Rabu, 9 Januari 2013

KEK PELANGI @ RAINBOW CAKE


Assalamualaikum..
Selamat bersiaran lagi, alhamdulillah.Didoakan kalian sihat semuanya bersama orang2 tersayang.Mata dah ngantuk sebetulnya, teringat bantal je ni, harap2 dapat menyiapkan juga N3 ni.

Kiranya ini adalah resipi kedua yang dapat disiarkan untuk   januari 2013 ni.Kek Pelangi telah menempuh Q yang panjang, alhamdulillah  dapat juga merealisasikan impian membuat kek ni dengan macam2 dugaan (hihi..dugaan kat dapur je...).Saya banyak menggoogle  resepi Kek Pelangi @ Rainbow cake ni, tapi mundar mandir tak tahu nak pilih resepi yang mana satu.

Alkisahnya dah try satu resepi, tapi tak berapa nak jadi tambahan pulak membaking dah lewat malam, akhirnya baki beberapa adunan yang telah bewarna saya masukkan dalam satu loyang dan selamat dibakar jadi kek marble..hik2.Masa tu mood dah terlalu merudum dan caca merba pun ia.Pastu ZZZzzzz..Esoknya saya cari lagi resepi, dan nampak resepi ni di blog Hasue, terus berkenan sebab nampak mudah (nak mudah je saya nie...hi2).Apalagi, teruskan misi dan visi..Kena teruskan membaking pada siang 8 januari juga sebab dah pasang niat nak hidangkan kek ni untuk hari ulangtahun cik abang pada malamnya.Rogerr teruss..

Dalam blog Kak Hasue dia telah mewarnakan pelanginya 6 kaler, tapi dalam hati saya teringin nak jadikan 7 kaler, dan saya teruskan misi saya tu tanpa menambah kandungan bahan, cuma tambah bilangan warna je.Saya dah siapkan/ bakar 7 lapisan kek.Tapi malangnya semasa proses melepa buttercream tak sedar saya tertinggal satu lapisan..Sedang asyik membersihkan meja di dapur, ternampak satu lapisan kek tercicir..waduhhh!! ..geramnya hatiku..

Bergenang sikit air mata model kecik ni, baru lepas nangis tak sabar nak makan kek ulangtahun Abah..Siap minta tangkap gambar kek ngan dia sekali

Tapi yang nyata kek ni sedap, lembut dan gebu selain mudah disediakan.Selain tu jangan terkejut tengok lapisan kek saya nipis je berbanding kak Hasue, sebab saya dah bahagikan adunan lapisan kek kepada 7 warna.Apapun tq buat Sweet4ever MYR yang sudi berkongsi resepi kek spannya, dan kak HaSue yang telah meneruskan idea menjadikan kek span ini untuk dijadikan Kek Pelangi..Memang sesuai sangat..Sesuai 100%. Untuk toppingnya pula saya lepa dengan buttercream, ikut sukatan dan bahan yang sedia ada je pada masa tu, alhamdulilah elok je kejadiannya.So, bolehlah lihat resepinya di bawah..

KEK PELANGI @ RAINBOW CAKE
Sumber Asal:Sweet4ever MYR (Kek Span Pandan)
Sumber Olahan:HaSue (Kek Span Pelangi)

Bahan-bahan:(1 biji kek/loyang 8")
150gm tepung superfine/ Hong Kong
150gm gula halus
5 biji telur gred A (saya guna 6 biji)
1 sudu besar ovalette
80ml susu segar
80ml mentega cair/ minyak sayuran
1 sudu teh serbuk penaik
Pewarna ungu, hijau, oren, biru, kuning dan merah

Cara-cara:
1.Satukan gula halus, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk adunan.
2.Pukul sehingga pekat dan gebu (lebih kurang selama 5 minit) pada kelajuan tinggi.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar dan pukul lagi pada kelajuan tinggi sehingga kek benar-benar ringan (lebih kurang 3 hingga 5 minit).
4.Tuangkan mentega cair/ minyak ke dalam adunan dan gaul menggunakan senduk kayu sehingga benar-benar sebati.
5.Bahagikan kek kepada 6 bahagian, satu cawan bagi 1 bahagian dan masing2 diwarnakan ungu, hijau, oren, biru, kuning dan merah.
6.Sediakan tin pembakar, griskan dasarnya dengan mentega dan alas dengan baking paper.
7.Tuangkan satu adunna ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit atau sehingga kek masak.Ulang langkah ini pada adunna kek seterusnya sehingga habis.Jika oven besar bolehlah bakar 2 loyang sekaligus.
8.Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven untuk mengelakkan kek mendap ke bawah.
8.Setelah kek sejuk sepenuhnya, bolehlah dideko ikut citarasa masing2.

Buttercream
oleh:rohaisha

Bahan:
100 gm mentega
300gm krimwell
100 gm Golden Syrup
50ml susu pekat manis
2 sudu besar gula aising

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
2.Masukkan golden syrup beserta susu pekat manis dan teruskan memukul hingga sebati.
3.Ayakkan gula aising dan gaulkan ke dalam adunan butter dan krimwell tadi.

16 ulasan:

  1. ni dalam senarai tapi tak tahu lah bila nak buat...cantik gambar..:)

    BalasPadam
  2. salam Rohah, wah disini pun ada rainbow kek, cantik tu , akak pun baru je buat utk busday anak akak baru ni tpi resepi nya agak lain sikit boleh try yg rohah punya lagi insyaaallah wah hebat lah hee

    BalasPadam
  3. cantik kejadian kek tu rohah..
    pasti terkilan rasa bila tertinggal satu lapisan kek tu kan... kita hanya mampu merancang.. takper nnt leh cuba lagi ye...

    kesian si bujang kecik tu tak sabar2 nak merasa kek ye...

    BalasPadam
  4. Salam Kak Rohah....sangat2 cute kek pelangi tu...rasanya enak banget...

    BalasPadam
  5. cantik nya cake..bertuah hubby di buatkan cake sama istri tersayang..:-)

    BalasPadam
  6. Rajinnya..... aku pun pingin arek nggawe, tapi tunggulah masa yang sesuai terutama untuk tahap kerajinannya tu! Happy belated birthday untuk mambangnya ye Rohah..moga bahagia hingga ke syurga.

    BalasPadam
  7. Slmt berhujung minggu Rohah.
    nampak kemas dan menarik kek pelangi Rohah...lapisannyapun nampak ceria.
    kek pelangi ni antara kek yg masuk list....tp entah bila nak buat...
    re; cubalah Rohah rasa cream puff pasti akan suka...

    BalasPadam
  8. Salam akak nak tanya suhu bakar dia berapa ? Akk tak tulis pun dekat blog nie :D

    BalasPadam
  9. Tkasih...nk try buat resepi..minta copy resepi ni!!

    BalasPadam
  10. Tkasih...nk try buat resepi..minta copy resepi ni!!

    BalasPadam
  11. Tkasih...nk try buat resepi..minta copy resepi ni!!

    BalasPadam
  12. Tkasih...nk try buat resepi..minta copy resepi ni!!

    BalasPadam
  13. Sis nk tnye...kalo bettercream tu tukar ngn whipping cream bley x???

    BalasPadam