Rabu, 13 Ogos 2014

BISKUT CASABLANCA

Assalamualaikum..
Saya percaya ramai yang masih dalam mood raya ....pasti sibuk dengan aktiviti kunjung- mengunjung dan tak lupa juga menanti tetamu tiba ye...alhamdulillah, moga ukhuwah masih kekal ceria berpanjangan dengan adanya hari lebaran..
Selingan N3 biskut raya yang masih tertunda...eheee...mood raya katakan...
Rangup hasilnya, t/kasih kepada Chef Zubaidah atas perkongsian resepinya.Thanks Kak Yatie, atas sumber resepinya juga.
BISKUT CASABLANCA
Resepi;Chef Zubaidah
Sumber;Yatie

Bahan A
130 gm mentega
20 gm shortening
70 gm gula kastor

Bahan B
30 gm nestum, diramas
30 gm oat, panggang dan kisar
30 gm serbuk badam
20 gm bijan hitam

Bahan C
25 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
150 gm tepung gandum

Hiasan
Ceri merah dan hijau, kuning telur

Cara-cara
1.Sebatikan bahan A dan masukkan bahan B dan uli rata.
2.Masukkan bahan C dan uli lembut, kemudian canai menjadi kepingan nipis.
3.Terap dengan acuan empat segi tepat dan sapukan kuning telur dan hias dengan ceri merah dan hijau.
4.Bakar pada suhu 140 darjah C, selama 30 minit atau sehingga kekuningan.

6 ulasan:

  1. Wow! Nama dia glamour kak...:)
    Selagi tak habis syawal kak, ....raya....raya....raya...itu la Malaysia kot ye kak...negara lain sy x tau la cmne...

    BalasPadam
  2. nama biskut dah meletop..mesti la sedap ni kan

    BalasPadam
  3. Nampak cantik.. semestinya sedapkan Rohah.. bila pula nak mencubanya.. raya haji lah kot :)

    BalasPadam
  4. Special sb guna butter & shortening ye, nampak sedap ni

    BalasPadam