Sabtu, 21 April 2012

KUIH LOMPANG



Bersantai-santai dipetang hari sambil menikmati secangkir kopi..Boleh juga cuit-cuit rasa kuih lompang nie...Layan resepi teruslah ye.Resepi di ambil dari dapur Kak Wan citarasawan.


KUIH LOMPANG

Bahan A:
1 cawan gula 
2 cawan air

Bahan B:
2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi atau tepung sago
2 cawan air
1 sudu teh esen rose (saya guna esen pandan)
1 sudu teh air kapur

Bahan C:
1/2 biji kelapa parut
Sedikit garam
(Gaulkan dan kukus sebentar)

Cara-cara:
1.Masak bahan A hingga larut
2.Satukan bahan B, sebatikan dan tuangkan bahan A (air gula), gaul hingga rata, kemudian ditapis.
3.Celupkan jari, jika melekat pada jari, bolehlah digunakan.Panaskan pengukus dan acuan lompang.
4.Tuang adunan ke dalam mangkuk lompang dan kukus selama 25-30 minit.
5.Jika mahu lompang berwarna warni, asingkan adunan dan titikkan dengan pewarna di sukai.
6.Setelah masak biarkan sejuk dan keluarkan lompang.Hidang  dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.



10 ulasan:

  1. salam sdp tu kuih lompang buat mkn sarapan petang....lama bebeno x mkn kuih ni....buat perasa pandan keee:-)

    BalasPadam
  2. Salam kak, sedapnyer kuih lompang, kita mmg minat betul kuih2 kukus gini :D lepas tu ada kelapa paruttt double suke :D

    BalasPadam
  3. kuih kegemaranku, rasa teringin nak buatlah...lama tak makan kuih2 mcm ni..

    BalasPadam
  4. Assalam kak,wah sedapnyer lompang pandan,elok jer lesung pipit lompang tuh,nmpak cam lembut elok jer kan..Sy SUKA lompang yg lembut2 nih,kalo beli tuh kdang keras jer,erm lamanyer xmelompang..
    Psttt tq singgah umh saya n tq sudi tinggal komen ya kak..

    BalasPadam
  5. Selamat petang Rohah.... Kak Amie tertawan dengan pilihan warna hijau kuih lompang ni, cantik dan sedap mata memandang!

    BalasPadam
  6. assalamualaikum kak rohah...salam kenalan dr cheq sue :)

    saya dah lama jugak tak buat kuih lompang ni, memang nostalgia sungguh kalau pekena dengan teh ke kopi, terus ingat kg

    BalasPadam
  7. sedappp..suka2..klu mkn nie..x leh nk berenti.:)

    BalasPadam
  8. singgah sini kak...
    menariknya nmpak lompang tu...lama x makan...nk membuatnya ntah la...sbb anak2 x minat kuih basah2 cmni...sudahnya membeli je...tp skrng susah la nak jumpa orng yg bejualnya pulak....hehe...

    BalasPadam
  9. sempurna sangat kuih lompang tu..bentuk lesung..suke tengok tapi lg suka kalau dapat semua yg dalam pinggan tu..hihihi.

    BalasPadam
  10. as-salam
    kita pun suka kuih lompang ni...npk sedap..

    BalasPadam