Selasa, 21 Oktober 2014

OPOR AYAM



Assalamualaikum..
Tuan rumah ni baru nk post menu hari raya tempohari..hehehh..Dibuat pada 30 ramadhan di rumah Ayahanda n arwah Bonda.Yang pastinya, paling terasa suasana agak berbeza pada syawal tahun ni berbanding setiap kali hari raya ialah ketiadaan Bonda di sisi.Selalunya arwahlah insan yang paling sibuk di dapur bila menjelmanya syawal untuk membuat persediaan masak memasak sambil dibantu anak2 yang ada.
Menyelongkar resepi di dapur Melley/ Diana, semata2 mencari resepi OPOR untuk dijadikan menu istimewa di pagi syawal yang lalu.Tak lain tak bukan untuk memeriahkan suasana dipagi raya, terutama buat Ayahnda yang telah kehilangan insan tersayang dalam hidupnya...dan pastinya selepas ini tak ada lagi santapan hasil air tangan arwah Bonda untuk dijamah.Walaupun insan seusia beliau sudah kurang gemarnya untuk makan berasaskan ayam, sekurang2nya dapat mengubati kesedihan di hati Ayahanda kerana masih ada anak memantu yang boleh menyediakan hidangan hari raya walaupun ketiadaan arwah Bonda.Sedap tak sedap, belakang kira...kan...
Anak Dara sunti saya berulang2 menyatakan masakan opor ni lebih sedap berbanding rendang...saya pun setuju, tak tahu sebab apa, memang sedap.Mungkin ada aroma serbuk buah pala kot.Lepas ni bolehlah dibuat menu ulangan.Kalau nak tahu, tinggal ni je lah ayam yang berbaki ketika mana gambar hendak diambil...sebab dok sibuk, sampai lupa nak ambik gambar.Jadilah sebagai bukti kan..hihiii
OPOR AYAM
Resepi Asal: OPOR DAGING (Chef Hanieliza)                                                     (Buku Resipi 50 Hidangan Penambat Selera)

Bahan
500 gm daging, dihiris kecil (saya gantikan ayam)
1 biji kelapa (2 cawan santan)
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan gula merah
3 keping asam gelugur
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan A (di gaul rata)
3 sudu makan rempah daging
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan B (tumisan)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pala
5 kuntum bunga cengkih

Bahan C (dikisar)
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai

Cara
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga wangi.
2.Masukkan bahan C dan bahan A.Kacau rata.
3.Masukkan daging/ ayam dan kacau rata sehingga nampak pecah minyak.
4.Masukkan santan dan biarkan reneh dengan api sederhana kecil sehingga mendidih dan daging/ ayam lembut.
5.Masukkan gula merah, garam, asam gelugor dan kerisik.Kacau dan biarkan pecah minyak dan pekat.
6.Sedia untuk dihidang.











Jumaat, 17 Oktober 2014

BISKUT SEMPERIT MAK DATIN - Versi Rangup

Assalamualaikum..
Alhamdulillah....misi pencarian menemui jawapan..Kalau nak tahu, resepi semperit inilah yang saya cari kebelakangan ni.Semperit yang rangup a.k.a. gurih bila dikunyah.Gigih saya menggogle tau...hehhee..
Sebelum2 ni saban tahun saya melanggan biskut semperit versi rangup dari seorang teman sejawat [satu ketika dulu] yang diusahakan oleh ibu saudaranya.Rasanya lingkungan 6-7 tahun juga saya melanggan biskut tu.Sebab utamanya ialah biskut tu tersangat sedap dan rangup.Kiranya dah jadi biskut utama kami sekeluarga bila menjelang syawal..
Jadinya tahun ni saya tak mengorder biskut semperit tu lagi sebab dah jumpa resepi yang serupa hundred percent hasilnya.Cukup berpuas hati dengan kejadian biskut ni.Namanya pun glamer tu, Biskut Semperit Mak Datin..hihiii
BISKUT SEMPERIT MAK DATIN
Sumber; Amy

Bahan-bahan
1 cawan gula halus [kurangkan sedikit jika mahu kurang manis]
1 cawan tepung custard
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung @ tepung kanji
1 cawan mentega yang dipanaskan
Telur, 1 atau 2 biji sahaja (seeloknya guna 2 biji telur supaya adunan lembut & mudah diterap) 
Manik warna untuk hiasan

Cara
1.Semua dicampur, gaul sampai sebati, canai, terap ikut acuan.
2.Hias dengan manik gula atau ikut citarasa
3.Bakar hingga kekuningan, 15 hingga 20 minit, 180 darjah C.

-Biskut ini versi semperit rangup dan enak, mudah diadun.Jika ingin mendapat hasil yang banyak, gandakan sahaja resepi tersebut.


Selasa, 14 Oktober 2014

TRIPLE CHOCOLATE MUFFINS


Assalamualaikum..
Tunjuk muffin yang di buat masa syawal hari tu.Banyak kali dah buat muffin coklat, semuanya enak2.Yang versi ni pun memang enak.Anak2 memang suka mufin coklat macam ni, mak2 pun 2x serupa kan...hihiii.Tambahan pula kalau cipnya melimpah ruah, berganda2 masuk mulut.urmmm.

TRIPLE CHOCOLATE MUFFINS
Sumber; Good Food

Bahan
100g coklat masakan 
300g tepung berserbuk penaik, ayak
1 sudu teh serbuk penaik 
100g gula gelap muscovado (saya guna gula halus)
250 ml susu segar
50g mentega cair 
2 biji telur, dipukul 
50g cip coklat gelap 
50g cip coklat putih 

Cara
1.panaskan oven 200 .Rehatkan coklat ke dalam mangkuk dan panaskan secara double boiler sehingga cair. 
2.Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk. Dalam mangkuk yang berasingan tambahkan gula muscado, coklat cair, mentega, susu dan telur dan gaul rata.Kaup balik dalam tepung secara perlahan dan jangan terlebih kacau. Masukkan cip coklat. 
3.Masukkan adunan dalam kertas muffin casesand, bakar selama 25 minit atau sehingga mufin telah naik.Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan selama 5 minit. 
4.Hidangkan panas atau sejuk

Jumaat, 10 Oktober 2014

IKAN TONGKOL KUAH ASAM

Assalamualaikum..
Suatu hari saya usahakan masak ikan tongkol ala asam pedas tanpa menggunakan cili kering.Bukan cili kering tak ada, tapi urmmm..., perut saya sensitif sebenarnya dengan makanan pedas, masam, berempah dan berminyak, tapi mulut masih juga ada keinginan nak jamah makanan yang macam tu.Jadi ambil inisiatif guna cili besar untuk kurangkan pedas.Sebab kalau dah salah makan memang badan merana,....sudah takdirnya begini...hihiiii.Cuma bila teringin, kena ambil pada kadar patut sahaja untuk mengelakkan dari melarat.[siapp... takleh tidur malam kalau gastrik dah menyerang, huhuuu]
Bila kuah asam menggunakan cili merah biasa, terasa lebih segar rasanya, ditambah pula dengan aroma daun purut yang harum...macam nak hirup kuah tu berkali2..tapi opsss, perut tak setuju...hihiii.Biarpun simple, tetapi rasanya tetap up...Nak tahu, kena try la ye..
IKAN TONGKOL KUAH ASAM

Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol
3 ulas bawang merah, kisar
2 ulas bawang putih, kisar
5 ulas cili merah besar, kisar
3 batang serai, ketuk
Air asam jawa
Daun limau purut
Air secukupnya
Garam
Gula
Sedikit minyak untuk menumis

Cara
1.Potong ikan dan cuci bersih.
2.Tumiskan bahan kisar dan serai sehingga layu.
3.Masukkan air, renehkan.Kemudian masukkan ikan, air asam jawa dan daun limau purut.Biarkan mendidih.
4.Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
5.Hidangkan setelah masak.

Rabu, 8 Oktober 2014

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum
Alhamdulillah, Si Kecik dan Umminya dah beransur pulih dari demam denggi.Seminggu kami demam dan hasil ujian darah yang kami jalani selama hampir seminggu, doktor mengesahkan kami 2 beranak mengalami demam denggi.
Sedia maklum pengidap demam denggi tiada ubat diberikan, kecuali banyakkan pengambilan cecair dalam badan dengan minum air kosong yang banyak.Rentetan dari tu, macam2 saya telan dengan minum hundred plus, air barli, sup ketam, jus daun betik dan jus buah kiwi dengan harapan dapat memulihkan keadaan dan menambahkan platlet darah.

Paling risau masa tu dengan Si Kecik, bab2 minum air ni memang perlu saya ingatkan pada dia setiap beberapa minit.Budak2, faham2 je lah, dia tak berapa faham dengan apa yang sedang berlaku dan bahayanya wabak denggi.Doktor sentiasa berpesan dengan dia supaya banyakkan minum air kosong, dia tetap mengangguk tanda faham...
Rentetan dari setiap hari dok ulang alik check darah, makanya raya korban tahun ni kami tak balik kampung.Dapur pun tak berasap. Selesai hubby solat sunat hari raya, kami bertolak ke hospital untuk ulang check darah.Ramainya orang kat hospital mak aiii...macam pasar pagi pun iye..huhuuu.Sekembalinya dari hospital makan pizza, orang lain sedap2 makan ketupat dengan rendang gamaknya..hihiiii.Dugaan yang harus diterima...
Semoga kami terus pulih selepas ni dan dapat melaksanakan aktiviti harian macam biasa..