Assalamualaikum..
Suatu hari saya usahakan masak ikan tongkol ala asam pedas tanpa menggunakan cili kering.Bukan cili kering tak ada, tapi urmmm..., perut saya sensitif sebenarnya dengan makanan pedas, masam, berempah dan berminyak, tapi mulut masih juga ada keinginan nak jamah makanan yang macam tu.Jadi ambil inisiatif guna cili besar untuk kurangkan pedas.Sebab kalau dah salah makan memang badan merana,....sudah takdirnya begini...hihiiii.Cuma bila teringin, kena ambil pada kadar patut sahaja untuk mengelakkan dari melarat.[siapp... takleh tidur malam kalau gastrik dah menyerang, huhuuu]
Bila kuah asam menggunakan cili merah biasa, terasa lebih segar rasanya, ditambah pula dengan aroma daun purut yang harum...macam nak hirup kuah tu berkali2..tapi opsss, perut tak setuju...hihiii.Biarpun simple, tetapi rasanya tetap up...Nak tahu, kena try la ye..
IKAN TONGKOL KUAH ASAM
Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol
3 ulas bawang merah, kisar
2 ulas bawang putih, kisar
5 ulas cili merah besar, kisar
3 batang serai, ketuk
Air asam jawa
Daun limau purut
Air secukupnya
Garam
Gula
Sedikit minyak untuk menumis
Cara
1.Potong ikan dan cuci bersih.
2.Tumiskan bahan kisar dan serai sehingga layu.
3.Masukkan air, renehkan.Kemudian masukkan ikan, air asam jawa dan daun limau purut.Biarkan mendidih.
4.Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
5.Hidangkan setelah masak.
OKlah idea guna cili basah ni. Kakak tengok warna merah dia pun cantiklah Roha.. bolehlah utk dicuba.
BalasPadamWarna cili basah lagi menarik, nampak segar. Aku dulu ada gastrik teruk... rasa dah nak mati, tapi entah bila masanya kok ilang ora eneng meneng sampek saiki.
BalasPadamErmm kak amy, aku dah smpi tahap jd ulser perut, tu yg kena jaga makan..huhuu
BalasPadam