Assalamualaikum..
Salam ceria buat semua pengujung Damai Qalbu..Terima kasih atas kunjungan ke laman yang tak seberapa ini.Hari ni saya berkongsi rasa dengan menu sayur yang biasa kita dengar dan simple sesimplenya untuk penyediaannya..Kadangkala yang simple itu yang paling enak bagi saya.Sayur Petola Tumis je...Jom ke dapur..
TUMIS PETOLA
resepi:rohaisha
Bahan-bahan:
1 biji petola | kupas sedikit kulitnya & potong
3 ulas bawang merah | tumbuk
3 ulas bawang putih | tumbuk
5 gm ikan bilis/ secukupnya | tumbuk
2 tangkai cili api | tumbuk
1 tangkai cili merah | hiris
Sedikit air
Sedikit air
Garam
Minyak untuk menumis
Cara:
1.Tumiskan bahan tumbuk hingga layu.Masukkan sedikit air dan garam.Renehkan.
2.Masukkan petola, kacau dan tutup sekejap dengan tudung kuali agar empuk sedikit.Taburkan hirisan cili merah.Kacau rata.
3.Matikan api.Hidangkan.
MUDAH je kan..heheee..
sedap juga tumis petola ni, lagi kalau ada ikan kering & sambal belacan, nyummmmm...
BalasPadamala sedapnya, meleleh air liur
BalasPadamAssallamualaikum Rohah..
BalasPadamNaz suka sayur petola ni Rohah.. Eh...semua sayur Naz suka sebenarnya..hehehehe.. Lagi simple lagi best sebenarnya.. Naz kalau masak sayur ni mesti letak kentang, suhoon dan juga fucuk.. Nyummm..suka buat pedas cam ni dan ratah jer..sedapnyaaaaa....
sambal belacan ada? Kalau tak de tak mahu singgah heh heh...
BalasPadamKak rohah tgk petola kak ni tringat zila dh beli mi suah konon nk masak air je.tak terbeli2 kt pasar tu eh...
BalasPadamnmpk sedap sayur petola tu..tp QH bkn pengemar sayur tu..hehe...rugikan..
BalasPadam