Isnin, 7 Januari 2013

EGG BENEDICT


Assalamualaikum...
Bersiaran kembali alhamdulillah.Hari ni ingin berkongsi menu yang mudah dan ringkas untuk disediakanr.Sesuai sangat dijadikan menu sarapan pagi.Enak memang dah semestinya..compemmm!!

Hari tu terjumpa resepi ni di sini.Boleh juga dirujuk pada blog Ida@Happy Cooking Time.Nampak menarik sangat.Try buat 2 keping macam dalam resepi.Untuk rotinya tu saya guna jenis fibremeal.Tak sangka pulak anakanda sulong saya suka benar.Sampai ke hari ni dia minta dibuatkan lagi, tapi umminya masih beralasan la pulak..alahai..sian.Bolehlah lihat resepinya di bawah..
EGG BENEDICT
Resepi:Zurin
Sumber:Ida, Hana

Bahan-bahan:
2 biji telur
2 keping roti putih (saya guna fibremeal) | dibuang tepinya
Serbuk lada hitam / freshly cracked
Lada sulah (resepi asal tak ada)
Sedikit butter@marjerin
Serbuk oregano (Resepi asal tak ada)

Cara:
1.Butterkan bekas mufin atau bekas membakar kecil yang digunakan.
2.Letakkan sekeping roti dalam bekas mufin.Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
3.Pecahkan sebiji telur ke atas roti.Tabur lagi sedikit lada hitam dan garam (saya tambahkan dengan serbuk lada sulah dan serbuk oregano).Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional).
4.Bakar pada suhu 180 darjah celcius slama 15-20 minit atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.

7 ulasan:

  1. kalau telur cmni mmg peberet en hubby..kalau dapat nih bini sebelah pun tak hirau..

    BalasPadam
  2. amboi kak rohah..dalam acuan comei...

    BalasPadam
  3. assalamualaikum.. nak tumpang sarapan boleh?.. :)

    BalasPadam
  4. Peberet ni..anak yang sulong pun sukeeee

    BalasPadam
  5. Salam Rohah.
    comei masak roti telur dlm acuan itu...

    BalasPadam
  6. Rohah nie mmg sedap akk klu 2 keping sorsng2jew mkn nie..

    BalasPadam
  7. comel.. sedap tengok telur separuh masak.. sedap2!

    BalasPadam