Assalamualaikum..
Salam ceria untuk rakan-rakan semua.Alhamdulillah bersiaran lagi di sini.Hari ini ingin berkongsi resepi asam pedas yang enak, sebelum ni telah dikongsikan oleh kak Amie.Semasa Kak Amie tayang resepinya kebetulan saya ada stock ikan duri.Nampak lazat ikan Asam Pedas yang ditayangkannya, memang tak lengah2 nak mencubanya.Cuma saya simpan dulu resepi yang telah dicuba ni, makanya lambat ditayangkan.Resepinya di bawah tu ye.Rugi tak try...
IKAN DURI MASAK ASAM PEDAS
Resepi asal:Ikan Duri Masak Berlada/ Asam Pedas
Sumber asal:Masakan Tradisi Melayu Melaka-Nurbi Husin
Sumber:Amie@Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1/2 kg ikan duri
30 tangkai lada kering
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih | titik
1.5 camca besar jintan putih
2.5 camca besar ketumbar
1.5 camca besar jintan manis
1 camca besar lada hitam
1 camca besar serbuk kunyit
1 inci belacan
1/4 keping kelapa bakar (daripada 1 biji kelapa-belah 4)-saya gantikan dgn 2 sudu besar kerisik
Sekepal asam jawa | ambil airnya 5@ 6 cawan - saya kurangkan
1 tangkai lada hijau | belah 2
1 tangkai lada merah | belah 2
1 biji tomato | belah 4
8 helai daun kari/ daun limau purut
Sedikit daun kesum-tak bubuh
5 camca minyak masak
garam secukup rasa
Cara:
1.Lada kering, belacan,bawang merah dan kelapa bakar digiling sampai lumat.(Saya ganti kelapa bakar dgn kerisik)
2.Jintan, lada hitam dan ketumbar digoreng tanpa minyak dan kemudian ditumbuk halus.
3.Panaskan minyak di dalam periuk.Masukkan bawang putih dan goreng hingga kuning.
4.Masukkan serbuk kunyit, dan bahan yang digiling dan ditumbuk, kacau hingga rata dan garing.
5.Masukkan air asam jawa, biarkan kuah hingga mendidih.
6.Masukkan ikan, daun kari/daun limau purut, daun kesum, lada dan buah tomato.
7.Masukkan garam.Biarkan di atas api sehingga masak.
fullamakkk.. ni yg tksabar nak dok dekat ngan Rohah ni.. :)
BalasPadamBaik-baik makan ye...nanti tercekik duri sebab sedap sgt...:)
BalasPadamadoi sedapnya asam pedas, peberet ever ni, naknya kalau kuah dia pekat2 kan
BalasPadamtak salah saya, dulu2 dgr kat radio dj tu cakap asam pedas yg letak kerisik ni mcm asam pedas melaka, tak taulah ye ke tak
fuhh...asaM pedas...feveret sy nih... bestnye
BalasPadam