Assalamualaikum...
Hari ni jumpa gambar n N3 lama lagi yang belum disiarkan.hiiiiihii..zaman bila punyalah ni...wink3, Ogos 2012.Mak aiiiii lamanyeeee.Apapun selamat mencuba.
KUIH SIPUT (rangup/sedikit pedas)
Inspirasi:Majalah SAJI
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
15 gm udang geragau*
10 gm jintan manis*
10 gm jintan putih*
2 biji telur
200 gm marjerin
10gm serbuk lada (cili powder)
15gm rempah kari
2 sudu kecil garam
200 ml air
Daun kari secukupnya
Daun kari secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
Cara:
1.Kisar halus udang geragau, jintan putih dan jintan manis bersama sedikit air.
2.Satukan tepung, serbuk cili, rempah kari, garam, marjerin, telur dan bahan kisar.Gaul rata.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit, dan uli sehingga menjadi doh.Pastikan doh tidak melekit.
4.Gentel adunan menjadi bentuk siput menggunakan acuan khas.Buat sehingga habis.
5.Panaskan minyak dan goreng menggunakan api sederhana panas.Lurutkan daun kari semasa menggoreng dan goreng hingga kekuningan.
assalam rohah..
BalasPadambaru je nak ckp rajinnyer buat kuih siput sbb belum masuk musim raya lagi.. hehe.. rupanya gambar lama ye... apa2pun.. mmg pantang jumpa kuih siput ni pasti jd rebutan kalau jenjalan raya. nak pulak kalau jumpa kuih siput yg rangup.. sebalang pun boleh abis.. tuan rumah geleng kepala.. hihi..
Assalamualaikum.. terima kasih atas info nya. Kuih siput memang menjadi kegemaran saya sejak dulu. Kalau musim raya, kuih siput ni memang wajib ada sabagai hidangan tetamu.
BalasPadamUntuk pengkongsian ilmu sila bertandang ke dapur maya saya di http://ruzitakitchen.blogspot.com
Assalamualaikum Rohah... lama mori tak menyinggah di sini.... macam2 resepi ada di sini ...maveles sungguh
BalasPadamSepertinya lezat tuh
BalasPadamSedapnya..
BalasPadamObat Penyakit Ginjal Kronis
Sedapnya kalau buat kunyah-kunyah masa tengok tv kan...hihi..kalau yang sira dengan sambal tu pon sedap!
BalasPadamhttp://blogmummyrifqiy.blogspot.com/