Isnin, 7 Mei 2012

NASI LEMAK SAMBAL UDANG



Salam manis...
Rasanya semua orang dah pandai masak nasi lemakkan...cuma mungkin ada perbezaan sedikit dari sebahagian kecil bahan-bahan yang dimasaknya.
Yang ni pun saya buat nasi lemak yang biase2 je, jomlah jalan2 tengok resepinya..



NASI LEMAK
resepi: rohaisha

Bahan-bahan:(anggaran4-5 orang)
2 cawan beras | cuci bersih
2 3/4 cawan santan
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
2 hiris halia

Cara:
1.Cuci bersih beras.
2.Masukkan santan, garam, halia dan daun pandan ke dalam periuk.
3.Masak hingga tanak dan sesekali dikacau.
6.Hidangkan bersama sambal udang dan bersama bahan-bahan tambahan.


Bahan lain:
4 biji telur rebus
Kacang tanah goreng secukupnya 
Timun secukupnya.

Sambal Udang
Bahan-bahan:
250gm udang (15 ekor)
8 sudu besar cili kering kisar
1/2 biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang merah | tumbuk
3 ulas bawang putih | tumbuk
2cm halia | tumbuk
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bawang besar hingga layu dan bahan tumbuk hingga layu.Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan udang, kacau dan masukkan bancuhan air asam jawa.Perasakan dengan garam.Renehkan.
3.Masukkan pula garam secukup rasa, biarkan masak.
4.Tutup api

7 ulasan:

  1. wow nasi lemak lah sambal udang beso lagi tu,macam nak buat lah heehe apa lagi tengok pepagi ni perut terus lapo je Rohahhhh!!!!

    BalasPadam
  2. aduiii..tak tahan rasanya nengok nasi lemak ni...betul2 menggugat kita yg tengah puasa + diet...kekeke..aduiii...kena kuat iman ni...hehehe

    BalasPadam
  3. aduyaiiiii nmpk la nmpk sedap sgt tu...kecur tgk udang yg belingkor kt atas tu...kemain lagi bposing...simpan utk QH 3 bngkus ehhh...pssttt rajin pulak di bungkus mbungkus skrg ni yer...hehehe

    BalasPadam
  4. nasi lemak bungkus ngan daun pisang mmg xtra sedap! tun jenis yg suka mkn nasi lemak dgn sambal ikan bilis. tp sambal udang tu pun nk jugak. hihi

    BalasPadam
  5. salam rohah
    akk nk sebungkus sedap tue..ada udang lg..posing maut udang tue..:)

    BalasPadam
  6. Selamat pagi Kak Rohah,
    bestnya kalau pepagi ada hidang nasi lemak + sambal udang..menawan betul.

    BalasPadam
  7. SAlam Terbau-bau nasi lemak yang di bungkus dalam daun pisang tu kan.. waduhhh enak bangat!

    BalasPadam