Rabu, 27 Februari 2013

KEK RED VELVET


Assalamualaikum..
Jumpa lagi hari ni dengan Kek Red Velvet yang dibuat pada 2 minggu yang lepas.Tak berapa menyerlah sebab saya gantikan pewarna coklat dengan coklat emulco.
Saya pernah buat Kek Red Velvet 2 tahun lepas, tapi tak menjadi langsung, tu yang serik nak buat lagi.Sebab memang langsung tak boleh nak dijamah, penangan untuk cik tong.Mungkin saya silap teknik ketika mengadun.Baru2 ni tergerak hati semula nak mencuba, tapi guna resepi yang lain, ambil dari majalah.Ambik resepi yang simple2 je.

Untuk saiz hidangan saya telah buat separuh sukatan dari sukatan asal, bimbang tak habis sebab anak2 kurang gemar kek berat.Untuk toppingnya saya guna pakai versi sendiri je, dengan mencampurkan krim cheese dengan whipping cream.

KEK RED VELVET
Resepi:Bakeri Enak Rasa (Majalah RASA)

Bahan-bahan:
240gm mentega
300gm gula kaster (saya kurangkan)
4 biji telur
300gm tepung rendah protein (saya guna superfine)
10gm susu tepung
1 sudu  teh esen vanila
50gm air
1sudu teh glycerin
1 sudu makan pewarna merah
1 sudu makan pewarna coklat (takde stock ganti dgn coklat emulco, tp tak menyerlah warnanya)
1 sudu teh baking powder

Cara:
1.Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk adunan sehingga gebu.
2.Selepas itu masukkan esen vanila dan telur.Pukul lagi sehingga kembang.
3.Kemudian masukkan tepung rendah protein, baking powder, susu tepung, glycerine, pewarna merah dan pewarna coklat.Adun sehingga rata.
4.Selepas itu masukkan air dan kacau sehingga sebati.
5.Tuangkan ke dalam acuan bersaiz 9" dan bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 30 hingga 40 minit.

Topping:
250gm cream cheese
2 cawan whipping cream

Cara:
Lembutkan cream cheese dengan pemutar, kemudian masukkan whipping cream dan pukul hingga kental.

Nota/info:Glycerine memberikan tekstur kek yang agak berkilat sedikit.

11 ulasan:

  1. assalam Rohah
    memang mabeless kek RVC
    cantik dan sesuai utk kek besday kan

    BalasPadam
  2. ermm...nampak sedap... lama tak buat kek ni,

    ada lagi tak? kalo tak abis, meh sini sepotong..hehe

    BalasPadam
  3. as-salam
    What a gorgeous cake! love it so fanciful..

    BalasPadam
  4. aku teringin nak makan rvc... sedaplah Rohah! Samalah juga, bila buat tak jadi... nak cuba lagi tu yang banyak kali fikir takut tak menjadi lagi...

    BalasPadam
  5. salam...
    cantik deconya...
    jom kita tukar sepotong...

    BalasPadam
  6. Dari dulu nak cuba RVC ini tapi kerajinan belum lagi tiba... hanya kak Rohah yg rajin hehehe... nak ambil angin rajin kak rohah boleh :D

    BalasPadam
  7. Mmg sedap kan RVC ni tapi mungkin sekali ajelah saya buat sebab teringin nak buat Banyak sgt coloring lah...tak elok.Apa2pun kek Rohah cantik...boleh bikin utk besdey.

    BalasPadam
  8. aduh cantikkkkkkkkk bangat ni Rohah nak tempah heee

    BalasPadam
  9. Hi Rohah...cantekk Kaler kek tu....

    BalasPadam