Jumaat, 4 Julai 2014

AYAM BAKAR REMPAH BALI

Assalamualaikum...
Macam tak percaya pulak bila lihat tarikh pic ni diambik tercatat angka 19/6/2013...Rasa macam baru jamah je lauk ni...Rupanya dah setahun umurnya dalam simpanan folder....Maknanya begitu pantas masa berlalu melingkari kehidupan seharian kita...subhanallah.


Dek baru2 ni kemas kini folder lama, maka terjumpalah pic2 yang tak berEntri lagi, sebahagiannya noted resepinya dlm draf blog...sebahagiannya tak tahu mana satu resepinya...ishhh..Pinngirkanlah dulu bab2 yang memeningkan kepala tu..Buat kerja lain, kan...

Teringat-ingat lagi keenakan ayam rempah bali ni...sampai anak bujang tambah nasi masa tu...Sedap katanya.Tapi memang ya, memang enak, aroma dan salutan rempahnya yang menaikkan rasa ayam ni, berbaloi...

Jumpa lagi ye...

AYAM BAKAR REMPAH BALI 
Resepi; Majalah Sedap

Bahan [anggaran 8 orang]
1 ekor ayam, potong 8 bahagian
1 1/2 sudu makan air asam jawa
2 helai daun salam
2 cm lengkuas, diketuk
4 helai daun limau purut, buang tulangnya
1 sudu makan kicap manis
2 sudu teh garam
1 sudu makan gula merah
200 ml air kelapa
3 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan kisar
4 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
1 sudu teh belacan, bakar
5 biji cili keriting
3 biji buah keras, sangai
2 cm halia

Cara membuatnya
1.Lumur ayam dengan air asam jawa.Biarkan selama 20 minit.
2.Bakar sehingga setengah masak.Ketepikan.
3.Tumis bahan kisar, daun salam, lengkuas dan daun limau purut hingga terbit aroma.
4.Masukkan ayam.Kacau rata hingga ayam tersalut rempah.
5.Masukkan kicap manis, garam dan gula merah.Kacau rata.
6.Tuangkan air kelapa secara berperingkat-peringkat.Masak sehingga matang dan menyerap.
7.Bakar sehingga terbit aroma dan kecoklatan sambil disapu baki rempah.

5 ulasan:

  1. Hidangan kak rohah ni buat jamu mata sampai mel teringin nk cuba..copy..copy resepi..hihii

    BalasPadam
  2. Sedapnya, nanti nak buatlah

    BalasPadam
  3. Salam kak rohah... tu dia.. setahun perap, nasib baik gambar xbasi kan ;) mmg cepat sgt masa berlalu, kdg2 tak tau pun dh isi dgn amalan apa nk bawa ke akhirat nnti.. huhu... mode insap.

    apa2pon.. ayam tu mmg nmpk sedapp.. xtau la bila blh buat sbb skrg cuma tolong mama tun kat dapur sikit2. xlarat nk masak.

    BalasPadam
  4. salam rohah dan slmat berpuasa.....nak cuba lah nanti

    BalasPadam
  5. Terima kasih untuk resepnya, jika tidak sibuk, silahkan klik: jual limasan murah

    BalasPadam