Jumaat, 21 Disember 2012

TALAM KELADI


Assalamualaikum..
Selamat pagi semua.Salam pagi jumaat penghulu segala hari, alhamdulillah terik hari ni, tapi tiba2 bersulam mendung-panas.Mudah-mudahan beres segala kerja yang dilakukan.

Dah lama tak buat talam keladi.Balik dari kampung hari tu bawa  ubi keladi hasil tanaman bonda tercinta.Korek punya korek dapat banyak juga hari tu, adik beradik lain pun dapat merasa gak hasil2 keladi tanaman bonda tu.Besar ubi keladinya ukuran teko porcelain panjang, memang besarrr betul.Betul2 puas hati.Boleh buat macam2 juadah.Macam biasa tang batangnya saya masakkan sayur asam/ asam pedas rebus ..segar dihidang bersama ikan goreng dan sambal belacan je.. 


Dalam kepala ni dok terbayang resepi Talam Keladi Berlauk, dah jumpa resepinya, insyaAllah kalau ada rezeki merasa juga la tekak ni mamam Talam Keladi style tu pulak..Tak sabar rasanya.Tunggu je lah ye...

Sebelum ni dah banyak kali buat talam keladi, Pernah buat ikut resepi ni dan ni.Memang sedap2 semuanya.Kali ni buat guna respi Chef Asma, ambik sumbernya dari Kak Yatie..Tq semua...Memang Talam Keladi tetap jadi pujaan hatiku..heheee..

TALAM KELADI
Resepi:Chef Asma
Sumber:Yatie

Bahan Untuk Lapisan Bawah (A):
220gm tepung beras (Guna 2 cawan; sama dgn Kak Yatie)
40gm tepung ubi (Guna 3 sudu besar)
1 1/2 tsp garam
300ml santan pekat
700ml air

Bahan B:
250gm keladi (lebih sikit pun tak apa).Buang kulit, basuh (basuh dengan air garam biar tak hitam)-Potong kiub dab kukus selama 5 minit)-Kukus baru timbang.

Cara-caranya:
1.Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati.
2.Tapis ke dalam periuk.Masak hingga naik wap dan masukkan bahan B.
3.Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10"x10"x3".
4.Kukus selama 25 minit.

Bahan-bahan Lapisan Atas:
150-180gm tepung gandum (Guna 1 1/2 cawan)
250gm gula halus (Guna 230gm)
3-5 biji telur (Guna 3 biji telur gred A)
250ml santan
500ml air
Sedikit pewarna purple

Cara-caranya:
1.Bancuh semua bahan-bahan di atas, tapis ke dalam periuk.
2.Masak sehingga naik wap.Tuang ke atas lapisan bawah.
3.Kukus selama 30 minit.

15 ulasan:

  1. Assalamualaikum Rohah,
    aduhaiiiiii..wat akak terliur je tngk kuih2 mcm ni..kuih kegemaranku...cantik dan kemas je kuih talam keladi Rohah..

    BalasPadam
  2. Salam kak rohah.. nmpk sedap! tun suka makan tp xpandai buat talam..

    BalasPadam
  3. Amboi kak...nmpk sedap yg amat tuuuuu....mntk sepiring....!!! hehe..

    BalasPadam
  4. cantiknya

    saya tak pandai makan kuih ni tapi rasanya mesti sedap kan

    BalasPadam
  5. Salam..cantik kuih talam keladi akk..sedans Elok je potongannye..sy pun Penh try resepi tp tak cantik mcm akk punya..talam kedai ni pun menjadi puja baya..sy cb buat LG smpi cantik mcm tu..

    BalasPadam
  6. Kuih pujaan hatiku juga....ermmm sedapnya dik.

    BalasPadam
  7. sedapnya rohah,
    akk klu teringin beli jew..sbb klu buat..ank x suka ..suami lg la..x sentuh...tp akk paling suka nie:)

    BalasPadam
  8. Saya pernah membuat kuih ini. Memang sedap

    BalasPadam
  9. sedapnyer kalau dpt talam keladi petang2 mcm ni...

    BalasPadam
  10. Amboiii....cantek...kemas...sedap...tak tau nak cakap pe lagi...

    BalasPadam
  11. dah malam baru sampai ada lagi tak Rohah, rugi lah tkk dan dtg awal kan cantik dan perfecto

    BalasPadam
  12. salam kenal rohah..emm..sedapnya talam keladi..selalu beli kat pasar mlm ja tak penah buat sendiri lg..

    BalasPadam
  13. Slmt berhujung minggu Roha.
    cantik warna talam keladi itu dan kemas...
    cheese tat kat bawahpun comel2...slmt bertunang buat adik Rohah!

    BalasPadam
  14. sedapnyee...feveret ni...

    BalasPadam