Isnin, 7 Mei 2012

KOCI LABU & Award dari Kak Shahriah Abdullah



Selamat malam..
Kuih koci ni memang menjadi kegemaran saya sejak dari  kecik lagi.Kenangan yang tak dapat saya lupa ialah membungkus koci ketika saya kecik dulu di majlis kenduri orang kahwin (rewang).Bonda saya memang selalu bawak kami adik beradik rewang setiap kali ada majlis walimah.
Koci labu ni enak bila isi labunya lebih banyak berbanding tepung pulut, jadinya taklah terasa liat sangat.Step2 ringkas menyediakan koci dapat juga saya memorandumkan kat sini untuk rujukan teman-teman yang gemar makan kuih koci.Namun cara membungkus kuih ni mungkin ada perbezaan sedikit di beberapa negeri lain.Yang ada kat sini style "JOWO" selangor..he he.
Sebelum tengok2 pic Koci Labu saya ni, sempat juga saya bawak balik Award dari Kak SHAHRIAH ABDULLAH yang merupakan seorang novelis dan peserta rancangan Masterchef Malaysia musim pertama.Award ni memang hadiah dari beliau untuk semua blogger  yang juga teman alam maya beliau, katanya.Terima kasih Kak Sha atas niat tulusnya terhadap rakan2 blogger lama dan baru, terutamanya yang baru macam saya nie, seolah2 macam tak layak untuk ku dapatkannya.Akak memang sporting...





KOCI LABU
resepi:rohaisha

Bahan-bahan: (anggaran 20 biji)
3 cawan labu ( yang telah direbus ) | dilecek
2 cawan tepung pulut

Bahan lain:
Daun pisang | jemur di bawah cahaya matahari untuk melembutkan daun (agak2)
Minyak masak | untuk masukkan  adunan koci yang telah diintikan (lumuran)

Cara:
1.Rebuskan labu yang telah dikupas kulitnya dengan anggaran 2 cawan sehingga empuk dan toskan.
2.Lenyekkan 2 cawan labu yang telah direbus, dan biarkan seketika.(lenyek ketika masih panas).
2.Campurkan terus tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan labu lenyek tadi, sebatikan dan uli sehingga sebati.
3.Bulatkan adunan tepung sebesar limau nipis dan buatkan lubang ditengahnya untuk memasukkan inti ke dalam lubang tersebut.Tutup seperti kita meletakkan inti pau dan bulatkan semula.Celupkan bulatan koci tadi ke dalam minyak masak sebelum dibungkus dengan daun pisang.
4.Potong daun pisang sebesar bungkusan nasi lemak, kemudian guntingkan setiap bucunya menjadi seperti bulatan.
5.Lipat daun seperti bentuk kon, kemudian masukkan koci yang telah berlumurkan minyak masak ke dalam kon daun pisang tadi.(*pastikan untuk mulakan membuat kon daun pisang ini bermula dari bahagian daun yang keras dahulu..lihat gambar di bawah ye..).
6.Tolak satu bahagian daun ke tengah, kemudian lipat kiri dan kanan bahagian daun.Akhir sekali lipat/selitkan bucu lipatan yang tinggal ke bahagian bawah lipatan kiri dan kanan tadi.Kemaskan dan atur ke dalam periuk kukusan.Buat sehingga habis.
7.Kukus koci selama 20 minit atau sehingga masak (*daun pisang berubah warna hijau kekuningan apabila kuih telah masak).

Inti:
2 cawan kelapa parut
1 cawan gula merah

Cara:
1.Satukan kelapa dan gula dalam kuali.Kacau atas api sederhana hingga sebati dan masak.Sejukkan.
2.Gentel bulat inti sebesar telur puyuh secukupnya.









STEP BUAT KUAIH KOCI
1.









2.
.
3.


4.

10 ulasan:

  1. Salam Rohah, barulah akak tau mcmna nak bungkus kuih koci jd segitiga mcm tu. Selalu akak balut mcm nasi lemak je...hehe...
    Terima kasih Rohah kongsi cara bungkus tu, nanti akak praktikkan.

    BalasPadam
  2. wahh sedap tgk kuih koci...mekacccihh sudi share step by step tu...sng nti kengkawan nk buat nti...bleh tiru step tu...hihi

    BalasPadam
  3. Salam Rohah.
    Sedapnya koci labu....terima kasih berkongsi resepi.

    BalasPadam
  4. Salam Rohah :)
    Oh cam g2 yer..sib baik ada tunjuk step by step...
    tq :)

    BalasPadam
  5. kak rohah.. nakkkk!!!!!!!!!!!!!!!! tun suka sgt2 makan kuih koci nih.. tp tun wat kan, sgt disaster. haha.. terbuka2 sekali daun pisang time kukus. hehe

    BalasPadam
  6. Salam Kak Rohah,
    kuih koci memang kesukaan kite,dari kecik hingga kini tetap doyan sama kuih koci..yang ni lagi menarik bab guna labu..siap ada step by step lagi..mantap..

    BalasPadam
  7. Saya pun pernah buat tapi lembik la pulak...

    BalasPadam
  8. salam rohah
    mesti sedap..biasa akk buat koci keledek jer..labu x try lg..:)nnt akk nk cuba jgk:)

    BalasPadam
  9. salam rohah..sy suka mkn semua mknn jawa..esp kuih koci..tp x penah lg mkn yg ada labu ni..thanks share kekdah buatnya ye!

    BalasPadam
  10. nie lh resepi yg sy cari.... Banyak sy tgok resepi org lain smua nyer pkai tepung, ad yg rebus, sy nk resepi cm nie... Dulu 6thn yg lpas sy duk kt dengkil selangor, org2 sna bila knduri kawin jer mesti wat kuih koci labu cm resepi nie...cra balut pun sma cm resepi nie.... Trma ksh bnyak2 sbb ad resepi nie.... Ptg nie sy nk wat kuih koci labu.... Tringin sngt nk mkn....

    BalasPadam