Jumaat, 20 April 2012

SIZZLING YEE MEE



Assalamualaikum..
Selamat malam jumaat.Sesekali kena tukar menulah kan..takkan nak makan nasi jerr.Memang beberapa hari ni rasa muak juga nak makan nasi, asyik teringat Mee Sizzling je.Makan kat kedai ari tu asyik teringat2 je, maybe belum puas makan kot.Bak kata suamiku, "time pregnant pun mengidam, tak pregnant pun mengidam jugak".Sah-sahlah saya ni suka makannn..keh3.Janji dapat apa yang diidamkan.Haaa..kali ni buat sendirilah, boleh dapat banyak.Ambikk!!!..Apapun sedap resepi dari Lildvalley ni.Tq ye...Rata-rata ramai yang mengadaptasikan menu beliau dalam dapur2 suri yang telah mencubanya...Lepas ni buat sendiri jer lah ye, tak yah gi restoran..(iye lah tu..)





SIZZLING YEE MEE

Bahan-bahan:
2-3 sanggul /gulung yee mee
5 ulas bawang putih (saya ketuk)
5 biji cendawan shitake/ cendawan kering | rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam | potong ikut citarasa
3 biji cili kering | potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 inci halia | hiris nipis
Serbuk lada hitam
Garam | secukup rasa
Beberapa titik minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1.Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2.Masukkan ayam yang telah dipotong sehingga agak empuk.
3.Masukkan 2 cawan air.
4.Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat.Masukkan pula serbuk lada hitam.Biarkan mendidih.
5.Masukkan cendawan serta sayur-sayur lain.Tunggu 2-3 minit.
6.Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7.Titikkan minyak bijan beberapa titik, jangan banyak-banyak.
8.Akhir sekali masukkan yee mee, biarkan sebentar dan hidangkan panas-panas.

nota rohaisha:pastikan garam di masukkan sekadarnya kerana kuah sudah ada rasa masin.


15 ulasan:

  1. salam hari jumaat untuk Rohah ...
    disini hari cuti akak mmg dok ingat nak buat mee yg macam chinese style ni utk anak2 sbb diaorang mmg suka snagat tapi tak tau lah jadi ke tak haha kita tneogk nanti kalau ada gambar jadi lah tu kot
    sizling mee Rohah nampak sedap sangat..nak tiru suatu hariiii

    BalasPadam
  2. Wallah.... sedapnya makan panas berasap! Lebihkan cili...hadooiiii terangkat beb!

    BalasPadam
  3. Kaka Noor,
    Buatlah kak, sedap tau..buat sendiri boleh nyantap berulang kali...

    BalasPadam
  4. Kak Amie,
    Seb baik sy x bubuh cili kisar, dah terasa pedas juga.tp kalau sesape yg suka pedas, tak de masalah kot..

    BalasPadam
  5. as-salam kak Rohah
    wahh!!! mmg npk sungguh menyelerakan..sepap ni mkn panas2..

    BalasPadam
  6. ADY,
    Tq, dah semestinya,puashati tau buat sendiri..cendawan tu pun boleh kita lebihkan kalau suka.

    BalasPadam
  7. wahhh..siap beli bekas dia ye rohah..hehehhe....memang best kan buat sendiri...geram nengok warna mee tu pekat je..:)

    BalasPadam
  8. selalu mkn kat food court jer..nk buat kena pakai bekas macam tu baru best...
    tp puas hati lagi kan kalau buat sendiri..

    BalasPadam
  9. Assallamualaikum Rohah..

    Wah suka yee mee sizzling ni. Rohah siap ada sekali bekas masak yg terus jadi pinggan makan yee mee sizzling ni eh? Cayalah.. Nak makan yee mee sizzling di rumah Rohah lah..Yg spesial punya tau!

    BalasPadam
  10. aslmkum rohah.. baru smpt berbls kunjungan.. slm kenal2 jugak dari akk.. nmpk special sizzling mee rohah ni.. anak2 akk suke mee camni.. panas2 mkn mmg sedap kan

    BalasPadam
  11. Salam Roha. sizzling mee... panas dlm hot plate..dah mcm di kedai,lepas ni dah tak payah order kat kedaikan....masak sendiri..dpt byk..puas mkn.

    BalasPadam
  12. Salam kak! suke dgn resepi ni sedappp! tapi kita takde mee keras tu lerrr, sedapnyerrrr, teringat dulu2 makan kat giant ehehe... alahaiiiii mana nak jumpa mee tu ya, ganti mee kuning ttp rasa dia lain huhu..

    BalasPadam
  13. Lapar pulak tengok Sizzling yee mee ni...adeiii..bangi gue satu pinggan..nak buat sarapan la..

    BalasPadam
  14. assalam Rohah
    selalu nampak org makan kalu singgah makan di food court Giant ataupun c/four
    sedap sgt tgk diorg makan he he suami makan cuma sy tak berepa suka tp
    teringin nk buat sb en, suami suka mee

    BalasPadam
  15. salam..mana beli plate mee tu yer..

    BalasPadam