Lama juga tak buat puding..Tempohari ada sedikit keladi baki membuat Talam Berlauk Keladi, saya jadikan puding.Kebetulan cuaca masa tu panas terik,bagai mengantuk disorongkan bantal.Bingkas saya memulakan projek memuding.Lagipun keladi yang berbaki tu memang dah siap rebus, tinggal teruskan operasi sahaja.
Sebelum ni pernah buat Puding Aiskrim Keladi, memang sedap.Cuma bezanya tak ada rasa keladi lenyeknya.Memang tak jauh beza diapunya rasa, maklum je lah kan, bau keladi memang sedikit harum, warnanya pula memang cantik menawan.
PUDING LAPIS KELADI
Oleh:rohaisha
Bahan-bahan:
10gm agar-agar kering/ tali
3/4 cawan gula
2 1/2 cawan air
100gm keladi (yang telah direbus) | lenyek
Pewarna ungu
Perisa keladi
1/2 cawan susu cair
1 cawan santan
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)
Cara:
1.Satukan agar2, gula dan air dalam periuk.Renehkan hingga kesemuanya larut sebati.
2.Dengan menggunakan api sederhana ,masukkan susu cair, santan dan garam.Kacau dan sambung mereneh sekejap.Masukkan bancuhan tepung jagung, sebatikan.
3.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Satu bahagian dibiarkan kosong, dan sebahagian lagi bubuhkan keladi lenyek, pewarna ungu dan sedikit perisa keladi.
4.Ambil loyang yang sesuai, selang selikan adunan sehingga habis.Teknik melapis; selepas satu lapisan dituang, pastikan ianya membeku sedikit (jangan sampai beku sangat), barulah dituang lapisan seterusnya.Ulang step tersebut sehingga adunan habis.
(Untuk pastikan adunan tidak cepat beku dengan memanaskannya sambil dikacau selalu di atas api sederhana).
Cantik color puple tue rohah..cuaxa panas2 mkn puding mmg sesuai yummy.
BalasPadamMemang cantik menawan warna puding keladi tu Rohah... nang keney susah arek intok keladi, angger eneng reganey sekilo vaey wes rm15... angger balik kampung iso mangan puas2, makku nandor...
BalasPadamCntiknya kak....rajin plak tu dok melapis ye....:-)C
BalasPadamnicenya puding tu..... suka mori tengok
BalasPadamamboii cntiknya Roha.. nnti kk noly nk share resepi ea.. thanks syg..
BalasPadammenarik warna puding ni..lembut je...mesti sedap sangat lalu kat tekak....
BalasPadamAssalamualaikum Kak..cantik kalerrrr dia...mesti sedap ni buat kudap di tetang hari....
BalasPadamdaapnyer rohah!!
BalasPadamsalam.. comelnya puding ..suka tengok color purple lapis2 lak..
BalasPadamcantiknya puding keladi tu...kaler pon mnarik..lg mnarik klau dpt mrasa juga tu..hihi
BalasPadam