Assalamualaikum...
Jumpa lagi.Apa kabarrr semuanya?.Hari ni kali pertama saya bersiaran dan berkesempatan membuat N3 sebagai pembuka tirai 2013.Maaflah, dah seminggu menu Pengat Pisang Nangka saya menjadi tatapan di Damai Qalbu.
Saya sangka dapat update blog untuk hari pertama 2013, rupanya tak berkesempatan langsung di awal persekolahan anak2 untuk sessi 2013 ni.Memang kelangsungan buzy..
Kali ni sajian pencuci mulut yang sempat saya siapkan sebagai menu pembuka tirai 2013.Buatnya pun dah seminggu yang lepas atas permintaan cik abang.Sebenarnya dah banyak menu yang tertangguh untuk disiarkan.Walaupun seminggu menyepi, tapi dapur tetap berasap seperi biasa, cuma tak sempat je nak dikongsi..
Kek Sifon ni memang cukup2 lembut untuk dinikmati.Sebenarnya masa membakar kek ni menggunakan bentuk acuan seperti yang dalam gambar2 tu adalah tak sesuai..Kapasiti bahan yang terhasil cukup banyak.Saya tak dapat nak agak masa tu, so saya teruskan sahaja membakar..Sedang elok kek ni naik, melimpah keluar adunannya.Walaupun sedikit hampa, tetap saya teruskan..kira pejam mata je lah, apa nak jadi, jadilah...Tapi alhamdulillah, bila dah masak, kek tetap elok kejadiannya.Cuma dinasihatkan, kalau nak guna acuan sama dengan acuan ni, lebihan kek bolehlah di bakar dalam acuan yang lain.Untuk mengelakkan kejadian sama berlaku.
Apa yang penting kek ni memang betul2 sedap..Tq buat chef Noraini Zakaria.Resepi bolehlah dirujuk di bawah..
KEK SIFON PANDAN
Resepi:Noraini Zakaria (BUKU KOMPILASI HIDANGAN KEK)
Bahan (A):
150 gm tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh pes pandan
125 gram gula kastor
7 biji kuning telur gredA
75 gm minyak masak
75 gm santan
Bahan (B):
7 biji telur gredA
125 gula kastor
1/4 sudu teh serbuk krim tartar
Cara membuat:
1.Bahan (A): Ayak tepung kek, serbuk penaik dan soda bikarbonat dalam mangkuk adunan.Campurkan bahan yang lain dan gaul perlahan-perlahan dengan senduk kayu hingga rata.
2.Pukul bahan (B) hingga pekat dan gebu.Masukkan ke dalam adunan tepung tadi.Gaulkan perlahan-lahan hingga sebati.
3.Sediakan acuan kek sifon berukuran 24cm.Tuangkan adunan ke dalamnya.Acuan tak perlu digriskan.
4.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama 50 minit hingga 1 jam.
5.Apabila kek telah masak, terbalikkan acuan agar permukaannya tidak mendap.Setelah 15 minit, pusingkan semula pada kedudukan asal.Lorekkan pisau pada keliling kek dan keluarkan kek.Sejukkan.
Salam kunjung... selembut siffon gitu... ogyep selalu suka green kaler tu... my faveret kaler... mak ogyep panggil kek ni kek tercekik.. dia kata, kalau makan x de air kopi..mesti tercekik... ogyep pulak suka bangat tu..
BalasPadamAssalamualaikum hemmmm suka negok dan suka main ..camtik kejaidaan kek ni....resepi pun npk mudah...tq shering
BalasPadamPembuka tirai 2013.....ramai plak nmpk bloger masak2 nie dok post pasal kek....jelez sy.....huhuhu......sbb m besar je ada nie....hehe....
BalasPadamNmpk sedap je....sure wangi time baking nie kan....:-)K
salam syg rohah
BalasPadammmg kan klu budak dah naik sek x menang tangan kita kan..slamat thn baru wt rohah n family jgk..akk x pernah buat yg pandan..biasa buat yg strwberry jew..nampak cantik dan gebu jew..
Salm Rohah.
BalasPadamSedsapnya...... baru berdang nak buat chiffon kek Rohah dah mendahului akak.
salam Rohah..confem gebu tu kan sbb dah nampak berongga2 kat kek tu,macam kapas je haruss di try ni copy lagi resepi ni ya hee
BalasPadamwowo gebunya kek cipon Rohah ni, kek kegemaranku...kalau makan mesti sediakan teh O panas...asyik gitewwww masa makan....
BalasPadam