang perabis.. yelah.. nak buang sayang.. nak suruh dorang habiskan.. jenis tak reti nak mengulang mkn.. nk taknak takmau membazir kita juga yg tukang habiskan... suami kata.. 'majlis bandaraya'.. hehehe...

    BalasPadam
  10. kek yang nampak sedap..menarik..ku tertarik..hehe..model tu pun hansome gak..hihi..boleh try wat kek ni lain kali..

    BalasPadam