Sabtu, 21 Jun 2014

BINGKA UBI KAYU

Assalamualaikum...
Flash back semula folder2 sedari awal tahun 2014...Belek satu persatu, jumpa gambar2 yang belum d N3kan..In sha Allah jika ada kelapangan dapatlah menyambung semula aktiviti di Damai Qalbu ni.

Sajian bingka ubi yang enak..cuma kadang2 malas sikit nak parut ubinya...bila rajin, inilah hasilnya, tak mengecewakan..Terima kasih penyumbang2 resepi.
BINGKA UBI KAYU
Resepi asal; Kak An

Bahan-bahan
4 cawan ubi kayu siap parut 
2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning

Cara membuat
1.Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah C [api atas bawah].Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 inci x 7 inci atau 6inci x 6 inci [agak tebal].Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata.Ratakan.

2.Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah.Bakar bingkang selama 1 jam hingga 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan.Setelah masak, keluarkan dan sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.

8 ulasan:

  1. nampak sedap tu kak rohah..tapi nak membuat ubi belakang rumah mel ni ada akar je..ubinya xde..uhuu

    BalasPadam
  2. Sedap tu Roha.. akak selalu beli jer.. rupanya senang nak buat .. nanti akak nak cubalah resepi ni..

    BalasPadam
  3. sy belum penah buat sendiri. mesti sedap...suka ubi2 ni

    BalasPadam