Rabu, 7 Disember 2011

SAMBAL TUMIS TERUNG

Assalamualaikum..
Sedapnya sambal terung ni bila dimakan bersama-sama nasi panas.Tapi susah nak dapatkan terung ni.

SAMBAL TUMIS TERUNG
Resepi: Rohaisha
 
Bahan-bahan:
7 biji terung bulat hijau
4 sudu besar cili kering kisar
4 ulas bawang merah- tumbuk separuh lumat
3 ulas bawang putih- tumbuk separuh lumat
1/2 genggam ikan bilis-tumbuk separuh lumat
1 cm halia- tumbuk separuh lumat
sedikit air + asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
1-Terung di potong 6 kesemuanya.
2-Tumiskan bahan tumbuk dan cili kisar hingga pecah minyak.
3-Masukkan bancuhan air asam jawa.Setelah menggelegak masukkan terung dan gula serta garam.
4-Kacau sehingga terung hampir empuk.
5-Hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan