Khamis, 19 April 2012

AYAM PORTUGIS



Salam sejahtera dan selamat petang..
Makin petang makin mengantuk  pula...tapi masa untuk turun ke dapur sudah hampir tiba, rasanya kena lelapkan juga untuk berehat seketika, dapat 20 minit melelapkan mata pun jadilah errkk.. (kot2 terlajak nti pulaknyee..heee).Lauk yang ni adalah menu 2 hari yang lalu.Nampak mula2 kat blog kak norlie terus jatuh cinta nak cuba..memang pandai hatiku berkata2..(ewahh..), SEDAP rupanya.Suka kat kuahnye yang agak pekat dan lazzzzat tu.Terima kasih utk kak norlie, kerana telah jatuh cinta pada pic ayam kat blog tu.Makanya tertunai terus hajat untuk masak Ayam Portugis ni.Tq juga buat kak Latipah atas perkongsian resepinya yang enak dan lazat sekali...


AYAM PORTUGIS
Resepi:Siti Latipah Yusop
Telah dicuba oleh:Rohana Sulaiman, norlieharumaini

Bahan-bahan:
1 ekor ayam | potong kecil
20 tangkai cili kering*
20 ulas bawang merah*
4v ulas bawang putih*
1 batang serai*  (*kisar bersama)
4 sudu makan biji sawi | kisar berasingan
1 mngkuk santan (saya guna 300ml santan sederhana pekat)
2 labu bawang besar | hiris
4 tangkai cili merah | belah 2/ tak putus
Sedikit cuka / air limau kasturi (saya guna 3 sudu besar)
4 biji bawang merah | hiris
Garam
Gula (saya bubuh item ini)
Minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1.Goreng hirisan bawang merah (bawang kecil), masukkan rempah kisar dan tumis hingga naik aroma.Masukkan biji sawi kisar dan masak sebentar.Kemudian masukkan ayam dan santan.
2.Apabila kuah sudah mula mendidih, masukkan cuka, masak hingga kuahnya pekat.asukkan pula hirisan bawang besar dan cili merah.Bali-balikkan dan angkat.


11 ulasan:

  1. asslm Rohah...jauhnye cari resepi ni yer...hihi...sampai ke Portugis tu...yg penting nmpk sedap dan myelerakan...

    BalasPadam
  2. Assallamualaikum Rohah..

    Naz dah bersila ni.. Cuba tolong sendukkan lauk dari Portugis ni..hehehe

    BalasPadam
  3. Aikk..hampir2 lagi Rahel masak ayam portugis ni tadi,tapi yg tu Rahel tengok kat buku resepi gak,menyelerakan betul..

    BalasPadam
  4. salam rohah..
    alahaiii akk suka ratah2 camtu jew klu ayam nie..x jadi lauk..:)

    BalasPadam
  5. salam Rohah,lepas makan ni mata jadi biru rambut jadi perang kot nak jugk lah rasa tentu sedap kan Rohah hehe

    BalasPadam
  6. QH,
    Ekhkehhh,tu la pasal..nama je gaya Mat Salleh,diapunya rasa, ketimuran..terbaekk..

    BalasPadam
  7. Naz,
    O.k2, nanti kita senduk untuk satu set lngkap yeee..

    BalasPadam
  8. RAHEL,
    Apalagi,jom kita ke Portugis lagi ambik menu spesial nie..

    BalasPadam
  9. KAK ZILA,
    Camtu x yah ngabiskan boreh lah ye..hik3

    BalasPadam
  10. KAK NOOR,
    Alamak!!! takut arr kalau cam tu, tapi alhamdulillah lepas makan rambut still itam lagi,kalau tak haru biru le gamaknye, tak nak masak lagi ayam portugie..keh3

    BalasPadam