Jumaat, 11 Mei 2012

SAMBAL UDANG




Salam...
Sambal Udang ni adalah sambal untuk nasi lemak yang saya buat hari tu.Saje updatekan sekali lagi..



Sambal Udang
Bahan-bahan:
250gm udang (15 ekor)
8 sudu besar cili kering kisar
1/2 biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang merah | tumbuk
3 ulas bawang putih | tumbuk
2cm halia | tumbuk
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bawang besar hingga layu dan bahan tumbuk hingga layu.Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan udang, kacau dan masukkan bancuhan air asam jawa.Perasakan dengan garam.Renehkan.
3.Masukkan pula garam secukup rasa, biarkan masak.
4.Tutup api

4 ulasan:

  1. Menyelerakan...saya mmg suka makan nasi lemak dgn sambal udang.

    BalasPadam
  2. nak sambal udang yg pedass..pedasss...sedap rohah;)

    BalasPadam
  3. Haishhh ..... terliur Nina !!! Rohah, nak semangkuk tuuuu
    Nina nie hantu udang tau ~~~
    hehehe

    BalasPadam