Khamis, 8 November 2012

APAM JAGUNG KUKUS


Assalamualaikum..
Selamat malam semua, moga ceria selalu.Alhamduluillah bertemu lagi di sini, berkongsi rasa sesama kita.Malam ini ingin berkongsi resepi apam yang enak dan lemak2 rasanya.Sesiapa yang gemarkan jagung bolehlah mencuba resepi apam ni.Resepi asalnya adalah dari Rinn Chan, tq banyak2 coz sedap dan tq juga buat kak Madihaa yang sudi memanjangkan resepinya.Resepinya bolehlah diterjah kat bawah tu...
APAM JAGUNG KUKUS
Resepi:Rinn Chan

Bahan-bahan:
120gm mentega
70gm gula caster
2 butir telur
120ml susu segar atau susu cair
100gm krim jagung
225gm tepung naik sendiri (saya guna tepung superfine + sedikit baking powder)
Kismis hitam untuk hiasan (tak letak)

Cara-cara:
1.Pukul mentega dan gula hingga kembang.Gunakan mixer dengan kelajuan tinggi.
2.Masukkan telur sebutir demi sebutir.Pukul hingga sebati.
3.Gaulkan krim jagung dengan sebahagian tepung.Masukkan ke dalam adunan mentega dan kacau rata.
4.Masukkan susu segar diselang seli dengan lebihan tepung.Kaup balikkan menggunakan spatula.
5.Sementara itu panaskan kukusan.Balutkan tudung kukusan dengan kain supaya air dari bahagian dalam tudung tidak menitis ke atas apam.
6.Isikan adunan ke dalam acuan yang sesuai, hiaskan dengan kismis hitam (tak letak) dan kukus selama 15 minit (bergantung saiz acuan).
7.Sejukkan apam terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.


6 ulasan:

  1. assalam Rohah
    selamat malam, kita dtg nak makan ni he he
    apam jagung ni jarang akak jumpa,kalu namppak mesti nk beli he he sedappp suker bau jagung wangi je

    BalasPadam
  2. Nampak gebu apam tu Rohah, mesti sedap tambah pula jagung, kakpb suka jagung.

    BalasPadam
  3. Assallamualaikum Rohah..

    Ermm..rohah ni Naz tgk suka betul buat apam.. Macam versi apam dah Naz tgk di sini yg Rohah cuba..

    BalasPadam
  4. As salam kak,
    Pagi pagi dah nmpkmapam nie.....sedapnya buat bekpes nie....
    Bahan pun nmpk senang je tu....ada mas nak try la....Sa

    BalasPadam
  5. akak suka apa saja jenis apam mesti nk try yg ni jugak ni Rohah pasti sedap bangat ni kan..namak pun cnatik je tu

    BalasPadam
  6. mesti sedap apam ni kan...lemak2 manis gitu.

    BalasPadam