Rabu, 9 Mei 2012

BINGKA PISANG



Selamat malam semua...
Cerita pisang saya masih belum berakhir tau, macam yang saya cakap semalam..Kali ni Bingka Pisang pulak..Permintaan cik abang ni...Dia nak bingka yang banyak pisangnya tau, bukan banyak tepungnya ...Saya kata, kalau berniaga tak pulang modal ni..hehe..jangan ada yang terasa yeaaa, gurau2 je ni.Tapi sebab pisang dia banyak, memang ada pulangan bab "rasa"lah kan.Memang tak mengecewakan..Resepinya ada kat bawah tu yeee..



BINGKA PISANG
resepi:rohaisha

Bahan-bahan: (loyang 22cm)
15 ulas pisang awak*
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula*
1/2 cawan minyak masak*
1 cawan santan* (sederhana pekat)
1/2 sudu kecil garam*
1 biji telur*

Cara:
1.Kisar kesemua bahan bertanda (*).Masukkan bahan kisar dalam bekas dan satukan dengan tepung gandum.Kacau dengan whisk hingga sebati.
2.Griskan loyang dengan marjerin.Masukkan adunan ke dalam loyang berukuran 8".
3.Panaskan oven dengan suhu 200 darjah celcius dan bakar adunan selama 1 jam.Tambah 5 minit lagi pembakaran menggunakan api atas sahaja 
4.Potong setelah sejuk.









18 ulasan:

  1. SAlam.. hadoii sini ada bingka pisang pulak.. datang pagi buta.. mana nak cari? terus segar bijik mata melihat.. cantik dan sedap betul!

    BalasPadam
  2. bingka pisang memang sedap...saya pun suka apa saja yg dibuat dgn pisang:)

    BalasPadam
  3. Salam dan selamat pagi rohah.
    Ya Allah sedapnya bingka pisang.Terima kasih sudi berkongsi resepi...nanti bolehlah try.

    BalasPadam
  4. Assalam Dik Rohah..jeles tau...lama tak buat bingka..selalu Akak buat bingka roti atau bingka ubi kayu jer...pisang tak pernah try lagi...nak sepotong...nak try jer Dik Rohah...kalau sedap nanti Akak beli pisang!

    BalasPadam
  5. Rohah...sedapnye...kalau mkn bingka mcm ni...QH suka yg bhgn kerak tu...lg tebal lg sedap...hehehe

    BalasPadam
  6. salam kak rohah. sedapnyer bingka pisang. tun suka mkn kuih muih yg ada pisang nih.

    BalasPadam
  7. kenyang lah akak pagi ni Rohah nak try bingka pisang ni pulak,tdi dah makan popcorn Watie sambil nonton,dpt sepotong binga ni ckuplah sbb dah kenyang jugak makan Mc Sha punya kek buah dia heeee

    BalasPadam
  8. Rajin betul akak gue ni buat bingka..ambo nak bingka pisang gak..

    BalasPadam
  9. Assallamualaikum Rohah..

    Bingka pisang..sebelum ni lepat pisang kan.. Amboiiii..bnyk pisang di rumah Rohah.. Bg Naz sikit..hehehe...

    BalasPadam
  10. saya pun kalau ada pisang..pelbagai menu pisang la jawabnya utk minggu tu...hehehhe..dah lama tak dpt pisang dari kg..kadang2 sampai tak tau nak buat apa sebab dpt setandan..hehhehe...

    lama tak buat bingka...:)

    BalasPadam
  11. sedapnya tngk bingka pisang Rohah ni. yatie pun suka bingka yg banyak pisangnya..puas makan rasanya...

    BalasPadam
  12. sedap ni rohah,kalau dekat dah hulur piring

    BalasPadam
  13. assalam
    tak penah makan lg bingka pisang, n mesti kena cuba suatu hari he he lgpun pisang awak mak banyak tanam di kampung selalunya watkan cekodok ngan lepat je
    kena c/p resepi Rohah dulu he he tq share

    BalasPadam
  14. waduhhh rohah.. menu2 pisang pulak ni.. sedapnyaaa...

    BalasPadam
  15. ohhh..ada juga yah bingka pisang, baru tau..hehe
    apapun kalo di buat dari pisang kami semua suka.. mau 5 potong kak.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. bingka pisang sedap makan petang2 dengan teh o panas ni..

      Padam