Rabu, 19 Disember 2012

BLUEBERRY CHEESE TART


Assalamualaikum...
semoga ceria-ceria selalu di pagi ini.Jumpa lagi di sini alhamdulillah (ayat biasa yang sering saya guna..hehe..).N3 semalam saya dah canang akan menyusul N3 tatkan...,makanya muncullah dia pagi ni..tapi minta maaf sebab belum sempat nak berkunjung ke teratak kawan2 ye, sedikit penat dan ala2 kesibukan.


Selalu kalau berkunjung ke blog kawan2 yang tayang tat, memang saya akan kata "sedapnya..dan belum kesempatan lagi nak buat..".Tat ni memang sedapkan..berkali2 masuk mulut kalau ada depan mata.Berkesempatan buat ni pun sebab nak dijadikan buah tangan untuk majlis pertunangan adik saya tempohari.Tapi tak ada lah sekemas dan secantik mana..kulitnya pun sedikit brown gitu..hhhehe..Untuk resepinya saya rujuk di blog Rahel dan u all bolehlah tengok tat dia yang comel2 dan kemas tu ye..Tq Rahel ye.. 

BLUEBERRY CHEESE TART
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Berkeju / Chef Noraini Zakaria
Sumber:Rahel

Bahan Pastri:
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula kastor
1biji telur
2 sudu teh air
1 sudu teh esen vanila

Inti Keju:
250gm krim keju
60gm gula kastor
50gm mentega
1 biji telur
200gm inti blueberi

Cara membuat:
1.Pastri:Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.Masukkan telur dan air.Putar lagi hingga adunan berkrim.
2.Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga menjadi doh.
3.Tekan sedikit doh dalam acuan tat dan bakar selama 20 minit sehingga masak.
4.Inti:Putar keju, mentega dan gula kastor hingga kembang.Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati.
5.Sudukan sedikit inti blueberi ke dalam kulit tat.Tuangkan adunan keju di atasnya hingga penuh.
6.Bakar dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 180 darjah celcius hingga masak.

Nota:Untuk corak, terpulang kepada kreativiti sendiri.Cara yang diaplikasikan oleh Rahel, ambil 1/2 sudu besar adunan krim keju dan letak pewarna merah muda.Kemudian ambil 1/2 sudu besar adunan krim keju dan letak pewarna hijua epal.Dotkan sekali adunan merah di atas tat, kemudian dotkan juga adunna hijau di atas tat dan lorekkan dengan lidi sehingga bentuknya sama seperti dalam gambar.
**Untuk Kulit tat Rahel bakar pada suhu 170 darjah C selama 25 minit guna api atas dan bawah.

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum Rohah,
    rajinnya dia mengetart...akak ni lama dah nak buat sendiri tapi tak terbuat2 gak...ingatkan cuti sklh ni mcm2 yg nak buat, tapi pun tak nyempat2..alahaiiiii..catik tart Rohah ni...kalau dpt rasa bestnya...

    BalasPadam
  2. cantiknya munge2 tu... rajin sungguh mewarna-warnikannya, memang sesuai utk hantaran ni..

    BalasPadam
  3. dah mengetat pulak ni Rohah rajin nya adik akak sorang ni baru ni akak buat jugak blueberry tart ni tapi versi chilled bila tengok yg ni teringin lah pulak

    BalasPadam
  4. Assalam Rohah.
    Cantiknya tart dia....syg pulak nak makan.

    BalasPadam
  5. cantik corak bunga kt atas tart tu..syg pula nk dmkn...

    BalasPadam
  6. wallah kak rohah..zila suka ni..sedap kn..lagi bila sejuk..cantik bunge tu..

    BalasPadam
  7. rajin sungguh adik akk nie..shall akk masih elok kt esbok tue..cuma x diapa2kn lg..tunggu rajin jew he hhehe

    BalasPadam
  8. aslmkum rohah.. lama tak buat .. cantik bunga2 atas tart tu

    BalasPadam
  9. Nak jugak mamam tat bluberi..tolong buatkan lagi utk Rahel yea Kak Rohah...

    BalasPadam