Isnin, 17 Disember 2012

CREPE OREO



Assalamualaikum...
Bersua kembali setelah beberapa hari bercuti dari berblogging.Balik kampung sebab ada urusan keluarga iaitu meraikan pertunangan adinda saya, Asyraf Sa'adi, semoga diberkati Allah.Untuk majlis tu berkesempatan juga saya buat Cheese Tart dan kek Lapis Oreo Cheese, tapi ntah macam mane lupa pulak nak snap pic kek tu.Untuk biskut Cheese Tart tu insyaAllah akan menyusul di N3 kan datang.


Sebelum balik kampung hari tu berkesempatan buat Crepe Oreo atas permintaan anak2...kalau saya buat yang filling durian memang anak2 tak berapa suka, tapi tak jadi masalah, sebab umminya memang peminat tegar durian crepe, so umminya yang bereskan, heheee.Untuk versi crepe memang dah ulang2 buat termasuk dari resepi blogger2 lain.Tapi untuk kulit/ crepe kali ni saya try buat dari adunan saya sendiri.Begitu juga denga inti kastadnya.Resepinya boleh tonton kat bawah tu ye.

CREPE OREO
Resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
1/2 cawan tepung Hong Kong
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
1 sudu besar gula halus
1 sudu besar minyak masak
50ml santan kotak
400ml air
Sedikit pewarna oren

Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam bekas, kacau menggunakan hand whisk hingga sebati.
2.Tapiskan.
3.Panaskan pan non-stick dan sapukan sedikit mentega setiap kali mahu menebar adunan dalam kuali.
4.Biarkan masak dan tidak perlu diterbalikkan.Angkat crepe.
5.Bentangkan crepe, picitkan whipping cream, letakkan sebiji biskut oreo, tutup lagi dengan whipping cream dan lipat.
6.Hidangkan.

Bahan Untuk Inti:
1 1/2 hingga 2 cawan non-dairy whipping cream
Biskut oreo secukupnya

Cara:
Pukul hingga kental.

Untuk Kastad:
1/2 cawan susu cair
50ml air
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastad
1 biji kuning telur
Secubit garam 
1 sudu kecil planta

Cara:
1.Satukan bahan dalam satu bekas.Kacau sebati.
2.Panas/masak menggunakan kaedah double boiler.
3.Kacau sehingga likat dan matikan api.
4.Sejukkan.
5.Satukan bersama whipping cream.


16 ulasan:

  1. Kreatifnya dia buat crepe oreo pulak dah...
    Balik kg rupanya, patutlah sepi, dapurnya tak berasap beberapa hari.

    BalasPadam
  2. Salam kak rohah.. tu diaa.. mcm2 resepi crepe kuar skrg kan.. mmg demam xkebah2 lagi. tun pulak dh kehabisan whipping cream, kalau ada mmg dh godek2 jugak sbb terliur nih..

    BalasPadam
  3. sedap2....!
    x berkesempatan nak mmbuat lgi ni....

    BalasPadam
  4. Salam rohaisha
    cantik kejadian crepe tu, kreatif pulak tu....saya x tau lah ble nk buat lg, hr tu buat tak berapa jadi,durian dh beli tapi buat idok juga....

    BalasPadam
  5. Hi Kak Rohah...kreatip sungguh la...sedap nampak oreo crepe tu..len kali i boleh try ye..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum kak pehhh mmg sdp tu crepe oreo..ank2 saya pun suka rasa2 coklat...bari2 ni sy buat crepe milo mmg laku...nnt esok nak try yg oreo pula bg mereka rasa....tq kak share resepi

    BalasPadam
  7. aslmkum rohah.. lama akk tak BW sni.. mmg agak sibuk akhir2 ni.. akk pun baru kali pertama buat DC.. skrg ni musim durian dah nak abis.. lepas ni boleh lah cuba versi OC pulak yer.. tq for sharing

    BalasPadam
  8. aduh dah terliur akak tengok kan crepe oreo tu mesti sedap ni tak cukup satu bantal tu rasa nya kan Rohah hee

    BalasPadam
  9. berjanji dengan zila ye rohah? kita baru blk dari 'rumah' zila terliurkan crepes oreonya... masuk 'rumah' rohah dihidang dgn juadah yg sama... mana boleh tahannn... hehe...

    BalasPadam
  10. Kita pun tengah mencari mood nak meng'crepe' juga ni.

    BalasPadam
  11. salam rohah,
    akk pun buat jgk oreo crepe ..sabtu lps..x buat byk pun cukup wat 2 org mkn jew..yummy kan:)

    BalasPadam
  12. akak !! orea crepe ni boleh ke kita jual melalui online .. ehm mana mana crepe la... durian crepe kee orea crepe ke..bole ke jual online and post ? huhu

    BalasPadam
  13. mohon share yer kak.sy credit akk skali :)

    BalasPadam
  14. Terima kasih share resepi oreo crepe...nk cuba buat la..saya memang suka cuba resepi baru.

    BalasPadam
  15. Terima kasih share resepi oreo crepe...nk cuba buat la..saya memang suka cuba resepi baru.

    BalasPadam